Petang - Istana Diraja, sayap kediaman Tengku Han Ryan Shah dan Tengku Maisarah.
Langit di luar kelihatan mendung, angin sepoi-sepoi menyapu langsir yang sedikit terbuka. Di dalam kamar peribadi, Maisarah sedang duduk di atas sofa berhampiran jendela. Dia memeluk bantal kecil sambil merenung kosong ke luar.
Maisarah (berbisik perlahan):
"Aduh... peningnya... perut pun rasa pelik."
Dia memicit kepala, kemudian letakkan tangan di atas perut. Nafasnya tidak teratur sebentar. Tangannya perlahan-lahan menekup mulut. Laju-laju dia bangun dan berlari ke bilik air.
[Bunyi air paip dan suara lemah Maisarah di dalam bilik air.]
Beberapa minit kemudian, dia keluar sambil berpaut pada dinding. Wajahnya sedikit pucat. Dia duduk kembali, cuba tarik nafas perlahan.
Maisarah (bercakap sendiri):
"Kenapa rasa macam... loya sangat hari ni? Aku makan benda pelik ke tadi? Tak... tak makan pun banyak."
Dia tunduk memandang perut sendiri, kemudian senyum sinis.
Maisarah:
"Apa aku fikir ni...? Takkanlah..."
Bilik mesyuarat rasmi, sayap urusan diraja.
Tengku Han Ryan Shah sedang mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan projek pembangunan perumahan rakyat diraja.
Han (serius):
"Kita tak nak hanya buat persembahan atas kertas. Aku nak hasil yang betul-betul rakyat boleh rasa. Faham?"
Pegawai zaf:
"Baik, Tuanku. Kami akan susun semula pelan cadangan dan bentangkan semula minggu depan."
Han:
"Bagus. Mesyuarat kita tamat sampai sini. Saya akan pantau sendiri projek ni."
Sebaik mesyuarat selesai, Han bangun dan melonggarkan butang baju rasmi. Dia memandang jam - dah hampir senja.
Han (berbisik perlahan):
"Dearsweet aku tengah buat apa agaknya sekarang?"
kembali ke bilik mereka.
Maisarah masih duduk, kali ini dengan jari menggenggam telefon bimbit. Dia teragak-agak untuk mesej Han. Tapi sebelum dia sempat taip, pintu diketuk perlahan.
Han (dari luar):
"Dearsweet... I'm home."
Maisarah tersentak sedikit. Cepat-cepat dia bangun dan buka pintu.
Maisarah (lembut):
"Sayang..."
Han (memandang wajah isterinya yang agak pucat):
"Eh, kenapa nampak lesu sangat ni? Tak sihat ke?"
Han pegang dahi Maisarah. Suhu badannya normal.
Maisarah:
"Entah... perut rasa pelik. Tadi muntah sikit... pening pun ada."
Han (terus resah):
"Kita pergi hospital sekarang nak?"
Maisarah (geleng):
"Tak... tak perlu. Rehat kejap je. Mungkin angin."
Han (tetap risau):
"Kalau esok masih sama, kita pergi jumpa doktor. Jangan buat saya risau."
Maisarah hanya senyum nipis dan mengangguk. Tapi dalam hati dia mula tertanya-tanya.
Maisarah (berbisik perlahan dalam hati):
"Takkan... aku...?"
Pagi di Istana - Bilik Mereka
Han sedang bersiap nak ke meeting, tapi perasan Maisarah lain macam - termenung di sofa, tangan memegang perut perlahan-lahan.
Han:
"Dearsweet? Kenapa muka macam baru kena marah dengan saya padahal saya tak buat apa-apa pun lagi ni?"
Maisarah tersentak, senyum hambar.
Maisarah:
"Tak ada apa lah, sayang... Saya nak keluar kejap, ada urusan."
Han:
"Urusan apa? Hari ni awak tak ada jadual apa-apa."
Maisarah (mengelak):
"Eh... adalah. Kena jumpa orang sekejap."
Han lipat lengan baju kemejanya perlahan, mendekat.
Han:
"Maisarah binti Dota Zayn..."
(mata tajam tapi suara lembut)
"...bila awak sembunyikan sesuatu, awak akan sentuh perut awak tanpa sedar. Dan awak baru buat tadi."
Maisarah:
"..."
Han:
"Saya ikut."
Maisarah (nada panik):
"Eh tak payah-"
Han:
"Kalau awak tak benarkan, saya akan suruh unit istana periksa ke mana awak pergi hari ni."
Maisarah:
"Han!"
Han (lembut tapi tegas):
"Kalau bukan benda salah, kenapa awak takut sangat saya ikut?"
Maisarah mengeluh, akhirnya angguk.
Maisarah:
"Baiklah... Tapi awak jangan gelabah tau nanti."
Klinik Diraja - Beberapa minit kemudian
Han duduk berdepan Maisarah dalam bilik konsultasi. Doktor Izzati masuk dengan senyuman yang sukar ditafsir.
Doktor Izzati:
"Tuanku berdua... keputusan dah keluar."
Han berpaling kepada Maisarah.
Han (bisik):
"Awak sakit ke?"
(panik makin naik)
Doktor Izzati menahan tawa kecil.
Doktor Izzati:
"Tuanku, Maisarah tidak sakit... dia mengandung. Lima minggu."
Han... kaku.
Han:
"Maaf... apa?"
Maisarah (senyum takut-takut):
"Kita... bakal ada anak, sayang."
Han tunduk pandang lantai. Tangannya naik tutup mulut.
Han (mata bergenang):
"Saya... bakal jadi ayah?"
Maisarah angguk perlahan.
Maisarah:
"Ya, sayang."
Han terus bangun, melangkah ke arah Maisarah dan terus peluk erat. Wajahnya tenggelam di leher isterinya.
Han (bergetar):
"Alhamdulillah... Ya Allah... dearsweet... ini anugerah paling besar dalam hidup saya."
Dia tarik diri perlahan, tangannya letak di perut Maisarah, cium penuh sayang.
Han:
"Apa pun jadi... saya akan jaga dua nyawa ni. Awak dan anak kita."
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasiaVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
