bab 31

34 0 0
                                        

Bilik Hospital Han – Petang

Han terlantar di atas katil hospital, masih kelihatan lemah tapi sudah boleh duduk dan bercakap. Leon dan Ahmad masuk membawa minuman dan makanan ringan.

Leon: (senyum sinis sambil duduk di tepi katil)
“Uhh, abang selamat awek ke dulu? Baru je keluar dari koma, mesti banyak cerita lah!”

Ahmad: (gelak kecil)
“Betul tu, abang. Jangan ingat dah hilang ingatan terus boleh lari dari semua soalan kita!”

Han pandang mereka dengan mata agak kosong, cuba mengingat tapi kelihatan blur.

Han: (perlahan)
“Awek? Aku... aku tak ingat apa pun dari masa tu...”

Leon dan Ahmad saling berpandangan, kemudian senyum dan buat muka nakal.

Leon:
“Haa, jangan nak buat-buat lupa lah abang. Kitorang ada banyak cerita nak cerita ni.”

Ahmad:
“Lepas ni kita bagi abang refresh balik semua, baru abang boleh catch up.”

Han tersenyum lemah, cuba untuk ikut gelak mereka tapi dalam hatinya dia rasa sedikit keliru.

Han: (keliru, cuba ingat)
“Cerita apa ni? Aku... blur sangat ni.”

Leon ketawa kecil, sambil usap kepala Han.

Leon:
“Nanti kita cerita, tapi sekarang ni rehat je dulu. Otak abang ni kena recover.”

Ahmad pula buat muka nakal, ketuk bahu Han.

Ahmad:
“Betul tu, jangan risau. Kita ada kat sini jaga abang.”

Han pandang mereka dengan senyuman lemah, walaupun blur dia rasa lega ada keluarga di sisi.

Wartawan 1:
“Raja muda Tengku Han Ryan Shah masih belum kelihatan secara rasmi selepas insiden itu. Ramai yang risau tentang keadaannya.”

Wartawan 2:
“Memang, ada yang cakap dia dalam keadaan koma, tapi tak ada pengumuman rasmi. Rakyat mula buat pelbagai andaian sendiri.”

Pemerhati Rakyat 1:
“Aku dengar, bukan sahaja cedera, tapi juga ada masalah ingatan. Macam nak lupa kejadian tu terus.”

Pemerhati Rakyat 2:
“Macam pelik je, keluarga tak beritahu apa-apa. Biasanya kalau orang sakit teruk, mesti ada berita. Ni senyap je.”

Pemerhati Rakyat 3:
“Memang royal family ni, mereka selalu simpan rahsia. Mungkin nak jaga maruah, tak nak orang buat spekulasi liar.”

Wartawan 1:
“Tapi kan, bila adik-beradiknya mula keluar buat lawak dan bergurau, ada yang kata mereka cuba tunjukkan semuanya okay. Tapi sebenarnya?”

Pemerhati Rakyat 1:
“Kadang aku rasa mereka takut cerita sebenar keluar. Sebab tu mereka buat macam takde apa-apa.”

Pemerhati Rakyat 2:
“Kalau benar Han ada masalah ingatan, ini sangat menyedihkan. Dia masih raja muda, harapan rakyat.”

Pemerhati Rakyat 3:
“Tapi kita juga kena faham, keluarga tu tentu ada alasan. Mungkin nak bagi dia rehat dulu, bagi dia pulih sepenuhnya sebelum muncul semula.”

Wartawan 2:
“Betul tu. Tapi tak boleh la simpan lama sangat, nanti rakyat makin bertanya-tanya.”

Pemerhati Rakyat 1:
“Aku dengar juga dari sumber dalam, ada yang cakap ada masalah tekanan mental juga. Tak mustahil sebab beban kerja dan tanggungjawab besar.”

Pemerhati Rakyat 2:
“Kalau macam tu, memang perlu sokongan dan ruang untuk pulih. Kita semua harap dia cepat sembuh dan kembali kuat.”

Wartawan 1:
“Kalau tengok dari Instagramnya, Han baru saja update gambar lama dengan kapsyen ‘Ini gambar lama dik.’ Tapi ramai yang rasa itu usaha dia nak tunjuk dia okay.”

Pemerhati Rakyat 3:
“Tapi bila sampai masa, gambar lama saja tak cukup. Rakyat nak tengok Han di depan mata, tunjukkan dia sihat dan kuat.”

Wartawan 2:
“Semoga keluarga dan doktor beri rawatan terbaik. Kita doakan yang terbaik untuk Tengku Han Ryan Shah.”

[Scene: Ruang santai hospital diraja – petang, angin sepoi-sepoi. Han duduk di atas sofa empuk, bersandar dengan senyuman tenang. Leon, Ahmad, dan Hana berada di sekelilingnya, masing-masing nampak ceria dan lega melihat abangnya kembali sihat.]

Ahmad:
(Usha Han atas bawah)
“Uihh abang kita ni, nampak macam dah boleh pergi marathon ni!”

Leon:
“Marathon ke? Lebih macam dah ready masuk fashion week je aku tengok. Abang punya aura tu… macam pahlawan baru bangun dari tidur seribu tahun!”

Han:
(sengih sambil golek mata)
“Apalah korang ni... Baru sihat sikit, terus kena bahan.”

Hana:
(sambil duduk di sisi Han)
“Kami rindu nak kacau abang, tu je. Masa abang tidur tu, sunyi gila rumah. Leon sampai seminggu makan senyap je.”

Leon:
(Hala ke Hana dengan muka tak puas hati)
“Hoi jangan buka cerita! Aku tengah berlakon ‘abang cool dan tenang’. Jangan rosakkan watak aku!”

Ahmad:
(sambil ketawa)
“Tenang konon. Hari kedua abang Han koma, dia dah menangis tepi tingkap macam heroin drama.”

Han:
(Terkejut sambil pandang Leon)
“Eh serius ke? Leon nangis?”

Leon:
(Gelabah)
“Ehh! Mana ada. Hana tipu tu!”

Hana:
(Sambil tahan gelak)
“Kami ada bukti. Voice note dia menangis dalam group family! Nak main balik ke?”

Han:
(ketawa besar)
“Ha-ha-ha! Tak sangka, Leon ada sisi drama juga. Patutlah selalu tengok K-drama dengan Hana.”

Ahmad:
“Tu belum lagi bab masa abang dalam ICU… Leon doa kuat sangat sampai nurse tegur suara dia dengung macam imam Tarawih!”

Han:
(tepuk paha sambil geleng kepala)
“Astaghfirullah… korang ni memang penghibur betul. Tapi... terima kasih. Aku tahu korang semua risau.”

Leon:
(senyum lembut)
“Kami sayang abang. Tak sangka abang masih ada dengan kami hari ni... tu yang rasa lega sangat.”

Han:
(pandang ketiga-tiga adiknya satu persatu, senyum)
“Allah bagi peluang kedua. Aku pun tak nak sia-siakan.”

Hana:
(dengan nada nakal)
“So... abang bila nak bawa awek yang abang selamatkan tu datang jumpa kami?”

Han:
(blur kejap, dahi berkerut)
“Awek? Siapa?”

Leon & Ahmad:
(sepak ringan bahu Han serentak)
“MAISARAH lahhh!!”

Han:
(tunduk dengan blur sambil senyum kelat)
“Aku… masih tak ingat betul-betul...”

[Mereka semua senyap seketika, tapi lepas tu ketawa balik — tak mahu bebani Han dengan ingatan yang belum kembali sepenuhnya. Suasana ceria kembali meriah.]


*Bersambung*

Untukmu Aku Bertahan (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang