ISTANA DIRAJA | MALAM DI BILIK TENGKU HAN RYAN SHAH]
Malam sunyi. Hanya jam antik berdetik perlahan. Tengku Han duduk di meja kerjanya, di hadapan kalendar besar yang tergantung di dinding. Tangannya memegang pen, mata pula merenung tarikh pada bulan hadapan yang telah ditanda bulat merah:
“20 haribulan — Seoul, Korea”
Han (berbisik perlahan):
“Korea lagi…”
Dia menarik nafas perlahan. Jari jemarinya menyentuh lipatan surat rasmi yang baru sampai — jemputan menghadiri Asia Royal Peace & Economic Forum.
Han (monolog):
“Majlis ni penting… tapi kenapa hati aku berdebar macam ni?”
Dia bangun perlahan, melangkah ke arah balkoni. Angin malam menyapa wajahnya. Dari situ, dia melihat bintang-bintang di langit, seolah-olah memanggilnya.
Han:
“Tiga bulan berlalu… dan hati ini masih belum reda. Mungkin Korea nanti... ada jawapannya.”
AIRPORT PRIVATE LOUNGE | SEBULAN KEMUDIAN – PAGI HAN BERTOLAK KE KOREA]
Han berdiri di depan jet diraja. Para pengiring memberi hormat. Bagasinya telah dimuatkan. Tengku Leon datang menghampiri.
Tengku Leon (sambil senyum sinis):
“Jangan buat drama Korea kat sana sudah. Nanti viral kat TikTok.”
Han (menarik bibir senyum):
“Aku pergi kerja. Bukan berlakon.”
Tengku Leon:
“Korea tu ada dia, kan? Tapi kalau jumpa… jangan lupa balik. Negara ni perlukan putera. Bukan pelarian cinta.”
Han hanya ketawa kecil. Tidak membalas. Tapi wajahnya jelas berfikir sesuatu.
Han:
“Kalau takdir temukan… mungkin aku akan tahu jawapan sebenar dari hati aku sendiri.”
Dia melangkah naik ke dalam jet — dan pesawat pun berlepas membawa Tengku Han Ryan Shah kembali ke bumi yang menyimpan memori, dan mungkin… jawapan cinta yang lama terpendam.
INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT, SEOUL | PETANG YANG DAMAI]
Suasana lapangan terbang sibuk seperti biasa. Langit berwarna pastel oren kebiruan. Jet diraja mendarat di landasan khas. Para petugas mula bersedia.
Tengku Han Ryan Shah melangkah keluar dari pesawat. Berkot gelap, berkaca mata hitam, berwajah tenang seperti biasa — namun matanya meliar, seakan mencari sesuatu... atau seseorang.
Seorang pembantu peribadi Korea, Mr. Kang, menyambutnya.
Mr. Kang:
“Welcome back to Seoul, Yang Mulia Tengku Han Ryan Shah. We’re honoured to host you again.”
Han (hanya angguk perlahan):
“Thank you, Kang. Same hotel as before?”
Mr. Kang:
“Yes, Sir. But before that, the Chairman requested a quick photo op with the media at the arrival lounge.”
Han tak berkata banyak, cuma menurut. Mereka melangkah ke ruang media. Flash kamera mula menyala, wartawan mula menjerit soalan dalam pelbagai bahasa.
– LOUNGE MEDIA AIRPORT]
Di seberang ruang — berdiri seorang wanita. Pakaiannya sederhana, namun keanggunannya menonjol. Dia bersama lelaki Korea tinggi, Jang Hyunk Shik. Mereka berbual dan ketawa kecil.
Maisarah.
Han terpaku. Tapi tak lama. Dia cepat-cepat mengalihkan pandang, kembali tenang — seolah-olah tidak mengenal sesiapa pun di situ.
Namun Maisarah terlihat kelibat Han. Dia terkedu. Jang Hyunk Shik perasan.
Jang (senyum sambil tunduk sedikit):
“Is that… the prince you told me about before?”
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
