Gosip rakyat - Pelbagai latar tempat, suara berlaga-laga.
wanita berumur (makcik vibes):
"Aku tengok masa event tu... cara Tengku Han pandang dia... lain macam. Lembut... macam ada maksud."
Mak Bidah:
"Haa, aku pun perasan. Dia senyum pastu jalan slow je tinggal si Maisarah terpinga-pinga. Macam drama TV pukul 7!"
Staff pejabat (scroll Twitter):
"Hangpa tengok tak video tu? Dah viral kat TikTok! Caption dia 'Hero Negara dan Gadis Misteri'!"
Pakcik di kedai kopi:
"Dulu orang kata Tengku Han ni tak minat perempuan... tapi laa ni, dengan dia senyum, dengan dia renung... aku rasa cinta lama mekar kembali."
Twitter:
"Kalau dia tak suka... takkan dia selamatkan dia dulu kan?"
"Senyuman tu... aku rasa macam dah mengandung hanya tengok dari screen 😭"
"Maisarah confirm the chosen one 💍💥"
"Kalau kahwin... wedding of the decade kot!"
rakyat muda (dalam kereta, dengar radio):
"Bro... dia lari dari bangunan tengah terbakar, still sempat dukung perempuan tu. Real-life drama kot. Aku lelaki pun cair."
Gosip rakyat - Latar suasana: kafe hipster, group Telegram alumni, makcik-makcik pejabat, TikTok live, semua sekali serentak.
Netizen (dalam live TikTok):
"Guys... bukan aku nak kata apa. Tapi chemistry Tengku Han dengan si Maisarah tu macam... BOOM! Macam scene dalam K-drama!"
Telegram Group "Geng Cerita Panas"
Makcik Sarah:
"Anak Dato' Zayn tu cantik pun cantik... tapi macam tak masuk aura dengan Tengku Han. Lain macam bila dengan Maisarah."
Kak Timah:
"Haa... betul tu. Tengok masa lepas event tu... dia tak tunggu orang lain. Terus pergi, tapi sempat senyum kat dia. Aihhhh!"
Makcik Zura:
"Senang je nak tahu lelaki jatuh hati, dik... tengok cara dia tengok."
Budak Gen Z di IG Story:
"Kalau Han tak minat dia, explain kenapa dia sanggup luka teruk masa letupan tu??"
"I swear kalau depa tak kahwin, aku tak percaya cinta lagi 😭"
Student uni (Twitter):
"Theory aku: dorang ni dah kenal dari dulu tapi tak boleh together sebab status... sekarang fate bagi chance balik."
Barista kafe (bisik kat pelanggan):
"Boss aku kata ada yang nampak Tengku Han hantar buah tangan kat bilik Maisarah masa dia warded. Tapi senyap-senyap gila. Hmm... romantik betul."
Facebook mak-mak:
"Kalau betul lah jodoh dia Maisarah tu... beruntungnya dapat menantu camtu."
"Tengku Han tu bukan biasa-biasa... tapi nampak dia ikhlas. Lembut, penuh tertib... rare ok lelaki macam tu."
(merata-rata orang):
"Tapi... status dia kan? Dia tu kerabat... boleh ke kahwin dengan orang biasa?"
"Eh sekarang ni, hati yang penting. Kalau dia dah pilih... siapa boleh halang?"
Bilik Mesyuarat Diraja | Waktu pagi | Hari Isnin
Bangunan kerajaan itu berdiri megah di tengah kota diraja. Di dalam bilik mesyuarat utama, kerusi-kerusi kayu ukiran khas mengelilingi meja oval kaca berlapis emas. Bau kopi panas dan dokumen baru dibuka memenuhi udara.
Semua pegawai tinggi sudah duduk di tempat masing-masing. Mereka berdiri serentak apabila seorang lelaki berpakaian sut kelabu gelap dan bersongkok diraja melangkah masuk dengan tenang dan berwibawa.
"Ampun tuanku, perkenan untuk memulakan mesyuarat," ujar Setiausaha Kanan sambil menunduk sedikit hormat.
Tengku Han Ryan Shah mengangguk kecil. Matanya tajam namun tidak garang. Terselit senyuman tipis di wajahnya yang tampak lebih matang dari sebelumnya.
Tengku Han:
"Terima kasih atas kesabaran semua. Kita teruskan... agenda pertama?"
