Warung kopi kampung – waktu petang.
Beberapa orang pakcik dan makcik tengah minum petang sambil tengok berita di TV yang menunjukkan aktiviti istana tanpa kelibat Tengku Han Ryan Shah.
Pakcik Salim:
“Haaa… sekali lagi Tuanku Han tak nampak muka. Dah seminggu lebih ni. Dulu dialah orang pertama sampai tiap kali event.”
Makcik Timah (risau):
“Dia tak sihat ke? Kalau setakat demam, mesti istana cakap. Ini senyap sunyi. Kita semua risau…”
Pakcik Salim:
“Aku dengar bodyguard dia pun macam tutup mulut. Semua orang rapat dengan dia diam je. Macam ada yang disorok.”
Makcik Timah:
“Kalau anak aku tak nampak dia update pun, itu maknanya serius la tu. Dia ni peminat setia Tuanku Han Ryan Shah tu.”
Kedai mamak – tengah malam.
Sekumpulan anak muda baru balik tengok bola sambil borak isu semasa.
Shafiq:
“Weh, korang perasan tak? Insta rasmi diraja pun dah tak post gambar Tuanku Han Ryan Shah. Benda pelik.”
Halim:
“Dengar kata dia jatuh sakit. Tapi kenapa semua orang tutup mulut? Macam... rahsia negara.”
Farhan:
“Dia tu kuat sangat kerja. Patutnya diberi cuti dari awal. Askar pun boleh cedera, ni pula dia…”
Shafiq:
“Bagi aku, Tuanku Han memang favourite rakyat. Dia lowkey, tapi ada karisma. Sebab tu ramai sedih kalau dia takde.”
Pejabat – waktu lunch.
Sekumpulan staf pejabat sedang makan tengah hari bersama.
Kak Wani:
“Aku scroll TikTok semalam. Semua orang tanya benda sama — mana Tengku Han Ryan Shah? Kenapa tak keluar news langsung?”
Fatin:
“Betul. Yang peliknya event malam semalam pun dia hadir sekejap je, lepas tu terus senyap. Muka pun nampak pucat.”
Kak Wani:
“Kalau ada masalah kesihatan, umumkan je. Rakyat sayang dia, nak tahu keadaan sebenar. Boleh doakan ke apa…”
Fatin:
“Aku ada feeling... dia tengah sakit, tapi tak nak susahkan sesiapa. Tengku Han bukan jenis tunjuk lemah.”
Scene: Bilik peribadi Han — Petang
Han sedang duduk di tepi tingkap, mengenakan sweatshirt navy biru lembut dan trackpants. Sambil memandang keluar, tangannya ligat menaip di telefon.
Instagram Story @t.hanryan.shah:
“Kadang-kadang yang tenang tu pun perlu berehat. Terima kasih kepada yang mendoakan.”
Padang Polo Diraja — bersama Tariq
(Background: langit senja & silhouette Han sedang duduk di pagar melihat kuda kesayangannya.)
Instagram Feed Post:
Gambar close-up tangan Han memegang tali kekang Tariq, caption ringkas:
“Healing in silence. 🐎🤍 #Tariq #TenangItuObat”
Reaksi Rakyat & Gosip Media Sosial
Twitter:
@aisyahrzk: “Omg finally Tuanku Han update!! Dia okay tak tu macam sedih je vibe dia.”
@royalty_stan07: “Kuda dia tu kan Tariq… dia memang sayang betul. Kalau sampai dia healing kat padang polo, mesti deep sangat something yang dia lalui…”
@gengGosipIstana: “Dari sumber dalaman… katanya Tuanku Han murung sikit sebab terlalu stres. Tapi dia memang tak suka kongsi masalah. Sweet tapi menyakitkan ”
Instagram Comment Section:
@nuramirasyahirah: “Handsome pun boleh nampak letih. Jaga diri please, Tuanku 🥺🤍”
@lelaki.istana.my: “Healing with Tariq… hmm siapa healing siapa sebenarnya 🤭”
@officialroyalupdate: “Post pertama Tuanku Han selepas ‘menghilang’ beberapa minggu akhirnya muncul. Rakyat serentak menarik nafas lega…”
Facebook Royal Community:
“Kalau Tuanku Han sendiri update dan ucap terima kasih… maknanya dia baca doa-doa kita. Alhamdulillah. Teruskan mendoakan, moga baginda cepat sembuh sepenuhnya.”
