Balairong seri sedang riuh dengan sorakan tetamu menyaksikan persembahan tarian klasik. Tiba-tiba suasana berubah, ketika beberapa penyerang yang tidak dikenali menyusup masuk dari belakang pentas.
Tengku Han Ryan Shah (dengan suara tegas, menoleh ke arah adik-beradiknya):
“Ahmad, Leon, ini bukan latihan. Bersiaplah. Kita harus lindungi semua yang hadir.”
Tengku Leon Mikail Iskandar Shah (mencengkam tinju, melangkah ke depan dengan tenang):
“Kami takkan biarkan mereka buat kacau di tanah air kita. Ayuh, jangan beri ruang.”
Tengku Ahmad Jebat Shah (menyusun posisi, fokus):
“Aku jaga pintu keluar, tak akan ada yang lepas tanpa izin aku.”
Penyerang mula menyerang bertubi-tubi. Han melangkah ke hadapan, menyerap serangan pertama dan membalas dengan gerakan pantas penuh disiplin.
Tengku Han (sambil menangkis serangan):
“Kita harus kawal situasi ini dengan tenang. Jangan bagi mereka buat kacau.”
Leon, lincah bergerak ke sisi, menggunakan kepantasan dan kekuatan untuk melumpuhkan beberapa penyerang.
Tengku Leon (mengerang kecil ketika bertarung):
“Jangan fikir kau boleh menang dengan kami!”
Ahmad pula berdiri teguh di pintu keluar, menangkis mereka yang cuba melarikan diri.
Tengku Ahmad (dengan suara lantang):
“Tak kemana pun kau! Aku takkan biar kau lari dari sini!”
---
Satu penyerang cuba meloloskan diri ke taman istana. Han segera kejar, dengan Leon mengikuti rapat di belakang. Ahmad menutup laluan lain, memastikan tiada siapa yang boleh melepasi.
---
Tengku Han (berlari pantas, nafas teratur tapi tegas):
“Jangan lepaskan dia! Kita tak boleh biar sebarang ancaman dekat sini.”
Tengku Leon (senyum kecil, semangat):
“Kau kejar, aku tutup belakang.”
Kejar-mengejar berlaku di lorong-lorong taman, Han melompat halangan dengan cekap, Leon pula berlari pantas mengikutinya. Lampu taman berkelipan, bayang-bayang berlari mengejar.
Penyerang akhirnya terperangkap di sudut taman apabila pasukan keselamatan tiba, menghalang laluan mereka.
Tengku Han (tarik nafas panjang, berdiri tegak sambil memandang ke arah penyerang):
“Dalam apa jua keadaan, keselamatan keluarga dan rakyat mesti jadi keutamaan. Kita tidak akan beri ruang pada yang mahu kacau keamanan.”
Usai Pertempuran – Taman Istana Diraja
Angin malam menyapa wajah mereka bertiga yang masih berdiri teguh di tengah taman. Lampu-lampu taman menyinar samar-samar, mengilaukan peluh yang mengalir di dahi mereka.
Tengku Ahmad Jebat Shah (menepuk bahu dua-dua abangnya sambil menghela nafas lega):
“Dannmm… kita berjaya!”
Dia hulurkan tangan ke tengah. Leon dan Han terus sambut dengan hi-five serentak.
Tengku Leon Mikail Iskandar Shah (senyum lebar, masih tercungap):
“Kan… fuh. Lama betul tak rasa adrenaline macam ni. Nostalgia misi masa training askar dulu.”
Tengku Han Ryan Shah (hela nafas dalam-dalam, pandang keliling taman yang mula dipenuhi pasukan keselamatan):
“Memang tak dijangka langsung. Acara kebudayaan pun boleh bertukar jadi operasi keselamatan.”
Mereka mula melangkah keluar dari kawasan pertempuran, perlahan-lahan menuruni tangga marmar di taman itu. Tiba-tiba Ahmad menjeling tangan mereka.
Tengku Ahmad (angkat kening, tegur dengan nada pelik):
“Eh… Leon? Han?”
Tengku Han & Tengku Leon (serentak, berpaling ke arah Ahmad):
“Apa dia?”
Tengku Ahmad (tunjuk ke arah tangan mereka):
“Tengok tangan kiri korang berdua tu.”
Mereka berdua pandang ke kiri — baju putih mereka mula menampakkan tompokan merah gelap. Darah mengalir perlahan, menitis ke rumput hijau.
Tengku Leon (kelip mata, pandang luka):
“Aku tak perasan langsung weh…”
Tengku Han (masih tenang tapi suara sedikit serak):
“Aku ingat tadi kena langgar bahu je… rupanya koyak juga tangan.”
Tengku Ahmad (terus ambil telefon, hubungi pasukan perubatan):
“Hello? Sediakan rawatan segera dekat taman, dua VVIP luka. Ulang, dua.”
Han cuba duduk atas bangku batu, nafasnya sedikit berat.
Tengku Han (tenung darah yang menitis, nada suara masih steady):
“Kita berjaya… tapi tak keluar tanpa bayaran.”
Tengku Leon (sambil duduk di sebelah Han):
“Bayaran luka kecil tak setimpal dengan nyawa rakyat yang kita selamatkan.”
Tengku Ahmad (duduk di sebelah kiri Han):
“Next time… pakai jaket body armor dulu ya, bukan main selamba terjun.”
Mereka semua ketawa kecil — letih, tapi puas. Siren perubatan mula kedengaran di kejauhan, menyinari malam penuh kisah ini.
Taman Istana Diraja – Beberapa Minit Selepas Insiden
Suasana masih tegang, walaupun ancaman telah berjaya dikawal. Orang awam yang hadir untuk acara kebudayaan berkerumun di luar kawasan keselamatan, telefon di tangan merakam kejadian sebentar tadi.
Orang Awam (seorang wanita berumur dalam lingkungan 40-an, mulut terlopong):
“Ya Allah… tu tadi memang Tengku-Tengku kita kan?! Tengku Han, Tengku Ahmad dengan Tengku Leon? Betul ke tu??”
Orang Awam (anak muda berusia awal 20-an, mata tak lepas dari telefon):
“Betul kak! Saya sempat rakam masa dorang berlari masuk kawasan berpagar tu. Fuh, macam filem aksi terus!”
Orang Awam (lelaki separuh umur, pegang kamera DSLR):
“Tengok tu, tangan kiri Tengku Han dengan Tengku Leon berdarah… tapi dorang cool je. Tak jerit, tak gelabah langsung. Geng betul.”
Orang Awam (mata berkaca):
“Patutlah rakyat sayang… sanggup korbankan keselamatan sendiri demi kami semua.”
Orang Awam (senyum bangga):
“Kita punya royal tak main-main. Tengku Ahmad tu dulu katanya belajar luar negara, tapi bila Malaysia panggil... terus dia balik bantu abang-abang dia.”
Orang Awam (rekod video, sambil mengulas):
“Saya rakam ni semua. Bukti anak raja kita turun padang. Patriotisme tulen. Rakyat Malaysia bangga!”
Suasana mula dipenuhi dengan suara pujian dan rasa syukur.
Pengacara Majlis (melalui mikrofon):
“Terima kasih kepada pasukan keselamatan dan... khususnya kepada Tengku-Tengku Diraja yang telah membantu memastikan keselamatan semua. Majlis ditangguhkan buat sementara.”
*bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantastikVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
