ESOK PAGI | LAPANGAN TERBANG INCHEON, SEOUL]
Pagi itu, langit mendung tapi nyaman. Lapangan terbang Incheon agak sibuk, tetapi terasa sunyi di sekitar Han dan Maisarah. Mereka berdiri di hadapan pintu balai berlepas antarabangsa.
Han memakai kot hitam dan membawa beg sandangnya. Maisarah hanya bersweater kelabu, rambut diikat kemas. Mata mereka bertentangan. Tiada kata-kata pada awalnya. Hanya pandangan yang mahu menyimpan wajah masing-masing sehabis daya.
Han (senyum hambar):
"Tiket dah masuk... 9:30."
Maisarah:
"Awak janji..."
Han:
"Saya janji, saya akan datang balik. Sama ada sebagai tetamu, atau..."
(Han tarik nafas panjang)
"...sebagai seseorang yang ada sebab untuk terus menetap."
Maisarah (senyum nipis, tapi matanya dah merah):
"Saya akan tunggu."
Han melangkah setapak ke depan, betulkan anak rambut Maisarah yang tertiup. Tangannya menggigil sedikit.
Han:
"Jaga diri, dearsweet."
Maisarah gelak kecil, sambil genggam jaket Han.
Maisarah:
"Awak ingat nama tu?"
Han (senyum sipu):
"Mana mungkin saya lupa panggilan yang buat awak senyum macam ni."
Mereka saling berpandangan... kemudian Han tarik Maisarah ke dalam pelukannya-ringan, tapi penuh makna.
Han (berbisik):
"Kalau awak rindukan saya... pandang langit. Saya akan pandang yang sama."
Maisarah (perlahan):
"Saya doakan awak selamat sampai."
Han undurkan diri, pegang tangan Maisarah untuk kali terakhir sebelum dia lepaskan perlahan. Dia berpaling dan melangkah masuk ke balai berlepas. Maisarah tak bergerak, hanya pandang belakang tubuh Han yang makin menjauh...
Tiba-tiba, Han berhenti seketika dan toleh ke belakang. Senyum.
Han:
"Jangan lupakan saya."
Maisarah (senyum sambil tahan air mata):
"Mana mungkin."
ISTANA DIRAJAKU, MALAYSIA | PETANG]
Langit Malaysia petang itu sedikit mendung. Awan kelabu berkumpul, seperti menandakan kepulangan yang tidak sepenuhnya gembira. Sebuah kereta hitam mewah berhenti perlahan di hadapan tangga istana. Pintu dibuka.
Keluar seorang lelaki berkot hitam yang tampak letih-Tengku Han Ryan Shah. Rambutnya sedikit kusut, langkahnya tenang, tapi ada beban yang dibawanya bersama. Dia hanya ditemani seorang pengawal peribadi.
Pengawal:
"Selamat kembali, Tuanku Han."
Han hanya angguk sedikit. Pandang ke arah istana yang berdiri megah. Tapi entah kenapa... hatinya terasa kosong. Sunyi.
Dia mendaki anak tangga perlahan. Sampai di muka pintu, disambut oleh kepala pelayan istana.
Kepala Pelayan:
"Ayahanda dan Bonda Tuanku sedang di balai utama. Mahu patik panggilkan?"
Han (geleng kepala, perlahan):
"Tak perlu. Beta ingin berehat dahulu... Lama dalam pesawat."
Kepala Pelayan:
"Baik, Tuanku."
Han berjalan sendiri ke bilik peribadinya. Sebaik pintu ditutup, dia bersandar di belakang pintu. Tutup mata. Nafas ditarik perlahan.
Biliknya masih seperti dulu. Tapi sekarang... semuanya terasa asing. Dia berjalan ke tingkap, membuka langsir. Pandang ke luar.
Han (berbisik perlahan):
"Aku dah balik, tapi... hati aku belum sampai."
Dia buka bagasi. Di dalamnya, ada satu benda yang sangat kecil tapi penting: sekeping gambar polaroid Maisarah di taman Seoul, terselit celah buku nota. Han duduk di birai katil. Pegang gambar itu. Senyum nipis. Tapi matanya merah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasíaVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