Semua pegawai mula membentangkan laporan-tentang projek pembangunan baharu, geran luar bandar, juga permasalahan air di beberapa daerah. Han mendengar setiap patah perkataan, mencatat sendiri beberapa nota kecil. Sesekali dia menyela dengan pertanyaan yang tajam tapi tepat.
Pegawai (sedikit gugup):
"B-beta... maksud patik, maaf tuanku-kami belum dapat kelulusan bajet tambahan itu..."
Tengku Han (lembut tapi tegas):
"Beta faham. Tapi jangan ulang kesilapan lalu. Setiap sen daripada rakyat harus ada hasilnya. Kita bukan hanya menjaga nama, tapi menjaga nasib mereka."
Semua diam. Nada suara itu cukup untuk menyampaikan bahawa Tengku Han telah kembali, bukan hanya sebagai pewaris takhta, tetapi juga pemimpin rakyat.
selepas mesyuarat: Di luar bilik mesyuarat
Pegawai-pegawai berjalan keluar. Beberapa orang muda dari jabatan pentadbiran memandang kagum dari jauh.
👨💼:
"Tuanku macam... berbeza sekarang. Lebih... tenang, tapi aura dia kuat sangat."
👩💼:
"Dulu pun dah power, sekarang macam ada 'depth'. Macam orang yang dah lalu macam-macam."
Dalam lif kaca diraja
Tengku Han termenung seketika, berdiri memandang ke arah langit kota dari tingkap lif.
Flashback suara doktor, ayahanda dan bonda bermain dalam fikirannya:
"Tuanku masih perlu jaga kesihatan, jangan terlalu memaksa diri."
"Han, kadangkala kekuatan itu bukan pada diam, tapi pada bijak mengatur langkah."
"Jangan bimbang soal lalu, fokuslah pada masa depanmu, anakanda."
Han menghela nafas, kemudian tersenyum kecil.
Han (dalam hati):
"Satu langkah demi satu. Beta belum selesai..."
Di lobi bangunan kerajaan diraja | Petang selepas mesyuarat
Langit kelihatan berwarna keemasan saat matahari mulai turun. Han keluar dari lif khas bersama dua pengawal peribadi. Langkahnya tegap, tenang dan berkarisma seperti biasa.
Baru saja hendak melangkah ke keretanya, beberapa rakyat dan staf muda mula menjerit kecil.
👩🎓:
“Tuanku Han! Tuanku, boleh ambil gambar tak?”
👨💻:
“Wahh, tuanku datang sendiri hari ni! Memang humble habis.”
👩🦱 (bisik ke kawan):
“Itulah... yang viral dalam TikTok tu, 'Putera Letupan'. Tengok cara dia jalan… macam drama Korea campur royal weh.”
Han tersenyum sedikit, melayan sekadar mampu. Dia bersalaman, sempat bergambar dengan beberapa rakyat, tapi masih menjaga protokol.
Dan di sisi kanan lobi... seseorang berdiri terhenti.
Maisarah.
Berkot labuh biru gelap, helaian rambut terikat kemas. Di tangannya ada fail — dia mungkin baru keluar dari satu taklimat. Namun langkahnya terhenti bila matanya bertembung dengan Han.
Degupan jantungnya laju. Tapi...
Han hanya berpaling sedikit. Tiada ekspresi. Langsung tidak menegur.
Dia terus melayan rakyatnya — mengangkat tangan sedikit memberi hormat kepada yang menunduk, dan kemudian terus melangkah ke arah keretanya.
Maisarah menggenggam failnya kuat-kuat. Matanya masih tertumpu pada susuk tubuh lelaki itu yang makin menjauh...
👩🦰:
“Eh, bukan tu ke perempuan yang dia selamatkan masa letupan tu? Ya Allah... dia pun kerja kat sini ke?”
👱♀️:
“Yelah... nama dia Maisarah kan? Tapi tuanku macam... tak pandang pun dia.”
👩🏻💼:
“Ala maybe tuanku segan kot… atau dia dah lupakan perempuan tu?”
👩🦱:
“Tak, aku rasa dia tengah move on. Royal kan, mana boleh tunjuk obvious sangat depan rakyat.”
👨🦳:
“Kalau aku, dah lamar dah perempuan tu. Cantik kot! Tapi tuanku ni memang susah dibaca…”
Maisarah (dalam hati):
"Mungkin dia dah tak ingat... atau mungkin aku memang tak sepatutnya ada dalam kisah dia."
Maisarah tunduk dan melangkah pergi, dengan perasaan yang hanya dia sendiri tahu.
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
