Event kebudayaan di taman kota — Siang hari
Beberapa bulan sudah berlalu sejak insiden Han demam dan rehat panjang. Hari ini, Han kembali muncul di event kebudayaan yang dipenuhi rakyat dan media. Suasana meriah, namun tak dapat disembunyikan bisik-bisik dan gosip yang tersebar.
Rakyat bernama erma(berbisik kepada rakannya):
“Eh, tengok tu! Tengku Han Ryan Shah dah muncul balik, tapi nampak macam kurus sikit je…”
Rakyat bernama erni balas:
“Betul betul, dengar cerita dia pernah sakit teruk dulu. Tapi tengok dia layan orang macam biasa je, tak macam dulu dia sombong sikit.”
Rakyat bernama erni berkata juga:
“Ye lah, orang kata memang raja tu kena ada hati mesra dengan rakyat. Baru syok!”
Han melangkah di antara orang ramai, senyuman manis di wajahnya. Dia menegur dan melayan dengan ramah mereka yang datang bertemu.
Han (tersenyum dan salam tangan seorang warga tua):
“Terima kasih banyak kerana datang hari ini. Semoga semua menikmati acara.”
Han (bercakap dengan sepasang suami isteri):
“Jaga diri baik-baik ya, kita semua perlu saling sokong.”
Media dan wartawan yang berdiri di tepi memperhatikan, ada yang mengambil gambar dan merakam video.
Di sudut, beberapa pemuda muda masih berbisik.
Pemuda 1:
“Lihat Han ni, masih kuat walaupun dah lama tak kelihatan.”
Pemuda 2:
“Tapi kenapa dia tak umum apa-apa tentang kesihatannya? Rakyat pun risau juga.”
Han, tanpa sengaja terdengar bisik-bisik itu, tersenyum simpul.
Selepas ucapan Han di pentas — Area hadapan pentas, rakyat berkumpul
Han baru saja selesai memberikan ucapan yang penuh inspirasi dan mesra. Tepukan gemuruh dari hadirin memenuhi udara. Namun, tak lama selepas itu, suara-suara bisik dan gosip mula kedengaran.
Rakyat 1:
“Wah, tengok cara dia cakap tadi, penuh semangat macam dulu-dulu. Tapi aku rasa dia masih ada rahsia tentang kesihatannya.”
Rakyat 2:
“Betul tu. Dengar cerita Han ada sakit serius sebelum ni, tapi dia tak nak dedahkan pada umum. Rakyat pun risau jugak.”
Rakyat 3:
“Kadang-kadang tu aku nampak dia jalan macam lemah sikit. Tapi dia tetap datang event, tunjukkan semangat.”
Rakyat 4:
“Kalau dia sihat sepenuhnya, kenapa masih pakai baju lengan panjang walaupun panas macam ni? Ada sesuatu yang dia nak sembunyikan ke?”
Rakyat 5:
“Eh janganlah kita terlalu mengata, yang penting dia dah kembali dan layan rakyat dengan baik.”
Rakyat 6:
“Tapi aku harap dia jaga diri baik-baik. Kita semua sayang tengku Han ni.”
Rakyat-rakyat itu terus berbisik dan berbincang, masing-masing penuh rasa ingin tahu dan sedikit kerisauan tentang keadaan sebenar Tengku Han Ryan Shah. Namun aura dan karisma Han masih kuat, membuatkan ramai tetap menghormati dan menyayanginya.
Ruang makan khas diraja, selepas event
Tengku Han Ryan Shah menanggalkan blazer perlahan, lalu meletakkannya kemas di sebelah kerusi. Dia menarik nafas sebelum duduk. Di hadapannya, juadah makan tengah hari sudah tersedia — nasi putih, lauk ikan masak lemak cili api, ayam goreng berempah, ulam-ulaman, dan sambal belacan.
Tiada siapa menemani. Sunyi. Cuma bunyi pendingin hawa dan sesekali suara staf dapur yang jauh dari ruang itu.
