bab 63

50 0 0
                                        

Petang di Istana Diraja — Ruang Keluarga

Semua ahli keluarga besar Diraja sudah berkumpul. Tengku Leon Mikail, Ahmad Jebat, Ayahanda Tengku Azman Maekey Shah, Bonda Tengku Puteri Afzan Qaira, dan Tengku Puteri Hana Mikayla — semuanya kelihatan hairan kerana Han dan Maisarah minta semua orang berkumpul.

Ayahanda:
“Apakah halnya ini sampai semua perlu duduk berkumpul? Han, jangan kata engkau nak letak jawatan sebagai putera istana?”

Leon (bisik pada Ahmad Jebat):
“Kalau bukan letak jawatan, mesti dia nak umum kahwin lagi...”

Ahmad Jebat:
“Yang itu memang kita kena panggil wartawan awal-awal.”

Han (senyum lebar, berdiri):
“Tenang semua, ini bukan pengumuman letak jawatan. Jauh sekali kahwin lagi—”

Maisarah (duduk malu):
“Haih abang...”

Han:
“Saya nak umumkan sesuatu yang besar. Paling besar dalam hidup saya… dan paling membahagiakan.”

Han berpaling, hulur tangan pada Maisarah yang perlahan bangun dan berdiri di sisinya.

Han (mata bercahaya):
“InsyaAllah, dalam beberapa bulan akan datang… saya dan Maisarah bakal menjadi ibu dan ayah.”

Terdiam.

Semua ternganga. Literally.

Tengku Puteri Afzan (jerit perlahan):
“APA?! Maisarah MENGANDUNG?!”

Leon:
“Wait what the—”

Hana (menjerit kecil, terus peluk Maisarah):
“MASYAAA ALLAH!!!”

Ahmad Jebat (dengan gelas teh tergenggam):
“Tuanku bakal ada pewaris??”

Ayahanda (berdehem cuba kawal emosi):
“Alhamdulillah... ini berita yang sangat menyentuh hati. Tahniah, anakanda Han… tahniah Maisarah.”

Han (senyum puas):
“Terima kasih, Ayahanda.”

Leon (berdiri, angkat tangan):
“Alright, semua! Kita raikan berita ni. Panggil chef buat kek khas malam ni. Hari ini istana kena meriah!”

Ahmad Jebat:
“Dan saya nak jadi ayah saudara paling ‘cool’ dalam sejarah istana!”

Hana:
“Saya nak buat baby shower party terus!”

Maisarah (terharu sambil senyum pandang Han):
“Macam tak percaya semua terima dengan gembira.”

Han (bisik lembut):
“Saya kata dah... awak dan baby kita adalah rahmat dalam hidup saya.”

Beberapa Minggu Kemudian — Petang di Taman Istana

Angin petang bertiup lembut. Matahari hampir terbenam, mencipta warna jingga keemasan yang menyinari seluruh taman istana. Maisarah sedang duduk di atas kerusi taman, memakai dress longgar berwarna pastel, tangan mengusap perlahan perut yang sudah mulai kelihatan bulat.

Maisarah (senyum perlahan, bisik ke perut):
“Anak mama… dengar tak suara burung-burung tu? Itu semua suara alam sambut awak…”

Tiba-tiba…

Han muncul dari belakang, berjalan perlahan-lahan sambil bawa bantal kecil dan bekal buah potong.

Han (dengan suara lembut):
“Dearsweet duduk sini lama ke? Awak dah minum air cukup belum?”

Maisarah (angkat kening manja):
“Ada bodyguard sangat sweet bawa buah. Sayang ke saya… atau anak?”

Han (duduk di sisi, cium ubun-ubun Maisarah):
“Kedua-duanya. Tapi mama dia kena sihat dulu, baru baby boleh gembira dalam tu.”

Untukmu Aku Bertahan (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang