bab 38

38 0 0
                                        

HOSPITAL - ICU, MALAM YANG SUNYI

Suasana:
Lampu malap, bunyi mesin pemantau jantung yang steady tapi perlahan. Han terbaring lemah, muka pucat, tiub pernafasan, tiada perubahan banyak. Di sebelah katil, Maisarah yang juga cedera parah, masih tak sedarkan diri.

Tengku Puteri Afzan (bonda) duduk memegang tangan Han perlahan-lahan, mata berkaca.

"Han... anakku, tolong kuatkan diri... Bonda dan ayahanda sentiasa ada dekat sini."

Tengku Azman (ayahanda) berdiri di sebelah, wajahnya tegas tapi jelas ada luka dalam hati.

"Jangan tinggalkan kami dulu, Han. Kau bukan sahaja pewaris, kau juga harapan keluarga dan rakyat."

Tengku Leon dan Tengku Ahmad berdiri agak jauh, diam membisu tapi mata tak lekang memerhati.
Leon memicit bahu Ahmad perlahan.

"Dia kuat, Ahmad. Kita kena yakin Han akan pulih."

Ahmad mengangguk, menahan sebak.

"Tapi bila tengok macam ni... rasa tak kuat pula."

Doktor masuk, wajah serius tapi penuh harapan.

"Keadaan Tengku Han masih kritikal. Kami buat yang terbaik, tapi masih banyak risiko. Maisarah pun masih koma... kita tak tahu bila dia akan sedar."

Afzan mengelap air mata perlahan.

"Kalau Han dan Maisarah boleh bertahan malam itu, kami yakin mereka boleh hadapi apa saja."

Sunyi sekejap, bunyi mesin berdenyut perlahan di latar, kemudian suara Han perlahan berbicara, suara serak:

"Ma... saya rasa sakit..."

Semua yang ada tersentak. Afzan terus memegang tangan Han lebih erat.

"mama ada di sini, Han. Jangan takut."

Han pejamkan mata, cuba bertahan. Sebak memenuhi ruang bilik itu.

Close-up pada muka Han yang lesu, berpeluh dan berjuang untuk bertahan...

ICU - MALAM KEDUA, HUJAN TURUN RENDAH

Suasana sunyi. Di luar jendela kaca, hujan turun halus membasahi tingkap hospital. Waktu hampir tengah malam. Lampu ICU hanya tinggal samar-samar. Mesin pemantau masih berbunyi, "beep... beep..." perlahan. Suasana tegang dan sejuk.

Han masih terbaring kaku. Oksigen di hidung, wayar di badan. Sekelilingnya masih sama. Tetapi wajahnya sedikit pucat, peluh dingin kelihatan di dahi. Maisarah di katil sebelah, masih tidak sedarkan diri, namun tubuhnya lebih tenang daripada sebelum ini.

Tengku Puteri Afzan Qaira duduk tak berganjak. Tudungnya sedikit longgar, baju kurungnya kedut dan jelas belum ditukar. Matanya memandang tepat ke arah anakandanya yang tidak bergerak.

"Han... anakanda dengar suara bonda tak?" bisiknya perlahan, hampir tak kedengaran.

"Bonda tak minta apa-apa... cuma minta anakanda buka mata..."

Tengku Azman berdiri di belakang. Wajahnya tenang, tapi dari sudut mata kelihatan merah. Tangannya diletakkan di atas bahu isterinya.

"Biarkan dia dengar suara kita, Afzan. Hati seorang anak... akan tahu keluarganya menunggu."

Leon dan Ahmad kembali dari musolla hospital. Ahmad bawa dua cawan kopi panas dan letakkan di sisi.

Leon bersuara perlahan.

"Doktor kata tekanan darah Han stabil malam ni. Tapi masih tak cukup untuk bawa dia keluar dari risiko..."

Ahmad pula duduk dan menunduk.

"Kalau aku boleh tukar tempat dengan dia..." katanya perlahan sambil memandang ke arah tubuh Han yang kaku.

