bab 47

29 0 0
                                        

BILIK RAWATAN ISTANA, MINIT-MINIT KRITIKAL]

Jururawat dan doktor sedang menekan luka di bahagian abdomen Han. Darah merah pekat menembusi kain. Han tetap tak nak rebah. Matanya terbuka, tapi makin kabur. Nafasnya kasar.

Doktor:
“Tengku! Sila bertenang, jangan lawan, jantung tengku lemah! Kami akan beri ubat pelali sekarang!”

Tapi Han angkat tangan perlahan, menolak. Kepala dia berpaling ke arah ayahanda dan bondanya. Mukanya pucat gila.

Han (lemah tapi tetap ego):
“Han... okay. Jangan... bagi mama risau. Jangan sedih...”

Ayahanda cuba dekat, tapi Han masih nak tunjuk kuat. Dia genggam tepi katil sampai urat tangannya jelas. Dia cuba duduk sedikit — satu gerakan kecil yang menyebabkan luka makin terbuka.

Darah meleleh deras. Nafasnya tersekat.

Bonda (menangis):
“Han! Sudah! Berhenti tunjuk kuat! Cukup! Anakanda akan mati begini—!”

Han pejam mata, cuba senyum tapi senyumannya hanya separuh terbentuk. Peluh makin laju menitis. Tangannya menggigil, jatuh perlahan.

Han (berbisik):
“Han... minta maaf... sebab selalu buat semua orang risau...”

Doktor terus beri isyarat kepada jururawat.

Doktor:
“Kita tak boleh tunggu lagi! Bawa masuk ke bilik rawatan kecemasan sekarang!”

Jururawat segera sorongkan katil bergerak. Han masih buka mata, cuba pegang tangan bondanya, tapi tak sampai. Dia cuba lawan lagi, pegang besi katil. Tapi akhirnya,

Tubuhnya jatuh ke sisi. Mata terbuka separuh.

Nafasnya makin perlahan.

Tubuhnya collapse — perlahan dan senyap.

Doktor (keras):
“Dia pengsan! Tekanan darah menjunam! Panggil pasukan ICU sekarang juga!”

BILIK KECEMASAN, ISTANA PERUBATAN DIRAJA]

SIREN kecemasan meraung. Katil Han ditolak laju masuk ke bilik kecemasan. Doktor-doktor pakar yang telah bersedia segera mengambil posisi. Jururawat menanggalkan pakaian berdarah di bahagian luka. Tangannya sejuk. Nafasnya… makin lemah.

Doktor Pakar:
“Tekanan darah 76/40. Pulse jatuh mendadak. Oksigen! Segera pasang ventilator!”

Seorang jururawat pantas membuka alat sokongan pernafasan. Satu lagi pasang line untuk ubat kecemasan. Mesin ECG menunjukkan denyutan jantung Han makin lemah.

Doktor Kedua (cemas):
“Luka lama dah terbuka sepenuhnya. Darah keluar tanpa henti. Kita perlu hentikan pendarahan ni dalam 5 minit atau—”

Doktor Pakar:
“Jangan sebut 'atau' — fokus!”

Pisau pembedahan dikeluarkan. Kain steril ditutup dari dada ke bawah. Doktor buat insisi tambahan untuk bersihkan kawasan luka.

Jantung Han berdegup... tapi tak stabil.

Doktor Pakar:
“Dia lawan terlalu lama. Badannya dah terlalu lemah untuk tahan sakit macam ni. Kita kena sedarkan semula dia lepas ni, kalau dia masih mampu.”

– Luar Bilik Kecemasan]

Ayahanda dan Bonda duduk bersebelahan. Bonda tak lepas genggam tasbih di tangannya, air mata jatuh berterusan. Ayahanda diam tapi matanya merah.

Tengku Azman Maekey Shah:
“Dia anak yang keras kepala. Tapi dia juga anakanda beta yang paling kuat.”
(nafas berat)“Afzan, doakan dia kuat... untuk kali ini lagi.”

Untukmu Aku Bertahan (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang