bab 55

24 0 0
                                        

MINGGU DEPAN: PERTANDINGAN POLO DI ISTANA]

Cuaca cerah. Padang polo penuh dengan penonton bangsawan dan orang kenamaan. Ramai yang bawa kamera, bunga, dan bendera kecil dengan logo rasmi keluarga diraja. Tapi sorang tu… lain macam semangat dia.

Syafya Mawar Shah — elegan dalam dress putih pastel, topi lebar dan kaca mata hitam. Tapi senyum dia… terang macam matahari.

Syafya (bisik kecil sambil tengok padang):
“Tengku Han… you better win this. Tariq pun kena power okay?”

Dari jauh, Han atas Tariq — berkuda penuh karisma. Pakai topi keledar dan seragam polo rasmi. Sekali pandang pun orang tahu dia pewaris.

Han (sambil bersedia untuk perlawanan, sempat toleh ke arah penonton, mata tepat ke arah Syafya):
Dia ada.Macam biasa, dia tetap ada.

Pertandingan bermula — moment demi moment, Syafya bersorak bila Han dapat markah. Senyum dia makin lebar bila Han melepasi pemain lawan dengan gaya macho.

- – LEPAS PERLAWANAN – DEKAT KANDANG KUDA]

Han turun dari kuda. Penat. Berpeluh. Tapi senyum dia tak pudar bila nampak Syafya berjalan ke arahnya dengan bunga kecil.

Syafya (hulur bunga kecil):
“Untuk pahlawan padang polo saya.”

Han (senyum, ambil bunga tu perlahan):
“Kalau awak tunggu setiap perlawanan, saya akan menang setiap kali.”

Mereka berdua tergelak kecil. Tapi bila mata bertentang — terus diam. Jantung laju. Chemistry meletup.

Han angkat tangan, sapu sedikit rambut Syafya yang tertiup angin. Lembut. Mata dia tenang.

Han (rendah suara):
“Terima kasih… sebab sentiasa ada.”

Syafya:
“Saya tak pernah pergi pun…”

– MEDIA SOSIAL MELETUP LAGI]

🟢 @MakCikBawangHQ:
“HAN SAPU RAMBUT SYAFYA GUYSSS 😭😭😭”“Kenapa macam drama tvN pulak ni…”

🟢 @FanRoyal_MY:
“Mereka berdua dekat kandang kuda… romantic macam fairy tale okay!”

🟢 @PasukanMaisarah4Life:
“Maisarah bila? 😭😭😭”

KES ESOK KAN HARINYA– AWAL PAGI, PADANG POLO ISTANA DIRAJA]

Mentari pagi memancar lembut di atas padang polo istana. Angin sepoi-sepoi menyentuh rumput hijau yang tersusun rapi. Tribun khas dihias indah dengan warna-warna diraja — merah, emas dan biru laut. Keluarga diraja mula mengambil tempat duduk. Tetamu kenamaan mula memenuhi ruang.

Tengku Leon dan Tengku Hana berdiri sambil memerhati kawasan padang. Papa dan Mama duduk di barisan hadapan. Dan… Syafya Mawar Shah tiba, bergaya dalam dress pastel ringkas, wajah manisnya sedikit cemas tapi penuh harapan.

– DI TEMPAT PENUNGGANG KUDA]

Han sedang bersiap dengan pakaian polo hitam khas diraja. Tariq, kuda kesayangannya, sudah bersiap sedia. Tapi pagi itu, Tariq nampak sedikit gelisah. Kakinya mengetuk tanah berkali-kali.

Raif (menepuk bahu Han):
“Kau okay ke, Han? Tariq ni macam tak tenang sangat…”

Han (senyum sedikit, tapi suara serius):
“Aku perasan juga. Tapi aku rasa dia cuma tak sabar.”

Han gosok lembut leher Tariq.

Han (bisik pada kudanya):
“Fokus, Tariq. Hari ni kita bawa pulang maruah.”

– SUASANA PERTANDINGAN BERMULA]

Sorakan bergema. Tiupan trompet khas menandakan pertandingan bermula.

Han menunggang Tariq, kelihatan elegan dan fokus.
Beberapa minit pertama berjalan lancar, aksi polo dipenuhi dengan semangat dan ketangkasan.
Tariq menunjukkan kehebatannya… namun seekor kuda lawan, berwarna coklat gelap, mula bertingkah aneh.

Pengulas (melalui speaker):
“Pasukan Diraja menunjukkan aksi mantap… namun kelihatan salah seekor kuda pasukan lawan agak sukar dikawal…”

TIBA-TIBA ADA SESUATU BERLAKU]

Tengah Han mengejar bola polo bersama dua penunggang lain, kuda agresif dari pasukan lawan mula liar — menghimpit dari tepi kiri.
Tariq tersentak dan dalam masa yang sama, Han cuba menarik tali kekang, tetapi semuanya berlaku terlalu pantas.

Kuda liar itu menghayun kepala, dan tanpa sengaja menolak Tariq dengan keras.

Han (dalam suara perlahan):
“Tariq—!”

Tariq hilang imbangan. Han tercampak jatuh dari atas pelana —

“DUMMM!” — Bunyi tubuh Han menghentam tanah.
“DUPP!” — Salah satu kaki kuda liar itu terpijak bahagian rusuk Han.

Suasana padang menjadi senyap. Semua tergamam.

– TERJATUH DAN KELAM-KABUT]

Tengku Hana (menjerit):
“HAN!!!”

Tengku Leon:
“Buka pagar! Buka pagar! Raif! Panggil doktor sekarang!”

Raif berlari ke tengah padang bersama pasukan keselamatan. Doktor kecemasan istana menyusul. Han terbaring… dadanya naik turun perlahan. Matanya terbuka separuh.

Han (dalam keadaan tercungap):
“Jangan… salahkan Tariq… dia tak salah…”

Raif (tekan luka Han):
“Jangan cakap! Kau kena kuat. Han!”

Syafya (dari tepi padang, dah berlinang air mata):
“Tolong selamatkan dia… tolong!”

AMBULANS ISTANA]

Han dipindahkan segera ke kenderaan kecemasan khas istana. Wajahnya pucat. Nafasnya laju. Luka di rusuk mula berdarah lagi.

Doktor:
“Tulang rusuk kiri patah… hentakan kuat mungkin cederakan paru-paru. Kita perlukan pembedahan segera.”

Syafya (pegang tangan Han kuat-kuat):
“Han… saya ada sini. Awak dengar suara saya tak?”

Han cuma mampu angguk perlahan. Sekelip mata, matanya tertutup. Collapse.

Doktor:
“Dia pengsan! CPR standby! Oksigen sekarang!”

– HOSPITAL ISTANA, BILIK PEMBEDAHAN]

Suasana cemas. Paparan skrin monitor berdetik. Doktor pakar masuk dengan pantas.

Mama:
“Ya Allah… anak mama…”

Tengku Azman (papa Han):
“Dia kuat. Dia pejuang. Dia akan bangun balik.”

Syafya berdiri di luar bilik pembedahan, tubuh menggigil. Dalam genggamannya… bunga mawar kecil yang dia bawa untuk Han selepas pertandingan. Matanya tak lepas dari pintu.



*BERSAMBUNG*

Untukmu Aku Bertahan (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang