Leon Datang dan Han Dibawa ke Hospital
Ahamd masih memegang tubuh Han yang terbaring lemah di atas rumput padang polo. Darah mengalir dari sisi baju Han, membuatkan wajah Ahamd semakin panik.
Dari jauh, bunyi derap kaki berlari kedengaran.
Leon (menjerit):
"HAN?!! Ya Allah—HAN!!"
Leon sampai, terus melutut di sebelah abangnya.
Leon (suara serak):
"Apa jadi?! Apa ni?!"
Ahamd (cuba tenang):
"Kuda dia—Tariq naik angin tiba-tiba. Tolak abang sampai jatuh ke batang kayu. Luka teruk, Leon. Dia... dia tak boleh bangun."
Leon (muka pucat):
"Call ambulance sekarang! Aku ambik kereta! Tak boleh tunggu!"
**Ahamd terus tekan butang kecemasan di telefon. Leon cepat-cepat bangun dan bawa SUV hitam mereka betul-betul ke tepi padang. Dengan hati-hati, mereka angkat Han masuk ke dalam kenderaan, Han masih separuh sedar.
Han (tercungap-cungap):
"Aku okay... sikit je..."
Leon (sambil memandu laju):
"Abang diam. Tolong jangan cakap. Bertahan... sikit lagi."
Ahamd di belakang cuba tekan luka dengan kain tebal. Suasana tegang.
Di Hospital
Beberapa minit kemudian, mereka tiba di hospital. Petugas kecemasan berlari menolak stretcher. Leon terus ikut masuk ke dalam.
Doktor:
"Darah banyak hilang, mungkin ada internal injury. Kita perlu segera ke bilik rawatan."
Leon (suara tinggi):
"Tolong jaga dia! Itu abang saya! Tengku Han!"
Ahamd duduk di kerusi kecemasan, wajah lesu, tangan masih berlumuran darah abangnya.
Leon berjalan ke arah adiknya, suara bergetar:
"Aku takkan maafkan diri aku kalau apa-apa jadi dekat dia..."
Ahamd (tahan sebak):
"Dia kuat, Leon... abang kita kuat."
Bilik Rawatan
Suasana bilik rawatan senyap, cuma bunyi mesin monitor dan alat perubatan kedengaran.
Tengku Han terbaring atas katil putih, masih disambung dengan IV. Lengan kirinya berbalut tebal, ada kesan luka besar di bahagian rusuk dan pinggang—namun wajahnya... tenang, siap senyum lagi.
Doktor:
"Tengku, awak betul-betul nasib baik. Kalau lambat 10 minit tadi, mungkin luka ni beri komplikasi dalaman."
Han (senyum nipis):
"Macam mana saya nak mati kalau tak habis buat kerja lagi, doktor?"
Doktor tergelak kecil, menggeleng kepala.
"Biarpun kerja banyak, badan tetap kena rehat juga, Tengku."
Leon menjenguk dari luar bilik, wajah risau. Han perasan dan angkat tangan yang tak cedera.
Han:
"Masuk la Leon, jangan berdiri macam pengawal tak dibayar gaji tu."
Leon melangkah masuk, meletakkan plastik makanan atas meja kecil.
Leon (sinis risau):
"Abang memang spesies pelik. Orang lain berdarah menggelupur, abang baring macam tengah tengok filem.”
Han (relax):
"Takkan sebab Tariq naik angin sikit, aku nak drama?”
Leon duduk di kerusi sebelah.
"Sikit apa bendanya. Luka tu besar. Kau tahu tak jantung aku hampir berhenti tadi?”
Han pandang Leon sekejap, kemudian pandang siling.
"Kalau aku pengsan terus tadi pun aku tahu kau akan selamatkan. Sebab aku tahu siapa adik aku.”
Leon terdiam. Pandang abangnya lama.
"Kadang-kadang abang ni annoying, tapi aku tak tahu nak bayang hidup tanpa abang."
Han senyum sikit.
"So jangan bayang. Fokus je makan. Aku lapar."
Leon terus buka bekal makanan yang dia bawa, suap satu demi satu, tapi Han masih sempat menyakat.
Han:
_"Suap elok sikit, aku injured bukan jadi baby."
Leon:
_"Kalau baby, aku dah tepuk kau suruh tidur dah."
Han tergelak perlahan.
Ke esokkan hari
Padang Polo – Han dan Tariq
Han berdiri dekat dengan Tariq yang sedang berdiri tenang, sambil tangan menyentuh leher kuda kesayangannya itu.
“Tariq, kenapa tiba-tiba kau berangin tadi? Ada apa-apa yang tak kena ke? Kan aku cuba tenangkan kau tadi.”
Dia senyum sinis sambil mengusap lembut kepala Tariq.
“Tengok kau buat dekat aku apa? Sian tau dekat tuan kau ini.”
Tariq mengangkat kepala, seolah-olah menjawab dengan tenang, tapi Han tetap berjenaka.
Han tersenyum lega sebab Tariq sudah kembali tenang.
“Nasib baik kau dah okey, jaga-jaga sikit tau. Jangan buat aku cedera lagi.”
Dia ketawa perlahan, seronok dapat kembali bersama kuda kesayangannya walau baru sahaja melalui hari yang mencabar.
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasíaVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
