1

10.9K 227 4
                                    

Alisa melihat jam di tangan nya yang sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam. Tangannya masih sibuk mengelap meja makan di salah sebuah restoren mewah yang terletak di tengah-tengah kota itu. Dia baru sahaja bekerja di situ sebulan yang lalu setelah berjaya menamatkam pengajiannya di Universiti dalam bidang undang-undang. Ini bermaksud dia hanya bekerja di situ buat sementara waktu sambil menunggu hari graduasinya.

Sedang sibuk dia menjalankan kerjanya, dia terdengar seseorang membuka pintu restoren itu dengan kasar. Alisa terus berpaling untuk melihat gerangan yang membuka pintu itu.

Aduh siapa pulak yang datang ni, aku nak balik tidur lah. Gumam Alisa dalam hati. Sudahlah hanya dia seorang sahaja yang masih bertugas di restoren itu.

Dia melihat seorang jejaka melangkah masuk ke dalam restoren itu dengan segak gayanya. Muka lelaki itu seperti campuran Barat dan Asia tetapi genetik Barat melebihi genetik Asia.

Baju kemejanya yang berlengan panjang itu dilipat hingga ke siku menambahkan lagi ketampanannya. Ketinggiannya yang sangat tinggi itu menjadikan Alisa seperti gadis kerdil dibandingkan dengannya. Uish ada mat saleh! Handsomenyaaa! Jerit hati kecil Alisa. Siapa ja tak cair melihat ketampanan jejaka itu.

"Err sorry sir we just closed this restaurant," Ujar Alisa lalu memaparkan senyuman kecil di hujung ayat. Walaupun dia penat bekerja dia tetap perlu melayan pelanggan dengan baik dan ceria.

"New here?" Soal jejaka itu dengan dingin. Mata coklatnya menikam anak mata Alisa.

"H-huh?" Alisa kebingungan. Dia berasa kekok diperhati oleh jejaka kacak itu. Otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik buat seketika.

"I am Harris, Harris Mérieux," Ujar Harris tanpa sebarang reaksi. Tangannya dimasukkan ke poket seluar lalu mengatur langkah ke meja makan yang baru sahaja dilap oleh Alisa.

Mendengar sahaja nama jejaka itu, muka Alisa terus berubah menjadi pucat. Ternyata jejaka itu merupakan pemilik restoren mewah ini, The Mérieux Restaurant. Dia sering mendengar perbualan di kalangan pekerja yang sudah berkhidmat lama di restoren ini mengenai Harris. Namun, dia tidak pernah lagi melihat Harris secara bersemuka. Ini kerana Harris sangat jarang pulang ke Malaysia untuk melawat restoren ini. Memandangkan dia menetap di Perancis, dia hanya melawat Malaysia setahun sekali.

Tambahan pula The Mérieux Restaurant ini hanyalah hadiah ulang tahun dari ayahnya 5 tahun lepas. Harris hanya membayar orang untuk menguruskannya. Tidak sangka pula restoren ini menjadi semakin maju. Itu saja lah serba serbi maklumat tentang Harris yang Alisa tahu.

Tanpa berlengah, Alisa terus melangkah ke meja yang diduduk Harris. Dia tiba di hadapan Harris dengan wajahnya yang sedikit berpeluh dan menggigil kerana ketakutan. Bukan apa, dia pernah dengar pekerja di sini bercerita tentang Harris Mérieux. Berdasarkan cerita mereka, Harris merupakan jejaka yang paling garang dan serious. Dia juga sangat kejam dalam menghukum jika pekerjanya membuat kesalahan walaupun kesalahan tersebut sekecil kuman.

"M-may I h-help you sir?" Soal Alisa yang sedikit gagap. Dia hanya memandang ke bawah kerana takut untuk bertentang mata dengan Harris. Dia sangat takut dengan jejaka kejam itu.

"Mana Ajim?" Soal Harris sepatah.

Eh boleh cakap melayu rupanya. Bisik hati Alisa. Matanya masih memandang ke lantai. Masih ketakutan.

"Bila aku cakap, tengok muka aku" Belum sempat Alisa  menjawab soalannya, Harris menegurnya dengan nada yang sedikit garang dan mendatar.

Mendengar suara Harris itu, Alisa bertambah takut. Dia dapat merasakan Harris akan memarahinya.

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now