BAB 11

109 3 0
                                        


Lokasi: Foyer Istana Diraja
Waktu: 8:10 pagi

Cahaya pagi menembusi jendela kaca tinggi istana. Langkah tiga pewaris diraja bergema lembut di atas marmar putih.

Mereka bertiga tampil segak, masing-masing mengenakan suit tailored-fit warna gelap dengan pin logo diraja di dada kiri. Setiap satunya membawa watak tersendiri:

Tengku Han – suit hitam arang, tali leher perak, wajah tenang dan fokus.

Tengku Ahmad Jebat – suit biru navy, kemeja putih, penuh ketegasan dan berwibawa.

Tengku Leon – suit kelabu arang, gaya sleek dan profesional, masih dengan senyuman penuh keyakinan.

Tengku Ahmad (bercakap sambil betulkan lengan baju):
“Lama dah tak pergi event rasmi bertiga macam ni.”

Tengku Han (cek jam di pergelangan tangan):
“Jadual padat hari ni. Jam sepuluh perbincangan strategik, tengah hari tu jamuan bersama penasihat negeri…”

Tengku Leon (tersenyum sinis):
“Dan petangnya sesi temuramah media. Kau kena senyum banyak sikit, Han. Jangan masam sangat.”

Tengku Han (paling tenang):
“Aku senyum bila perlu.”

Tengku Ahmad (ketawa kecil):
“Senyum tu sedekah, Han. Jangan berkira sangat.”

Pintu utama istana dibuka. Kenderaan rasmi sudah tersedia.
Pagar istana dibuka luas, rakyat yang sedang menunggu di luar mula mengambil gambar apabila melihat ketiga-tiga pewaris keluar bersama.

Mereka bertiga melangkah ke arah kereta rasmi dengan penuh gaya, tenang dan tersusun. Aura diraja jelas terpancar.

Tengku Han (perlahan sambil berjalan):
“Bersedia untuk hari yang panjang?”

Tengku Leon & Ahmad (serentak):
“Sentiasa.”

Tiga wajah. Tiga takdir. Satu amanah yang diwarisi bersama.
Dan pagi ini, mereka melangkah ke dunia luar sebagai wakil tanah raja mereka.

MAJLIS & JAMUAN TENGAH HARI — ISTANA RASMI

Majlis rasmi pagi itu berjalan lancar. Tengku Han Ryan Shah, bersama dua adindanya, Tengku Ahmad Jebat Shah dan Tengku Leon Mikail Iskandar Shah, segak berbaju sut masing-masing, menerima tetamu kenamaan dari pelbagai kementerian dan perwakilan luar negara.

Senyuman Han kekal terukir walau penat masih bersisa dari urusan di Jepun minggu lalu. Majlis berlangsung penuh adat dan profesional. Suasana tegang dan serius berganti menjadi lebih santai menjelang tengah hari, apabila para tetamu dijemput ke dewan jamuan diraja.

JAMUAN TENGAH HARI

Dewan jamuan yang dihias indah dengan bunga segar dan kain sutera putih berkilau menampakkan kemewahan halus istana moden itu.

Han duduk di tengah, Ahmad di kiri, Leon di kanan. Gelas kristal berisi air minirel dan sirap ros tersusun kemas, makanan dihidang satu persatu oleh pelayan terlatih.

Tengku Ahmad Jebat Shah:
"Aku rasa kali ni, jamuan ni antara yang paling proper kita kendalikan tanpa ayahanda dan bonda."

Tengku Leon Mikail:
“Setuju. Han pun steady. Pagi tadi masa pembentangan, semua pak menteri senyap.”

Han hanya tersenyum kecil. Dia sedang mencucuk potongan kecil ayam panggang ke dalam mulut.

Tiba-tiba—

>Han pegang dadanya. Nafasnya tersekat. Wajahnya berubah pucat.

Tengku Han Ryan Shah:
“…Ugh…”

Untukmu Aku Bertahan (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang