Dalam Kereta - Tengku Han
Kereta rasmi yang membawa Tengku Han meluncur perlahan menyusuri jalan pulang dari lapangan terbang. Suasana dalam kereta sunyi, hanya bunyi penghawa dingin dan deruan jalan yang kedengaran.
Tengku Han bersandar di kerusinya. Tali leher sedikit longgar, matanya terpejam. Wajahnya kelihatan penat, tapi bukan penat fizikal semata-ada keletihan yang lebih dalam dari itu.
Pemandu menjeling seketika melalui cermin belakang.
Pemandu:
"Tuan Han nak saya kecilkan pendingin udara?"
Tengku Han membuka sedikit matanya, tapi tak membalas. Cuma angguk perlahan. Kemudian kembali pejamkan mata.
Tangannya terletak di perut. Nafasnya turun naik perlahan.
Dalam diam, fikirannya jauh mengembara. Tapi tubuhnya terlalu letih untuk melayan. Dan akhirnya...
Dia tertidur.
Ketibaan di Istana - Malam
Kereta rasmi Tengku Han membelok masuk ke perkarangan istana diraja. Lampu-lampu di luar menyala redup, menyambut ketibaan pewaris kedua negara itu.
Tanpa banyak bicara, pemandu keluar dan membuka pintu belakang.
Pemandu:
"Kita dah sampai, Tuan."
Tengku Han buka mata perlahan. Dia duduk tegak, kemaskan jaket suit hitamnya. Langkahnya turun dari kereta perlahan dan teratur, seperti biasa-tenang dan penuh kawalan.
Beberapa orang pengawal memberi hormat. Han hanya membalas dengan anggukan kecil. Wajahnya masih sukar dibaca.
Tanpa tunggu adik-beradik yang mungkin masih belum sampai, dia terus melangkah masuk ke dalam istana.
Bilik Tengku Han
Biliknya gelap dan sunyi. Hanya lampu meja sisi yang menyala, memancarkan cahaya lembut ke arah katil empuk yang masih rapi.
Tengku Han menanggalkan kotnya, melonggarkan tali leher, dan duduk di birai katil. Dia pandang cermin di hadapan. Lama.
Tengku Han (perlahan, sendiri):
"Kau okay Han... macam biasa..."
Dia ketap bibir, tunduk. Matanya mula layu kerana keletihan. Perlahan-lahan dia baring di katil, tapi tidak menutup lampu.
Matanya tertumpu ke siling.
Nafas ditarik panjang.
Tengku Han (berbisik):
"...tapi sampai bila?"
Matanya terpejam sendiri. Dalam diam, Tengku Han hanyut dalam lena... atau mungkin, dalam kepenatan yang terlalu banyak dia sorok dari semua.
Esok Pagi - Di Bilik Tengku Han
Cahaya matahari pagi menembusi langsir kelabu pekat yang sedikit terbuka. Bunyi burung-burung di luar seakan tidak mengganggu langsung suasana bilik Tengku Han yang sunyi.
Dia duduk di kerusi kayu berhampiran tingkap, berkemeja kelabu lembut, tidak mengenakan blazer seperti biasa. Rambutnya sedikit tidak teratur - tidak seperti dirinya yang selalu kemas dan teratur. Tapi wajahnya tetap tenang... cuma diam.
Atas meja, tersusun dokumen dan laptop yang masih belum disentuh sejak malam tadi.
Han (memandang keluar, dalam hati):
"Kalau hari ini aku tak keluar bilik, bukan sebab aku lemah. Cuma aku perlukan satu hari... untuk jadi manusia biasa."
Dia pegang cawan kopi yang dah lama sejuk. Tangannya bergetar sedikit, tapi dia genggam kuat.
Tiba-tiba ada ketukan di pintu.
Leon (dari luar):
"Bang Han? Tak turun sarapan ke?"
Han diam seketika. Kemudian bangun dan buka pintu separuh.
Han:
"Tak apa. Abang nak rehat je hari ni."
Leon (nampak risau):
"Abang okay ke? Muka nampak penat."
Han (senyum nipis):
"Kadang kita tak penat sebab kerja, Leon. Tapi sebab kita kena kuat setiap masa. Abang okay. Just... nak ambil hari ni untuk diri sendiri."
Leon angguk perlahan. Dia faham. Tak perlu tanya lebih.
Leon:
"Okay, abang. Kalau nak apa-apa, panggil je, ya?"
Han:
"Terima kasih."
Pintu ditutup perlahan. Han kembali ke kerusinya. Dia buka buku nota kecil dan mula menulis sesuatu... untuk dirinya sendiri.
"Kau kuat, Han. Tapi kuat tak bermaksud tak boleh berhenti. Hari ini, kau berhenti... esok kau bangun semula."
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