Malam di bilik Leon
Leon sedang baring atas katil, bersandar sambil scroll Instagram. Tiba-tiba…
Leon terhenti. Jari dia masih di atas skrin. Matanya tajam menatap post feed Han.
“Healing in silence…”
Leon bisik perlahan:
“Kenapa aku rasa ayat ni bukan sekadar ‘healing’? Muka abang… mata dia lain.”
Leon zoom in gambar Han pegang tali kekang Tariq. Dia perasan tangan Han nampak lebam sikit dan mata abang dia sembap, walaupun ditutupi sedikit oleh pencahayaan senja.
“Orang lain tengok aesthetic, aku nampak penat.”
Dia terus capai phone dan hantar mesej:
Leon ➤ Abang Han
“Kau okay ke betul-betul? Tangan kau tu kenapa?”
Lepas taip, Leon diam. Dia tahu abangnya takkan balas mesej tu dengan jujur.
Dia letak telefon perlahan dan pandang siling.
Sambungan Chat — Malam
Leon baring di katil, masih termenung lepas tengok IG post tadi. Telefon dia tiba-tiba bergetar.
Mesej Masuk – Abang Han
“Ini gambar lama dik. Jangan fikir bukan-bukan. Abang okay je.”
Leon ketap bibir. Dahi berkerut.
Dia pandang mesej tu lama. Dia kenal sangat gaya taip Han — emoji senyum ada benda tak kena tapi dia tak nak orang risau.
Leon membalas:
“Yeke? Tapi tangan tu nampak lebam sikit lah. Kau nak aku percaya 100% ni?”
Han balas selamba:
“Leon... jangan jadi detektif sangat. Kau kan jurufoto, bukan polis ”
Leon tarik selimut atas kepala, geleng perlahan.
“Dia ni memang... Abang Han tetap abang Han. Susah betul nak korek isi hati dia.”
koridor istana – Pagi esoknya
Leon berjalan seorang diri sambil scroll telefon. Masih terganggu dengan gambar yang Han post semalam. Hatinya tak sedap.
Dia terserempak dengan Gibran, pengiring peribadi Han, yang sedang berdiri di tepi pintu bilik istana.
Leon:
“Gibran.”
Gibran:
“Tengku Leon.” (tunduk hormat)
Leon tenung sekejap. Suaranya rendah, tapi tajam.
“Semalam abang saya post gambar dia tengah naik kuda. Tapi… kenapa tangan dia nampak lebam? Kau dengan dia semalam kan?”
Gibran berlagak tenang, tapi matanya sedikit bergerak ke kiri, seolah tak mahu dedahkan banyak.
Gibran:
“Setahu saya... itu gambar lama, Tengku.”
Leon makin sempitkan mata.
“Lama…? Tapi baju tu—”
Gibran cepat menyampuk dengan sopan.
“Maaf Tengku. Kalau tiada arahan dari Tengku Han Ryan Shah, saya tak dibenarkan komen lanjut. Keselamatan dan privasi baginda adalah keutamaan saya.”
Leon angkat kening, sedikit tak puas hati. Tapi dia kenal Gibran — setia, jujur, dan patuh.
Leon (gumam):
“Hmm... abang aku memang bijak sembunyikan sesuatu.”
Gibran tunduk hormat lagi sebelum undur diri.
“Jika itu sahaja Tengku… saya mohon izin.”
Leon hanya angguk perlahan. Dia berdiri termenung, memandang pintu bilik abangnya. Nalurinya tetap kuat mengatakan… abangnya sedang sakit.
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
