Istana Diraja, Ruang Makan Pagi
Angin pagi menyapa lembut dari tingkap terbuka, aroma teh dan kuih-muih istana memenuhi ruang. Semua ahli keluarga berkumpul — Tengku Han Ryan Shah, Tengku Leon Mikail Iskandar Shah, Ahmad Jebat, Ayahanda dan Bonda Diraja.
Tengku Puteri Afzan Qaira Shah sedang menyuap secubit kuih ke mulut sambil memerhati anakanda-anakandanya yang rancak berbual.
Tiba-tiba—
Han: (senyum lebar, suara yakin)
“Mama… Mama, Han dah buat keputusan.”
Bonda (angkat kening, tenang):
“Keputusan apa, anakanda?”
Han:
“Han nak kahwin dengan Maisarah. Boleh, mama?”
(Wajah Bonda terkejut seketika, sebelum kembali tenang. Ayahanda berhenti menyisip kopi. Leon dan Ahmad Jebat berpandangan.)
Leon: (bisik perlahan sambil siku Ahmad)
“Abang kita ni buang tebiat ke ah Ahmah?”
Ahmad Jebat: (tahan gelak, sambil minum air perlahan-lahan)
“Kau tanya aku, aku pun nak tanya kau. Dia demam balik ke malam tadi?”
Bonda: (letakkan cawan perlahan, pandang Han)
“Han... kamu pasti? Ini keputusan besar, bukan main-main.”
Han: (angguk, senyum tenang tapi tulus)
“Han tak pernah rasa setenang ni bila fikirkan masa depan, Mama. Dengan Maisarah… Han rasa lengkap. Dia bukan sesiapa, tapi dia cukup segalanya.”
Leon: (sindir sambil ketawa kecil)
“Tapi bukan ke dulu dia beriya dengan Syafya sampai viral satu negara? Tiba-tiba ‘Maisarah is the one’?”
Han: (pandang Leon, senyum sinis)
“Dulu tu dulu, sekarang hati Han dah jumpa tempat dia.”
Ahmad Jebat:
“Kalau dia kahwin, kita jangan biar dia pilih lagu kahwin. Confirm dia pilih lagu sedih-sedih macam drama TV Korea.”
(Semua tergelak. Han cuma geleng kepala dengan senyum puas hati.)
Bonda: (lembut, sambil pegang tangan Han)
“Kalau itu yang menggembirakan hati anakanda, Mama restu. Tapi Mama mahu kamu buat secara terhormat dan bersedia.”
Han: (senyum lega)
“InshaAllah, Mama. Han akan bincang dengan dia sendiri. Tapi Han nak minta restu Mama dulu.”
Taman Istana, Lewat Petang
Langit jingga memayungi taman istana. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut rambut Maisarah yang sedang duduk di bangku marmar. Dia kelihatan tenang tapi sedikit gelisah apabila langkah Han makin menghampiri.
Han: (berdiri depan Maisarah, senyum sedikit)
“Boleh duduk?”
Maisarah: (angguk perlahan)
“Awak duduklah. Takut nanti rakyat nampak, keluar lagi tajuk gossip besar-besaran.”
Han: (ketawa kecil, duduk di sisi)
“Han tak kisah. Biar satu negara tahu… kalau awak izinkan.”
Maisarah: (pandang Han dengan kening berkerut)
“Bukan awak dengan Syafya ke nak kahwin?”
Han: (pandang tepat mata Maisarah, senyum senget)
“Sapa kata?”
Maisarah: (angkat kening, bersilang tangan)
“Satu istana. Satu negara. Satu dunia sosial media.”
Han:
“Lepas ni, satu negara akan tahu... yang Han cuma nak kahwin dengan awak.”
Maisarah: (terdiam seketika)
“Hah?”
Han: (duduk tegak, suara lembut tapi serius)
“Han dah beritahu Mama. Han dah buat keputusan, Sarah. Bukan sebab Syafya tak cukup, bukan sebab awak muncul balik. Tapi sebab... hati Han tenang bila awak ada.”
Maisarah: (suara kecil, hampir berbisik)
“Tapi kenapa saya? Saya tak ada apa-apa. Syafya tu sempurna, awak sayang dia, semua orang suka dia...”
