bab 54

20 0 1
                                        

ISTANA DIRAJA, PETANG ITU – LAMAN BERANDA MENGHADAP TAMAN]

Langit petang berwarna jingga lembut. Burung-burung kecil bersiul. Han duduk bersendirian di beranda luas yang dihiasi kerusi kayu jati dan bunga segar. Tangannya menggenggam cawan kopi.

Tap. Tap. Tap. Bunyi tumit halus mendekat.

>Syafya (lembut, sambil senyum):
“Saya bawa dessert. Ingatkan awak suka kek stroberi macam dulu.”

Han berpaling. Dia terkejut, tapi senyuman Syafya membuatkan dia tidak mampu menolak.

Han:
“Masih ingat lagi awak pasal tu?”

Syafya (duduk perlahan):
“Bukan semua benda saya lupa, Han. Terutama yang buat saya bahagia.”

Han senyum nipis. Dia ambil sepotong kek.

Beberapa saat mereka makan dalam senyap. Syafya memandang langit, dan angin menyapu lembut helaian rambutnya. Han terpandang… dan buat pertama kali, dia benar-benar menatap Syafya. Wajah itu masih tenang, matang dan setia.

Han:
“Syafya… awak masih macam dulu.”

Syafya (pandang Han):
“Saya cuba jadi lebih baik. Supaya kalau awak pandang saya semula… awak nampak saya masih ada untuk awak.”

Han tersentak. Dia letakkan cawan ke meja. Nafasnya turun naik, perlahan.

Han:
“Saya takut sebenarnya. Kalau saya buka hati saya semula… saya takut saya hancur semula.”

Syafya tersenyum, penuh kesabaran. Dia capai tangan Han yang tergenggam, sentuh lembut.

Syafya:
“Kalau awak jatuh… saya akan jatuh sekali. Tapi saya akan bangun sama-sama dengan awak, Han.”

Han terdiam. Tapi dia tidak tarik tangannya.

Beberapa saat, mereka hanya bertentang mata dalam senyap. Tidak perlu kata-kata. Ada sesuatu yang Syafya beri — ketenangan yang Han dah lama hilang.

Petang itu berlalu dengan cahaya jingga yang membalut mereka. Di mata luar, mereka nampak seperti sepasang yang saling menyayangi. Tapi di hati Han… ada nama lain yang tak boleh dia padam.

MALAM GALA DIRAJANYA – BALLROOM MEWAH HOTEL 5 BINTANG]

Kilauan lampu chandelier, karpet merah terbentang dari pintu masuk utama. Tetamu mula berpusu-pusu masuk, bergambar, bertegur sapa. Kamera media berbaris di sebelah kiri.

“Duli Yang Teramat Mulia Pemangku raja, tengku mahkota Tengku Han Ryan Shah… bersama tetamu istimewa…”

Seluruh dewan terdiam seketika saat Han muncul… bergaya dalam tuxedo diraja hitam dengan sentuhan navy. Di sisi kirinya, Syafya Mawar Shah — tampil anggun dalam gaun satin emerald yang menjunam lembut, rambut diikat separa, bertatah permata di leher.

Flash kamera bertubi-tubi.

“WAAAAHHH—!!” "Itu… Syafya kan?! Bukan ke dia dulu GF Tengku Han?? OMG!"

“Diorang comeback ke ni?! Sweet gila!”

“Weh dia pegang tangan Han tadi! Tak silap aku tengok!”

“Maafkan aku, aku ship!”

Dalam ballroom, Han dan Syafya berjalan perlahan-lahan. Han, seperti biasa, menjaga batas… tapi sesekali wajahnya mengendur bila Syafya tersenyum padanya.

Syafya (berbisik sambil gelak kecil):
“Kita famous malam ni, awak perasan tak?”

Han (selamba):
“Tak. Saya cuma nampak awak je.”

Syafya (merah pipi):
“Awak ni...”

Mereka beriringan ke meja utama. Beberapa pemimpin dan keluarga diraja lain mengangguk hormat.

