Tengah Malam – bilik Tengku Han Ryan Shah
Lampu bilik hanya tinggal bias lembut dari lampu meja sisi. Hujan masih renyai-renyai di luar jendela. Han masih dalam posisi mengiring di atas katil, namun peluh mula kelihatan di dahinya.
Wajahnya sedikit berkerut. Nafasnya berat. Dia menggeliat kecil dalam tidur, seolah-olah tidak selesa.
Pintu bilik diketuk perlahan.
Tiada sahutan.
Leon membuka pintu perlahan-lahan. Dia menjenguk masuk, risaukan abangnya yang tadi dilihat tertidur dalam keadaan letih.
Tengku Leon:
“Abang?”
Tiada jawapan. Leon melangkah masuk, perlahan-lahan menghampiri katil. Dia membongkok sedikit melihat wajah abangnya yang pucat dan berpeluh.
Tengku Leon: (terus duduk di tepi katil)
“Abang…”
Tangannya menyentuh dahi Han — dan terkejut.
Tengku Leon: (cemas)
“Panas ni… abang demam ke?”
Han menggeliat sedikit, lalu membuka mata separuh — kabur dan lesu.
Tengku Han: (suara serak, perlahan)
“Leon… kenapa kau… kat sini…”
Tengku Leon:
“Abang panas. Demam, ni. Dari tadi tidur tak sedar apa. Saya kejutkan Gibran kejap, kita panggil doktor.”
Tengku Han: (geleng perlahan, masih pejam mata)
“Tak payah… aku okay…”
Tengku Leon: (tegas tapi risau)
“Abang tolonglah, ni bukan masa nak ego. Badan abang panas sangat. Tengok ni, peluh penuh satu bantal.”
Leon segera ambil tuala kecil dari bilik mandi dan basahkan dengan air. Perlahan-lahan dia lap dahi Han.
Tengku Leon: (perlahan, tenang)
“Kalau abang pengsan nanti, susah semua orang.”
Han hanya terdiam, perlahan menarik nafas pendek. Dia terlalu lemah untuk melawan.
Tengku Han: (serah diri)
“Jangan bagitahu orang lain…”
Tengku Leon: (senyum pahit)
“Janji… tapi abang kena rehat betul-betul. Saya teman malam ni.”
Tengku Han: (perlahan, suara masih serak dan berat)
“Tak yah, Leon… nanti abang makan ubat lah. Kamu pergi masuk bilik kamu sendiri sana, jangan kacau abang. Abang nak tidur.”
Tengku Leon: (kerut dahi, tak puas hati)
“Abang…”
Tengku Han: (membelakangkan badan, tarik selimut perlahan)
“Leon…”
Nada suara itu cukup untuk Leon faham. Han tak mahu dibebel, tak mahu dikasihani, dan paling penting, dia tetap abang — yang nak jaga harga dirinya walau tengah lemah.
Tengku Leon: (tarik nafas panjang, akhirnya mengalah)
“Baiklah. Tapi abang kena janji… kalau makin teruk, terus panggil saya. Jangan diam-diam.”
Tengku Han: (perlahan, separuh bergumam)
“Hmm…”
Leon bangun perlahan, ambil semula tuala basah, dan letak atas meja sisi. Dia tutup lampu, tapi sempat berpaling sebelum keluar.
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
