HALAMAN ISTANA, SELEPAS MAJLIS GALA TAMAT]
Langit malam cerah. Bintang berkelipan. Bunyi air dari kolam pancuran menambah suasana romantik. Han membuka butang kolar bajunya sedikit, lega setelah lepas segala protokol rasmi. Syafya berdiri di tepi pagar marmar taman, memandang langit.
Syafya:
“Ingat tak tempat ni? Kita selalu lari dari rehearsal dulu... duduk sini, kira bintang.”
Han (jalan perlahan menghampiri):
“Dan kita berakhir kena marah dengan bonda…” (tersenyum kecil)
Syafya ketawa perlahan. Dia toleh. Wajah Han disinari lampu taman.
Syafya (suara perlahan):
“Awak masih sama... tapi mata awak dah tak pandang saya macam dulu.”
>Han (berhenti di sebelahnya):
“Sebab sekarang saya dah banyak berubah. Kita semua dah berubah.”
Syafya:
“Tapi saya masih… suka awak macam dulu.”
Han terdiam. Dia tunduk sedikit, pandang rumput.
Tiba-tiba, Syafya hulur tangan. Jari-jarinya menyentuh tangan Han perlahan — seperti mahu menguji sama ada Han akan elak. Tapi Han tidak. Dia biarkan.
Han:
“Syafya… jangan buat saya keliru.”
Syafya (senyum):
“Saya cuma nak awak tahu... saya tak pernah lupakan.”
Angin malam menyapa perlahan. Han pandang wajah Syafya. Buat seketika, masa seolah terhenti. Ada sedikit rasa manis di antara mereka, walaupun Han sendiri… belum pasti apa yang dia rasa sekarang.
Han:
“Saya hargai awak, Syafya. Tapi saya tak boleh janji untuk rasa yang sama... bukan sekarang.”
Syafya (lembut, pasrah tapi ikhlas):
“Saya tak minta awak rasa apa-apa. Saya cuma nak ada di sebelah awak malam ni — sebagai seseorang yang pernah buat awak tersenyum.”
DALAM KERETA MENUJU ISTANA, LEPAS MAJLIS]
Han duduk di sebelah Syafya dalam kereta rasmi. Chauffeur memandu. Musik perlahan instrumental klasik mengalun. Malam dingin. Langit luar kelihatan melalui tingkap.
Syafya (pandangan lembut ke luar):
“Rasanya... dah bertahun kita tak naik kereta sama macam ni.”
Han (senyum nipis, tenang):
“Dulu awak suka tarik langsir sebab konon paparazzi kejar.”
Syafya (ketawa kecil):
“Sebab awak masa tu paling kacak di majalah mingguan! Tak boleh bagi peminat tengok free sangat!”
Han geleng kepala, ketawa perlahan. Wajahnya nampak lebih tenang dari biasa. Syafya pusing badan sedikit, lebih menghadap Han.
Syafya:
“Han… saya tahu awak belum bersedia untuk sesiapa. Tapi saya tak minta banyak pun. Boleh tak… kita mula semula dari kawan?”
Han:
“Syafya…”
Syafya (senyum manja):
“Saya rindu tengok awak senyum. Itu saja. Boleh awak bagi peluang saya buat awak senyum lagi?”
Han tak terus jawab. Tapi dia pandang wajah Syafya, kemudian senyum sedikit — senyum yang jarang keluar sejak kebelakangan ni.
SAMPAI DEPAN ISTANA]
Kereta berhenti. Pengawal buka pintu. Han keluar dulu, hulur tangan bantu Syafya keluar. Syafya ambil tangan Han perlahan, sempat genggam sekejap sebelum lepas.
Syafya:
“Terima kasih... malam ni rasa macam mimpi.”
Han (perlahan):
“Syafya…”
Syafya (senyum menggoda sikit):
“Good night, Tuan Putera. Mimpi indah… kalau boleh, mimpi saya sekali.”
ANDA SEDANG MEMBACA
Untukmu Aku Bertahan (Completed)
خيالVersion baru vibe baru. Watak still sama tapi jalan cerita berubah sikit lah. From: Rindu dearsweet To: Jika dia milikku? Start:3/6/2025 End: 12/6/2025
