Mesyuarat Diraja
Ruang Mesyuarat Diraja Tingkat 1, Istana Al-Muazzam.
Jam 11:20 pagi.
Pintu kayu berukir dibuka dari luar. Semua pegawai yang sudah bersedia di dalam bilik bangun serentak.
"Ampun Tengku..."
"Salam sejahtera, Tengku Han Ryan Shah."
Tengku Han melangkah masuk dengan tenang, mengenakan suit hitam penuh, berkemeja putih dan bertali leher merah — pewaris kanan takhta, kini memangku sebahagian tugas ayahandanya.
“Terima kasih semua. Silakan duduk.”
Nada suaranya tidak meninggi, namun cukup berwibawa untuk membuat semua diam serta-merta.
Dia menarik kerusi tengah di hujung meja bujur panjang itu, lalu duduk. Di depannya: kertas minit mesyuarat, senarai agenda minggu ini, dan laporan pegawai istana.
Pegawai protokol membuka sesi.
“Tengku, kita akan mulakan dengan laporan program mingguan istana. Tiga program awam, dua delegasi tertutup dan satu jemputan luar.”
Han angguk sedikit. Matanya tepat menatap kertas laporan.
“Jemputan dari Istana Kalimanda — siapa yang akan wakili kita?”
“Mengikut jadual asal, ayahanda Tuanku Sultan yang akan berangkat. Tapi dengan keberangkatan baginda ke Jepun...”
“Saya akan wakili.”
“Buat surat rasmi balas jemputan. Nyatakan saya akan hadir.”
Semua mencatat.
Pegawai setiausaha sambung, “Untuk program awam — lawatan ke sekolah tahfiz dan pusat jagaan dirancang. Tengku Ahmad Jebat Shah akan iringi untuk salah satu lawatan…”
“Yang pusat jagaan itu, saya akan pergi. Ahmad ke tahfiz.”
“Leon akan iringi Ahmad?”
“Sudah dimaklumkan, Tengku.”
Han tunduk sedikit. Sambil menyemak tarikh, dia sempat berkata:
“Pastikan keselamatan setiap lokasi diangkat ke tahap tertinggi. Jangan ambil mudah walaupun lawatan kecil.”
Pegawai Keselamatan segera catat.
Sesi mesyuarat berlangsung hampir satu jam. Tidak ada jeritan. Tidak ada tekanan tinggi. Hanya suara yang tenang tapi penuh ketegasan.
Sebelum bangun dari tempat duduknya, Han mengangkat muka.
“Terima kasih atas komitmen semua. Kita bawa nama diraja. Setiap langkah kita, orang perhati. Jangan pandang ringan. Jangan leka.”
Semua bangun semula.
“Ampun Tengku, junjung kasih atas titah.”
Han angguk ringan, kemudian melangkah keluar.
Di luar bilik mesyuarat, pengiringnya Zaid sedang menunggu.
“Zaid, siapkan pakaian rasmi untuk jemputan luar minggu depan. Warna navy.”
“Baik, Tengku.”
Han tidak sempat berehat. Langkahnya terus menuju ke bilik kerja semula. Kerja diraja tidak pernah ada noktah. Tapi itulah tugasnya — demi ayahanda, demi istana, demi negeri.
Fail Misi Khas
Petang itu, cuaca mendung. Angin sejuk dari taman istana meniup lembut ke ruang legar sayap kanan istana — tempat kerja diraja bagi anakanda-anakanda Sultan.
Tengku Han Ryan Shah sedang berdiri menghadap tingkap, tangan berlipat di belakang. Kot suit hitamnya ditanggalkan, hanya berkemeja putih dan bertali leher. Segala laporan pagi tadi masih di mejanya.
Pintu diketuk dua kali.
“Masuk.”
Pintu dibuka. Tengku Ahmad Jebat Shah masuk dulu, berbaju polo navy dan seluar slack hitam. Di belakangnya, Tengku Leon Mikail Iskandar Shah, lengkap berbaju kemeja lengan panjang warna red.
Di tangan mereka — fail berwarna maroon dan hitam, berlogo diraja serta tentera.
“Fail penting daripada pasukan khas,” ujar Ahmad, meletakkan fail di atas meja Han.
“Ayahanda suruh kita semak dan siapkan garis panduan sebelum dihantar ke kementerian pertahanan.”
Han duduk semula, menarik fail perlahan. Leon pula bersandar pada dinding sambil memerhati reaksi abangnya.
“Ini pasal projek latihan ‘Iskandar Echo’?” soal Han.
“Ya. Program taktikal dua hala. Kita bekerjasama dengan unit luar negara untuk latihan hutan dan perairan.”
Han membuka halaman pertama. Matanya bergerak laju meneliti butiran.
“Tengku Leon... awak masih aktif ke dalam pasukan operasi ni?” Han bertanya, separuh serius.
Leon senyum kecil, bersilang tangan.
“Aktif, tapi bukan ‘field ops’. Aku dah mula buat lebih banyak latihan dalam simulator dan strategi bilik perang.”
Ahmad menyampuk, “Dia kan dah pencen jadi coach dalam hutan. Sekarang dia coach pakai slide PowerPoint.”
“Heh.” Leon sengih. “Aku masih pergi misi kalau perlu. Cuma ayahanda dah tak bagi aku turun kawasan terlalu jauh. Kena kekal dekat-dekat.”
Han angguk perlahan. Tangannya membelek satu lagi bahagian dalam fail.
“Bagus juga. Tapi sistem pemantauan dan logistik ni tak cukup kuat. Mana cadangan penuh digital mapping?”
Ahmad buka satu lagi fail tambahan. “Ada. Kat appendix C. Kita letak kat belakang sebab terlalu teknikal. Kau nak tengok?”
“Of course.”
Leon duduk di sofa sebelah. “Kalau abang Han yang tengok, semua appendix dia bedah. Nak hantar laporan dekat kau ni macam nak hantar thesis.”
Han tersenyum sedikit, lalu bersuara tenang, “Kalau aku tak semak, siapa nak jaga nama ayahanda? Kalau kita buat cincai, nanti jatuhnya maruah istana — dan negara.”
Kedua-duanya terdiam sebentar. Nada itu cukup mengingatkan mereka betapa tanggungjawab ini bukan untuk gaya, tapi amanah besar.
Ahmad bersuara perlahan.
“Betul. Sebab tu kita buat sungguh-sungguh.”
Leon tunduk sedikit.
“Fail ni kita dah tapis dengan kolonel. Tapi yang terakhir, memang wajib lalu kau dulu.”
Han letakkan pen dan menutup fail perlahan.
“Baik. Aku akan semak semua malam ni. Esok pagi kita bentang bersama.”
Ahmad dan Leon angguk.
“Copy that, Tengku Han,” ujar Leon bergurau, angkat kening seperti gaya tentera.
Han geleng kecil, namun wajahnya sedikit lembut.
“Korang ni... kalau bukan sebab darah diraja, memang dah lama kena herdik dengan pegawai kanan.”
“Nasib baik kita adik-beradik,” Ahmad senyum.
Han bersandar ke kerusi.
“Betul. Tapi darah kita tak buat kerja kita ringan. Kita lagi kena jadi contoh.”
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