Dari jauh, kamera paparazzi masih snap gambar. Di Twitter, TikTok dan media sosial:

🟡 "TENGKU HAN & SYAFYA BACK TOGETHER? MALAM GALA BERTAUT SEMULA!"
🟡 "Gaya romantik eksklusif Han dan Syafya buat netizen melting!"
🟡 "Pakai matching warna! Siapa perasan? 😍"

[GOSIP GROUP TELEGRAM – RAKYAT BAWAHAN BERGELORA]

Ayu_GossipQueen:
"Weh! Syafya tu nampak makin sesuai dengan Han, serious! Elegant habis!"

MakcikDariIstana:
"Makcik pun suka! Dah la pegang lengan Han… Adoi, cair tulang temulang makcik!"

RakyatBeremosi:
"Kalau dia kahwin dengan Syafya, rakyat cuti umum tak? Nak stan dari awal!"

TeamMaisarahTegar:
"Eh jap... mana Maisarah? Hati saya tak tenang 😭"

DALAM BALLROOM – SLOW DANCE TIME]

Lagu klasik mula dimainkan. Beberapa pasangan mula berdansa perlahan. Han pandang Syafya… tangan kanan dihulur.

Han (lembut):
“Kalau tak keberatan… boleh saya ambil masa beberapa minit malam ni untuk awak?”

Syafya tersenyum… dan mengangguk. Mereka mula berdansa perlahan. Lampu ballroom dimalapkan. Semua mata tertumpu. Tapi malam itu… cuma mereka berdua yang tahu betapa gugupnya hati masing-masing.

MASA DALAM EVENT – LEBIH LEWAT MALAM]

Han dan Syafya masih duduk di meja utama, kelihatan tenang namun aura mereka berdua seolah-olah mencuri spotlight. Orang lain sembang, mereka sembang juga — tapi tangan kanan Syafya… tak lepas dari tangan kiri Han sejak tadi.

Jari jemari Syafya bertaut dengan kemas di tangan Han.

Syafya (senyum kecil, suara perlahan):
“Pelik kan… tangan awak masih rasa sama macam dulu.”

Han (renung lama, senyum senget):
“Macam mana tu?”

Syafya (lembut):
“Hangat… tenang… buat saya rasa selamat.”

Han tunduk sedikit, genggam tangan Syafya lebih erat.
Sesekali, dia gosok belakang tangan Syafya dengan ibu jarinya. Manja. Lembut. Tapi cukup buat jantung Syafya macam nak meletup.

Semua ni disaksikan oleh rakyat di balik kamera dan telefon pintar masing-masing.

[MEDIA SOSIAL MELETUP – GOSIP MASUK FASA 3]

🟢 @Ayu_GossipQueen:
“Tak tahu lah nak jerit ke nak nangis… HAN PEGANG TANGAN DIA DARI TADI 😭😭😭”
“Gais… dia tak lepas langsung!!!”

🟢 @FanpageDiraja_MY:
“Tengku Han pegang tangan Syafya dari jam 8.30 malam sampai sekarang wehhh. TRUE LOVE ke ni??”

🟢 @MakCikBawangHQ:
“Bukan setakat sweet… tangan dia sapu² jari Syafya lagi 😭 Makcik dulu kahwin pun tak romantik macam tu…”

🟢 @TeamKaptenMisteri:
“Boleh tak tanya sikit… mana Maisarah? Gambar dia satu pun takde malam ni 🥲”

– SELEPAS EVENT – DI HALAMAN HOTEL]

Han dan Syafya berjalan ke arah kereta diraja. Bintang bersinar cerah malam itu. Syafya masih pegang tangan Han erat. Mereka tak cakap banyak, hanya menikmati diam yang selesa.

Han (bisik perlahan):
“Syafya… awak okay dengan semua ni? Pegang tangan saya depan semua orang?”

Syafya (pandangan lembut):
“Kalau awak tak kisah… saya lagi tak kisah. Saya cuma… tak nak lepas awak lagi.”

Han berhenti seketika. Tangan mereka masih bertaut. Dia pandang mata Syafya… lama.

Han (senyum manis):
“Kali ni… saya takkan pergi mana-mana.”

Syafya tunduk malu, tapi masih genggam tangan Han erat. Mereka masuk ke dalam kereta. Dalam kereta, tangan mereka masih terikat — dan hati pun semakin terikat kembali.


*Bersambung*

Untukmu Aku Bertahan (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang