Event Diraja — Semua Kerabat & Keluarga Dato’ Zayn Hadir
Beberapa minggu selepas Han mula pulih dan kembali bertugas, satu majlis rasmi diadakan di istana. Semua kerabat diraja berpakaian indah dan rapi, memenuhi ruang dewan megah yang dihiasi dengan lampu kristal berkilauan dan bunga-bungaan segar.
Han berdiri di sisi pentas, tampak lebih sihat, walaupun masih ada bayang-bayang letih di wajahnya. Di sebelahnya, Ayahanda dan Bonda turut hadir, manakala Leon, Ahmad, dan Hana turut kelihatan mesra bersembang dengan tetamu.
Suasana riuh rendah dengan gelak tawa dan perbualan santai, tapi tetap terasa aura rasmi dan penuh hormat.
Datanglah juga keluarga Dato’ Zayn, seorang tokoh VVIP yang sering mendapat perhatian ramai. Dato’ Zayn hadir bersama anak perempuannya yang anggun dan berwibawa, yang mendapat pandangan kagum dari semua yang hadir.
Mereka berjalan perlahan ke arah dewan, disambut dengan tepukan mesra dari para hadirin.
Dato’ Zayn:
“Alhamdulillah, majlis ini sungguh meriah dan bermakna. Semoga kerjasama antara keluarga kita dan kerabat diraja terus kukuh dan berkat.”
Anak perempuan Dato’ Zayn tersenyum sopan dan mengangguk, pandangannya sempat bertemu dengan Han sekejap, memberi sedikit senyuman penuh makna.
Han membalas senyuman itu dengan sedikit anggukan hormat, walaupun hatinya berdebar sedikit.
Para hadirin mula menyesuaikan diri dengan suasana, ada yang mula bergosip hal-hal politik, ada pula yang sibuk mengambil gambar dan merakam momen penting.
Sementara itu, Leon dan Ahmad sibuk menjaga suasana supaya tetap teratur, sesekali mencuri pandang ke arah Han yang kelihatan agak tenang dan bersedia untuk melaksanakan tugas rasmi malam itu.
[Lokasi: Taman indah di luar dewan acara. Waktu petang, langit berwarna keemasan. Burung berkicauan, angin menyapa lembut daun-daun. Maisarah berdiri memegang hujung selendangnya yang ditiup angin, seperti sedang menimbang sesuatu. Dari kejauhan, dia nampak kelibat Tengku Han yang sedang berdiri seorang diri, menatap kolam air pancut yang tenang.]
Maisarah (perlahan, menarik nafas):
"Bismillah..."
[Dia melangkah perlahan ke arah lelaki itu. Langkahnya gugup, tapi niat di hati teguh.]
Maisarah:
“Tengku Han?”
[Tengku Han berpaling sedikit. Pandangannya tenang, tetapi mata itu menyimpan seribu cerita. Seolah setiap detik selepas kejadian letupan itu masih menghantui — walaupun tubuhnya kini kelihatan gagah seperti biasa.]
Tengku Han (suara rendah, lembut):
“Yes?”
[Beberapa saat mereka bertentangan mata. Maisarah menunduk sebentar, mengumpul kekuatan.]
Maisarah:
“Saya… saya cuma nak cakap… Alhamdulillah… saya gembira tengku nampak makin sihat sekarang. Saya tahu… bukan semua orang akan buat apa yang tengku buat hari tu. Dan kalau bukan kerana tengku… mungkin saya tak ada di sini hari ni.”
[Han hanya mendengar. Tenang. Tapi matanya merenung dalam seolah cuba menilai rasa yang cuba disampaikan Maisarah. Kemudian perlahan-lahan dia mengukir senyuman lembut — bukan senyuman biasa, tapi senyuman yang lahir dari tempat yang jauh dalam jiwanya.]
Tengku Han:
“…Sama-sama.”
Maisarah (mencari kata, perlahan):
“Tengku tak ingat apa-apa… tentang hari tu?”
[Han diam sebentar. Angin meniup jaketnya. Pandangannya dilempar ke arah kolam semula.]
Tengku Han:
“Cuma bayang-bayang samar... Asap, jeritan… dan cahaya merah. Tapi bukan wajah awak. Saya cuma tahu… ada seseorang yang saya perlu selamatkan.”
[Maisarah terkesan. Nafasnya tertahan seketika. Dia tunduk lagi, tapi kali ini bukan kerana gugup — tetapi kerana hatinya bergetar.]
Maisarah (lembut):
“Itu… lebih daripada cukup.”
[Han memandangnya semula, dan kali ini dia melangkah ke sisi Maisarah. Tidak terlalu dekat, tetapi cukup untuk Maisarah tahu — dia hadir sepenuh jiwa.]
Tengku Han (senyum ringan, tenang):
“Take care, Miss Maisarah.”
[Dia melangkah pergi. Maisarah hanya memandang belakang tubuh lelaki itu yang berjalan perlahan meninggalkan taman. Ada sesuatu dalam langkah Han — kuat, penuh tanggungjawab, tapi juga penuh luka yang belum sembuh.]
Maisarah (dalam hati, monolog):
“Kenapa awak... buat saya rasa begini, Tengku...”
Ruang santai keluarga diraja, istana kediaman — malam selepas event.
Han melonggarkan butang atas bajunya, duduk di sofa empuk sambil mengeluh lega.
Ahmad (duduk bertentangannya, senyum nakal):
“Fuhh… abang Han kita malam ni lain macam aura dia. Sempat senyum dekat dia tadi, kan, Leon?”
Leon (tengah tuang air jus):
“Bukan setakat senyum, siap tinggalkan signature senyuman misteri dia tu. Gaya ‘Sama…’ pastu jalan macam dalam drama Korea.”
Ahmad (buat gaya jalan slow motion):
“Sama… pergi dengan tenang, tapi tinggalkan harapan.”
Han (tengok dua² tu, separa gelak, separa malas layan):
“Dua-dua ni nak kena gam agaknya malam ni.”
Leon (angkat kening):
“Betul ke tak ingat apa-apa? Atau saja buat² lupa sebab nak elak topik?”
Ahmad (sambil kunyah biskut):
“Cehh... selamatkan puteri orang siap kena baling keluar dari bangunan, badan sendiri injured, lepastu... tak ingat langsung?”
Han (usap kepala pelan, nada slow):
“Cerita apa…?”
Leon dan Ahmad (serentak, terdiam sikit):
“Eh...”
Han (masih pegang kepalanya perlahan, berkerut):
“Ada bunyi letupan... ada asap... tapi... tak jelas. Macam… mimpi. Lepas tu kosong.”
Leon (tukar nada, lebih lembut):
“Eh sorry, bang… ingatkan abang dah okay bab tu.”
Ahmad (hampiri dan duduk rapat):
“Doktor pun pesan jangan paksa ingat. Kita gurau je tadi...”
Han (hela nafas dalam):
“Tak apa… aku okay. Tapi kepala ni kadang rasa... perit.”
Leon (tepuk bahu Han):
“Dah cukup kuat dah tu abang. Tak semua orang mampu bangun lepas kejadian macam tu.”
Ahmad (senyum):
“Dan tak semua abang ada dua adik macam kita yang sentiasa support sambil menyakat.”
Han (senyum kecil):
“Kadang-kadang rasa nak tukar adik...”
Leon:
“Terlambat. Royal contract dah sah.”
*Bersambung*
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
FantasyVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