Han: (pegang tangan Maisarah perlahan, tapi penuh yakin)
“Sebab awak tak cuba jadi sesiapa. Awak jadi diri awak… dan itu cukup untuk Han. Dengan awak, Han tak perlu pura-pura.”
Maisarah:
“Awak tak takut orang lain cakap?”
Han: (senyum)
“Kalau takut apa orang cakap, sampai bila-bila pun Han takkan bahagia. Tapi kalau awak sanggup pegang tangan Han, Han sanggup lawan dunia.”
Maisarah: (mata mula berkaca)
“Awak ni… pandai sangat bercakap.”
Han: (senyum nakal)
“Tu sebab awak jatuh cinta, kan?”
Maisarah: (tersenyum, tepuk lembut lengan Han)
“Perasan.”
Han:
“Jadi... awak sudi tak kahwin dengan lelaki paling degil, ego dan selalu kacau awak ni?”
Maisarah: (senyum manis, sambil perlahan genggam tangan Han)
“Saya sudi… Tapi jangan kacau saya setiap pagi sebelum kopi.”
Han: (ketawa)
“Deal.”
Istana Diraja — Ruang Menghadap, Petang Hari
Tengku Han Ryan Shah menggenggam tangan Maisarah penuh yakin. Mereka melangkah masuk ke ruang menghadap utama, di mana Ayahanda Tengku Azman Maekey Shah dan Bonda Tengku Puteri Afzan Qaira Shah sudah menanti.
Mama:
“Han, ini benar keputusanmu?”
Han: (pandang Maisarah, kemudian pandang Mamanya dengan tegas)
“Benar, Mama. Han mahu mengahwini Maisarah.”
Papa: (angkat kening sedikit, namun senyum perlahan)
“Puteri Maisarah... adakah kamu juga bersedia?”
Maisarah: (bertenang, namun wajah sedikit merah)
“Hamba bersedia, Tuanku...”
Mama: (tersenyum lembut, terus bangun dan menghampiri Maisarah)
“Kalau begitu, Mama terima kamu sebagai menantu Mama. Kamu telah buat Han berubah... dan kami redha dengan pilihan anakanda.”
Papa: (senyum)
“Surat rasmi akan dikeluarkan tengah malam ini. Bersedialah kamu berdua... Negara akan bercakap tentang ini.”
KEESOKAN PAGI — BREAKING NEWS!
[ISTANA DIRIYAH UMUM PERTUNANGAN TENGKU HAN RYAN SHAH & CIK MAISARAH AISYAH]
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana Diriyah awal pagi tadi, putera diraja, Tengku Han Ryan Shah akan melangsungkan perkahwinan dengan rakyat biasa, Maisarah Aisyah. Tarikh pernikahan dirahsiakan buat masa ini.
Rakyat mula membuat pelbagai spekulasi termasuk peralihan hubungan antara Tengku Han dan mantan kekasih, Cik Syafya Mawar Shah.
Scene: Suasana Meletup di Media Sosial!
@RoyalTeaMalaysia: "Wait... Han & Maisarah??? I thought Syafya was THE ONE?! 😭😭 #HanSarah"
@GossipDiva: "Tak sangka! Dari pelatih hospital jadi permaisuri? Fairy tale betul 😭✨ #MaisarahTheQueen"
@TeamSyafya: "Kita tak boleh terima ni. Syafya pegang tangan Han sepanjang event last week 😭💔 #TeamBroken"
@TeamHanSarah: "Kalau Han bahagia, kami support! Tengok muka Han tenang bila dengan Maisarah 💘 #TeamHanSarah"
di istana:
Leon: (baca telefon, ketawa sambil minum kopi)
“Weh Han, kau trending nombor satu. Kalah harga minyak naik.”
Ahmad Jebat:
“Aku rasa rakyat Malaysia perlu cuti khas untuk proses 'move on' dari Syafya.”
Han: (sengih, sambil pandang Maisarah yang duduk di sisi)
“Biar satu dunia kecoh... janji aku dan dia tahu kebenaran dalam hati masing-masing.”
Maisarah: (senyum malu)
“Awak pandai sangat berdrama sejak bila ni?”
Han:
“Sejak awak jatuh cinta dengan pelakon utamanya.”
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasíaVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
