bab 52

18 0 0
                                        

PADANG POLO DIRAJA | PAGI]

Jam 9:45 pagi. Padang polo luas menghijau. Langit cerah dengan awan berarak perlahan. Angin pagi meniup ringan.

Para petugas istana sedang mempersiapkan kuda-kuda. Ada yang menarik nafas panjang sebelum latihan bermula.

Di sudut kanan padang, kelihatan seekor kuda jantan berwarna kelabu perak, berdiri megah dan tenang. Di tubuhnya tertulis namanya: TARIQ.

Tengku Han Ryan Shah muncul — segak, berdisiplin, dan fokus. Pakaian latihannya kemas dan elegan.

Jurulatih Polo (hormat):
“Tengku, Tariq sedia menanti.”

Han (senyum nipis):
“Bagus. Lama dia tak lari dengan aku.”

Han naik ke atas Tariq dengan gerakan cekap, kedudukan sempurna. Dia tunduk sedikit, membisik pada kudanya:

Han (bisik):
“Kita dah lama tak turun padang, kan, Tariq? Jangan kalah dengan angin hari ni.”

Tariq mengangkat kepalanya seolah faham. Kemudian — derap! — mereka pacu ke tengah padang, berlatih sepenuh hati.

Han tampak menguasai padang. Kayu polonya dihayun dengan tepat. Derapan kaki Tariq menyatu dengan pergerakan Han, laksana dua makhluk yang satu jiwa.

Jurulatih:
“Strike cantik, Tengku! Tariq pun nampak agresif hari ni!”

Han (ketawa kecil sambil masih menunggang):
“Dia macam tu kalau lama tak keluar.”

Tapi selepas sejam, saat Han sedang mengelak dari dua pemain untuk shoot ke goal, Tariq membuat pusingan tajam — Han ikut gerak — dan satu denyut sakit terasa di sisi perutnya. Luka lamanya terasa mencucuk.

Dia cuba tahan. Nafasnya berat, tapi dia enggan berhenti.

Han (dalam hati):
“Tariq... slow sikit… jangan risaukan aku.”

Tariq kelihatan seperti faham, mula berlari lebih terkawal. Tapi mata Han mula kelihatan penat. Peluh menitik lebih deras.

– SELEPAS LATIHAN]

Han duduk di gazebo, tangan menekan bahagian rusuk perut secara diam-diam. Tariq sedang minum air di sudut belakang.

Han (berbisik perlahan):
“Tariq… jangan bagi tahu sesiapa aku sakit hari ni, okay?”

Tariq meringkik perlahan seperti menjawab. Han senyum nipis walaupun masih sakit.

PADANG POLO DIRAJA | JAM 5:10 PETANG]

Langit sore mulai keemasan. Angin bertiup sepoi-sepoi. Cahaya matahari yang memancar dari sudut barat mencipta siluet indah padang yang luas.

Sebuah meja lipat khas dengan alas meja linen putih telah disiapkan di bawah kanopi kecil berhampiran gazebo polo.

Di atas meja tersedia:

Sandwich mini bersalut keju dan ayam panggang,

Kek buah potong dadu,

Scones panas bersama jem strawberi istana,

Teh Earl Grey berasap di dalam cawan porselin putih emas.

Han duduk dengan gaya santai, masih mengenakan pakaian polo — baju lengan panjang sedikit terbuka di bahagian lengan, rambut berpeluh sedikit kusut, namun tetap tampak segak.

Han (ambil cawan teh, pandang padang):
“Tenang betul petang macam ni… tak macam pagi tadi. Tariq pun dah diam elok.”

Tariq — si kuda kelabu — sedang berdiri rehat di kandang terbuka berhampiran, sambil sesekali meringkik kecil bila angin kuat menyapa.

Untukmu Aku Bertahan (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang