minggu depan kemudian
“Keberangkatan Ke Jepun”
Lokasi: Lapangan Terbang Diraja Kuala Lumpur
Waktu: Pagi, cuaca cerah
Watak: Tengku Han Ryan Shah, pengiring istana, wartawan istana, Ahmad & Leon (hantar sampai balai perlepasan)
Pengumuman dalam terminal berkumandang perlahan, bunyinya bergema di ruang istana khas lapangan terbang.
Tengku Han melangkah keluar dari kereta hitam diraja, berpakaian sut biru tua berkolar tinggi — ringkas tetapi kemas. Sepasang cermin mata hitam dipadankan dengan jam tangan perak, mencipta aura tenang, maskulin dan tidak tergesa-gesa.
Tengku Ahmad Jebat:
“Bila abang balik, jangan lupa kirim matcha asli, bukan yang serbuk supermarket tu.”
Tengku Han mengangkat sebelah kening.
“Tengku Ahmad nak yang asli ke… atau yang disaji oleh gadis Jepun berbaju kimono?”
Tengku Leon menyampuk sambil senyum lebar.
“Kalau abang bawa balik menantu dari Jepun, ayahanda nak suruh kita semua belajar Jepun lah lepas ni.”
Tengku Han:
“Kau pun tak balik-balik dari uk dulu, Leon. Ingat tak?”
Ahmad dan Leon ketawa kecil.
Han hanya senyum nipis, tenang.
Tengku Han:
“Ayahanda titahkan, selepas dua bulan event, beta diberi ruang untuk lawatan rasmi di Tokyo. Tapi ini bukan cuti sepenuhnya… Beta akan bertemu beberapa wakil kerajaan di sana. Dan lawatan ke Akademi Polo Diraja Jepun juga sudah disusun.”
Tengku Ahmad:
“Abang tak nak tinggal lama sangat kan?”
Tengku Han:
“Seminggu cukup. Beta hanya ingin jauh sebentar… untuk menyusun kembali tenang dalam diri.”
Pengiring menghampiri, memberi isyarat masa semakin suntuk.
Tengku Han:
“Jaga bonda dan ayahanda. Kalau ada surat rasmi dari istana, beta masih dihubungi.”
Tengku Leon menepuk bahu abangnya perlahan.
“Selamat pergi dan kembali, Tengku Han. Jangan lupa ambil gambar… untuk profile istana, bukan selfie.”
Han senyum tipis, angguk perlahan.
Dengan gaya tenang, dia melangkah masuk ke ruang eksklusif balai berlepas. Di tangan kirinya — pasport diplomatik diraja Malaysia. Di hati, mungkin… rindu pada tanah air belum pun bermula.
“Selamat Datang, Tengku Han”
Lokasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo
Waktu: Petang lewat, langit mendung keemasan
Watak: Tengku Han Ryan Shah, wakil Kedutaan Malaysia, pengiring Jepun, dan pengurus lawatan istana diraja Jepun
Angin petang Tokyo menyentuh wajahnya perlahan.
Langkahnya tenang, namun penuh karisma. Mata-mata di balai ketibaan eksekutif sesekali mencuri pandang — siapa lelaki tinggi berwajah Melayu yang berjalan dengan tenang sambil dikawal pengiring bertali leher?
Pintu eksklusif dibuka.
Wakil Kedutaan Malaysia di Jepun menunduk sopan.
Wakil Kedutaan:
“Selamat datang ke Jepun, Duli Yang Amat Mulia Tengku Han Ryan Shah. Kami amat berbesar hati menyambut ketibaan tuanku.”
Tengku Han membuka cermin mata hitamnya perlahan. Wajahnya jelas keletihan, namun tenang.
Dia mengangguk sopan.
“Beta berterima kasih atas layanan ini. Segala atur cara telah disusun?”
Wakil Kedutaan:
“Ya, tuanku. Esok pagi tuanku akan dibawa ke Akademi Polo Shizuoka dan malamnya tuanku akan dijemput ke jamuan rasmi di Kedutaan Diraja. Sepanjang minggu ini, jadual tuanku akan lebih bersifat ringan dan lawatan istimewa.”
Han angguk perlahan.
“Beta tidak datang sebagai wakil diplomatik penuh. Beta hanya mahu memerhati dan… tenang.”
Pengurus Jepun memberi isyarat sopan.
“Kereta rasmi sudah sedia, Han-sama. Kami akan terus ke Imperial Villa di kawasan pergunungan Hakone seperti yang diminta.”
Han senyum tipis.
“Arigatou gozaimasu.”
Dalam kereta…
Langit Tokyo mulai gelap.
Han hanya duduk diam di dalam Toyota Century hitam, melihat keluar tingkap. Kot hitamnya masih terletak kemas. Namun tali leher sudah dilonggarkan sedikit.
Tengku Han (monolog dalaman):
“Kadang aku rasa… tak semua hal perlu dikejar. Kadang… hanya duduk diam, dan diamkan dunia luar — itu pun satu bentuk kemenangan.”
Setibanya di villa imperial — villa kayu klasik Jepun dengan taman yang luas dan sungai mengalir perlahan di belakang rumah — Han berdiri di balkoni.Angin dingin memukul wajahnya.
Matanya… pejam. Hatinya perlahan-lahan… reda.
Lokasi: Café kecil berhampiran Imperial Villa, kawasan Hakone, Jepun
Waktu: Tengah hari, cuaca sejuk nyaman
Han baru sahaja selesai menjamah makan tengah hari.
Dia keluar dari kafe gaya Jepun klasik, dengan tangan di dalam poket kotnya. Langit mendung, daun-daun perang mula gugur meski bunga belum mekar penuh.
Dari arah bertentangan, seorang lelaki tinggi berwajah tenang berjalan sambil memegang telefon, memakai jaket panjang biru tua. Tengku Zayyad Irfan Al-Muadzam Shah.
Han terhenti sejenak. Dahi sedikit berkerut.
Kemudian bibirnya mengukir senyum nipis.
Tengku Han:
“Hoi… Yad?”
Zayyad cepat-cepat mendongak. Wajahnya terkejut.
Kemudian senyum lebarnya terus muncul, menggantikan riak serius tadi.
Tengku Zayyad:
“Eh… Han?! Kau buat apa sini?”
Langkahnya segera dipercepatkan dan mereka bersalaman erat — penuh gaya lelaki.
Tengku Han (angkat kening):
“Sepatutnya aku tanya kau balik. Apa jadah kau merayap kat Hakone ni?”
Tengku Zayyad:
“Aku ada kerja sikit kat Tokyo. Lepas tu saja naik ke sini sebab ada satu site projek diraja. Tapi… kau ni? Diam-diam datang Jepun. Tak call, tak mesej. Dulu cakap nak datang sama-sama kan?”
Tengku Han (senyum malas):
“Beta perlukan… ruang.”
Nada suaranya perlahan tapi tegas. “Bukan nak lari. Cuma nak tenang. Tanpa jadual penuh istana.”
Zayyad tepuk bahu Han perlahan.
“Habis sekarang aku ganggu ‘ketenangan’ tu lah ya?”
Tengku Han (ketawa kecil):
“Tak. Kau… pengecualian.”
Zayyad senyum dan ajak:
“Jom duduk. Aku belanja kau teh hijau Jepun yang paling sedap sekali. Tapi lepas tu, kau kena ikut aku naik ke lokasi projek aku. Aku rasa kau patut tengok.”
Tengku Han:
“Kau ni memang tak boleh duduk diam…”
Zayyad (sambil jalan):
“Tak macam kau. Muka je tenang. Tapi kepala tu sibuk fikir masa depan negara, aku tahu.”
*bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasiVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
