BILIK ICU ISTANA, MALAM HENING]
Lampu redup. Mesin monitor berdetik tenang. Bunyi halus alat pernafasan menjadi latar. Han terbaring atas katil, tubuhnya dibalut dan berbalut, lengan disambungkan dengan IV, wajah pucat.
Syafya duduk di sisi katil, kepala tertunduk sambil menggenggam tangan Han. Mata dah bengkak menangis.
Syafya (suara perlahan):
“Han… please… bangunlah. Semua orang tunggu. Saya tunggu…”
Tiba-tiba… tangan Han bergerak perlahan. Jari-jemarinya menggenggam lemah. Mata dia terbuka sedikit—terkelip-kelip, kabur.
Han (suara serak, sangat perlahan):
“Sa…kit!”
Syafya segera tegakkan kepala, terkejut dan tak mampu menahan air mata.
Syafya (senyum dengan mata berkaca):
“Saya di sini, Han. Awak sedar… ya Allah, awak sedar…”
Han pandang sekeliling, matanya sayu. Nafasnya pendek-pendek.
Han:
“Sakit… dada… susah nafas…”
Syafya:
“Saya panggil doktor, tunggu ya, Han. Awak kuat, okay? Awak akan okay—”
Han genggam tangan Syafya, tak nak dia bangun.
Han (mamai):
“Tariq… jangan salahkan dia… saya jatuh sendiri…”
Syafya (usap kepala Han):
“Tariq okay… dia okay, awak jangan cakap banyak. Rehat dulu…”
Han senyum sikit… mata dia makin layu… kepala dia sandar balik ke bantal. Suara makin perlahan.
Han (berbisik sangat):
“Mawar… saya tak sempat… bagi awak… bunga kemenangan…”
Dan dia… tertidur semula. Denyutan mesin kembali stabil. Syafya tunduk, menangis perlahan, tapi dalam tangisan tu… dia senyum juga.
Syafya (bisik perlahan):
“Saya tak kisah bunga tu, Han. Saya cuma nak awak kembali.”
BILIK HOSPITAL ISTANA, PAGI YANG SUNYI]
Cahaya pagi perlahan-lahan menembusi tirai nipis bilik. Burung berkicau di luar, tapi di dalam bilik… suasana masih tenang. Han perlahan membuka mata sepenuhnya. Nafasnya lebih stabil. Dia cuba gerakkan tubuh—terasa sakit, tapi tak seteruk malam tadi.
Pintu diketuk. Doktor peribadi keluarga istana masuk perlahan.
Doktor Razif (lembut):
“Selamat pagi, Tuanku Han. Akhirnya bangun dengan sedar penuh… Alhamdulillah.”
Han (suara serak tapi tenang):
“Pagi, doktor… Saya okay. Dah boleh bangun rasa…”
Doktor tersenyum tipis, lalu memeriksa fail rekod pesakit di tangannya.
Doktor Razif:
“Kesan hentakan di dada dan patah tulang rusuk kiri awak serius, Han. Belum masuk kecederaan otot dan ligamen di kaki kiri akibat dipijak kuda…”
Han angguk perlahan. Dia masih boleh senyum.
Han:
“Saya… akan pulih berapa lama?”
Doktor meletakkan tangan ke hujung katil, wajahnya serius tapi bersahaja.
Doktor Razif:
“Itu yang saya nak bincang. Han… saya tahu awak sukakan polo. Tapi… kecederaan kali ini mungkin mengambil masa lama untuk pulih sepenuhnya.”
Han diam. Matanya tak berkedip.
Doktor Razif (perlahan, penuh hati-hati):
“Dan saya sarankan… awak berhenti dari bermain polo sepenuhnya. Kalau awak paksa diri semula dalam masa terdekat, awak mungkin cedera seumur hidup… atau lebih buruk—jangka hayat jantung awak juga boleh terjejas.”
Suasana jadi sunyi. Han menunduk, tangan dia mengepal atas selimut. Wajahnya tak menunjukkan reaksi sangat—tapi anak matanya berkaca.
Han (perlahan):
“Saya… tak boleh main lagi?”
Doktor Razif:
“Maaf, Han. Sebagai doktor… saya tak akan benarkan.”
Doktor undur diri perlahan, meninggalkan Han yang masih memandang ke luar jendela. Dia cuba senyum, tapi senyumannya seakan pecah. Air mata tak jatuh, tapi jelas… hatinya sedang hancur.
Han bersandar perlahan, dan berbisik sendiri:
Han:
“Tariq… aku takkan boleh naik kau macam dulu lagi…”
Hari itu, cahaya matahari memancar lembut menerangi ruang balairung istana yang luas dan mewah. Meja makan besar dihias indah dengan pinggan dan hidangan istimewa hasil dapur diraja.
Tengku Han Ryan Shah duduk di hujung meja, masih belum pulih sepenuhnya, tapi wajahnya sudah nampak cerah sedikit. Di sebelahnya, Tengku Leon Mikail Iskandar Shah dan Tengku Ahmad Jebat,kedua-duanya berbual riang sambil menyuap makanan.
Bonda mereka, Tengku Puteri Afzan Qaira Shah, tersenyum lembut sambil mengawasi anak-anaknya.
“Han, sudah lama kita tak duduk makan macam ni sekali, kan?” kata Leon sambil menyuap nasi ke mulutnya.
Han mengangguk perlahan, cuba menahan rasa tidak selesa di perutnya. “Betul juga, Leon. Kerja banyak, tapi hari ni saya cuba luangkan masa.”
Jebat yang terkenal dengan perangai usilnya tersengih. “Han, jangan lupa nanti kalau makan jangan cepat sangat. Kalau tak, macam last week, sampai terbatuk-batuk!”
Han tersenyum sambil menggeleng kepala. “Saya dah belajar, Jebat. Tak nak ulang lagi.”
Bonda Afzan pula menyelit, “Han, kamu mesti jaga diri baik-baik, jangan terlalu paksa badan.”
Han menunduk, wajahnya sedikit serius. “Mama, saya tahu. Saya akan cuba jaga kesihatan.”
Leon yang tidak mahu suasana terlalu tegang, tiba-tiba menepuk bahu Han. “Kalau Han nak, lepas ni kita main polo santai-santai je. Tak perlu sampai bertanding.”
Jebat pula menyambung, “Betul tu! Kita boleh jadi penonton je. Jadi, Han tak perlu risau cedera lagi.”
Han ketawa kecil, “Nanti saya tengok mood saya macam mana dulu.”
Tiba-tiba, Jebat memandang Han dengan muka penuh usikan. “Eh, Han, jangan lupa ada ‘sweetheart’ kau tu tengah tunggu kat luar.”
Leon tersengih lebar. “Jebat! Janganlah usik abang kau depan mama.”
Han tiba-tiba merah muka, matanya memandang ke luar jendela seolah-olah mengelak. “Enough lah tu, jangan nak buat saya malu.”
Bonda Afzan ketawa kecil, “Anak-anak bonda ni, selalu saja buat perangai.”
Suasana menjadi riang kembali, penuh dengan gelak tawa dan suara sayup angin di luar. Hari Ahad itu menjadi momen keluarga yang sangat berharga buat Tengku Han Ryan Shah dan adik-beradiknya, menambah eratkan kasih sayang mereka di tengah-tengah kesibukan dan cabaran hidup.
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasíaVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