Han menyenduk nasi ke pinggannya, perlahan. Tangan kirinya masih terasa sakit — sengal otot yang belum sembuh benar. Namun dia tetap makan seperti biasa, tenang tapi tidak tergesa.
Satu suara lembut menyapa dari jauh — pembantu istana peribadinya menghampiri.
Pembantu:
“Tuanku, maafkan patik mengganggu. Wartawan memohon izin untuk satu sesi soal jawab ringkas. Jika tuanku ingin berehat dahulu, patik akan sampaikan.”
Han menyuap ayam perlahan ke mulut. Mengunyah. Telan.
Tengku Han:
“Tak perlu. Lima belas minit lagi, suruh mereka tunggu di dewan kecil. Biar saya habiskan makan dulu.”
Pembantu:
“Baik, tuanku.”
Setelah pembantu berundur, Han kembali menumpukan perhatian pada makanannya. Sunyi kembali menyelubungi ruangan itu. Tapi kali ini, dia menikmatinya. Dia tak perlu menjawab soalan-soalan adik-adiknya, tak perlu pura-pura senyum jika mereka mengusik.
Cuma dia, dan fikirannya.
Sebelum suapan terakhir, dia meneguk air suam perlahan-lahan. Wajahnya sedikit letih, tapi dalam diam, dia bersyukur.
Sudah lama dia tak merasa makan sendirian — tanpa protokol berlebihan, tanpa hiruk-pikuk.
Dan anehnya…
dia rasa lebih kuat hari ini.
Dewan Kecil – Media Session Ringkas
Beberapa wartawan dan jurufoto sudah bersedia dengan alat rakaman. Tengku Han Ryan Shah masuk ke dewan kecil dengan tenang, wajahnya serius tapi tidak menegangkan suasana. Dia melangkah ke hadapan, memberi sedikit ucapan penutup selepas event.
Tengku Han:
“Terima kasih atas sokongan semua pihak terhadap majlis hari ini. Ia bukan sekadar acara rasmi, tetapi satu usaha membina hubungan antara rakyat dan institusi. Semoga kerjasama ini terus berjalan dengan baik.”
Seketika, kamera berbunyi. Klik klik klik. Wartawan sempat bertanya soalan terakhir.
Wartawan:
“Tuanku, bagaimana keadaan kesihatan tuanku sekarang setelah beberapa bulan tidak muncul di khalayak?”
Tengku Han (senyum nipis):
“Alhamdulillah, saya sihat. Ada masa kita perlukan ruang untuk pulih dan refleksi. Itu saja.”
Soalan ditutup dengan tepukan ringan. Han tidak mahu meleret.
Dalam Kereta – Perjalanan Pulang ke Istana
Han duduk di dalam kereta rasmi. Gibran memandu di hadapan, dengan dua bodyguard lain mengiringi dari kenderaan belakang.
Cuaca panas. Tapi dalam kereta, suhu nyaman dan pendingin hawa senyap sahaja.
Han menyandar perlahan di tempat duduk belakang. Matanya merenung keluar — pohon-pohon tepi jalan, bayangan langit biru… semua nampak sayup.
Beberapa saat kemudian, kelopak matanya berat.
Dan akhirnya…
Dia terlelap.
Kepalanya sedikit tertunduk ke sisi, hela nafas panjang dan tenang.
Gibran (dalam hati, menjeling cermin belakang):
“Letih sangat tuanku ni…”
Pejabat Diraja – Istana
Han sampai di istana dan terus ke tingkat dua, ke ruang pejabat peribadinya. Masih berbaju formal. Setelah duduk, dia membuka fail-fail yang perlu ditandatangani.
Komputer riba dihidupkan. Skrin menyala dengan notifikasi bertubi-tubi — e-mel rasmi, laporan program, pelan pelaburan terbaru.
Han menarik nafas.
Walau tubuh letih, wajahnya tetap fokus.
Demi tanggungjawab, dia kembali bekerja.
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