Maisarah tiba-tiba bergerak sedikit. Dadanya naik turun perlahan. Nurse yang melihatnya segera mencatat nota.

" Maisarah beri sedikit tindak balas. Masih belum sedar, tapi ini tanda baik."

Suasana bertukar sedikit harapan. Tengku Azman mengangguk kecil, tapi suaranya masih dalam nada tegas seorang ayah.

"Dua-dua mereka masih berjuang. Kita pun jangan kalah dalam doa."

Tiba-tiba mesin Han berbunyi sedikit laju.

"Beep... beep... beep beep..."

Semua berdiri. Afzan cepat-cepat berdiri dan capai tangan anakandanya.

"Han?! Han dengar suara bonda?"

Han tarik nafas sedikit panjang. Matanya separuh terbuka. Perlahan. Matanya bergerak ke kiri dan kanan.

Ahmad:

"Leon! Dia buka mata!"

Leon bergerak pantas ke arah katil.

"Han? Han, kami di sini!"

Han buka mata sepenuhnya - tapi kosong. Dia pandang Afzan, kemudian Azman. Tapi dia kelihatan keliru, tercungap sedikit dan frown.

"Saya... kat mana ni...?"

Afzan menangis tapi senyum.

"Syukur Alhamdulillah... anakanda sudah buka mata."

Doktor masuk. Nurse ikut. Pemeriksaan kecemasan segera dijalankan.

Doktor:

"Tengku Han sedar, tapi jangan paksa dia ingat apa-apa sekarang. Fokuskan pada pemulihan fizikalnya dahulu. Trauma otak mengambil masa."

Han pejamkan mata kembali. Peluh sejuk membasahi dahinya.
Maisarah masih tidak sedar.
Tapi harapan kembali menyala.

Han, terbaring... satu air mata jatuh di hujung mata kiri tanpa dia sedar.

ICU - SUBUH YANG HENING

Maisarah sudah mula sedar sepenuhnya. Suasana di ICU tenang, hanya bunyi mesin pemantau dan nafas lemah dari dua pesakit itu.

Tiba-tiba... dari katil sebelah, Tengku Han menggeliat sedikit. Dahinya berpeluh. Tubuhnya bergetar halus.

Bunyi lemah dari dada Han...
"Hhhh..."

Tangannya meraba dada dan perutnya. Peluh menitik dari rahangnya. Dia cuba bangun sedikit, tapi tiba-tiba-

"URGHH-!!"

Han memuntahkan darah! Darah pekat menyembur dari mulutnya dan jatuh ke gown hospitalnya dan atas cadar putih yang kini mula merah membara.

"Doktor!! Tengku Han muntah darah!!" jerit jururawat.

Maisarah yang masih di katil terpaku. Air matanya mengalir deras melihat lelaki itu dalam kesakitan. Bibirnya terketar.

Han cuba berkata sesuatu, suara serak dan terputus-putus.

"Sa...kit..."

Dia batuk darah lagi. Darah memercik ke bantal. Tubuhnya menggigil kuat. Monitor tekanan darah jatuh mendadak. Bunyi alarm mesin bertukar jadi laju dan bising.

Doktor dan jururawat masuk dengan laju.

"Lukanya terbuka! Tekanan darah menurun! Cepat ambil tekanan infusi, kita kena stabilkan dia segera!"

"Clear jalan pernafasan - dia tak boleh bernafas dengan betul!"

Leon dan Ahmad cuba masuk tetapi dihalang. Mereka hanya mampu lihat dari dinding kaca.

Tengku Afzan menangis dan dipeluk Tengku Azman.

"Ya Allah... anakanda kami..."

Maisarah terketar. Suaranya serak.

"Dia... dia selamatkan saya... jangan ambil dia... tolong...

Skrin monitor terus turun...

Dan tubuh Han dikepung doktor. Jururawat sedang memasang alat bantuan pernafasan. Darah masih mengalir dari mulut dan luka perutnya yang pecah.

Suara doktor:
"Kita perlu ke bilik pembedahan SEKARANG. Atau kita kehilangannya."


*Bersambung*

Untukmu Aku Bertahan (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang