Setibanya di hospital, Alisa dan Harris terus melangkah mengikuti Hazriq. Wajah Alisa kelihatan sangat risau dan takut. Fikirannya pada ketika itu hanya dipenuhi dengan wajah ibunya.
Akhirnya mereka bertiga tiba di bilik Puan Suraya, ibu kepada Alisa. Alisa melihat wajah ibunya yang layu. Hatinya sangat sebak, kalau lah dia berada di rumah semalam... pasti dia dapat melindungi Puan Suraya
Alisa menggenggam lembut tangan kanan ibunya. Air mata mula menitik perlahan.
"Maafkan Lisa, umi... Lisa gagal jaga umi" Tangan ibunya dicium lalu diletakkan ke pipinya yang sudah basah. Tangisannya semakin kuat.
Harris mendekatkan diri dengan Alisa. Bahu Alisa dipegang untuk menenangkan gadis itu.
Hazriq yang dari tadi mendiamkan diri terus bertindak menepis tangan Harris. Dia memandang Harris dengan tajam dan penuh kebencian.
"Aku tahu semua ni berpunca daripada kau" Kata-kata Hazriq itu menikam hati Harris. Dia tahu semua tentang kehidupan Harris kerana mereka sangat rapat satu ketika dahulu.
Harris hanya mendiamkan diri. Malas ingin berperang mulut dengan Hazriq. Dia tahu apa yang berlaku ke atas ibu Alisa berpunca daripadanya. Harris turut berasa bersalah atas apa yang sudah berlaku.
"Berambus" Kata Hazriq dengan nada yang perlahan.
"Aku nak teman Alisa, dia tak selamat sekarang" Balas Harris dengan wajah yang mendatar.
"Dia tak selamat sebab apa? Sebab kau lah bodoh" Kata Hazriq lalu menolak kasar bahu Harris menjauhi Alisa dan Puan Suraya.
Harris hanya membiarkan dirinya tertolak kebelakang. Dia mengalihkan pandangan kearah Alisa pula. Kelihatan gadis itu sangat sedih dengan kondisi ibunya.
Berat hatinya ingin meninggalkan Alisa dalam keadaan begitu. Namun apakan daya, semua ini berpunca daripadanya. Mungkin gadis itu akan lebih selamat jika dia menjauhkan diri daripadanya.
"Aku nak kau tahu satu benda, " Kata Hazriq sambil mengankat jari telunjuknya dihadapan Harris.
"Aku dah anggap umi macam ibu kandung aku sendiri... " sambung Hazriq.
"Aku tak kan biarkan umi jadi macam arwah ibu dan abah aku dulu " suara Hazriq sudah mula bergetar menandakan dia sedang menahan amarah.
"Selagi aku hidup, aku akan jaga umi dan Alisa macam keluarga aku sendiri"
"Dan aku tak akan teragak agak untuk bunuh kau kalau kau masih rapat dengan Alisa sebab semua ni akan bahayakan keselamatan umi dan Alisa" Hazriq menghabiskan ayatnya dengan wajah yang penuh benci
Harris hanya diam. Dia sedar akan semua kesalahannya terhadap Hazriq pada masa dahulu.
Walaupun hatinya begitu berat untuk menjauhkan diri daripada Alisa, namun dia terpaksa melakukannya. Harris memandang Alisa yang masih lagi memeluk tangan ibunya dengan air mata yang laju mengalir di pipi
Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk mereka.
Tanpa bersuara, Harris terus melangkah keluar daripada bilik pesakit itu walaupun dia tak sanggup.
Alisa merupakan perempuan pertama yang berjaya mencuri hatinya. Dia tk pernah risaukan tentang orang disekelilingnya kecuali Alisa.
Harris cuba menidakkan perasaannya terhadap Alisa. Dia akan cuba menjauhkan diri dari Alisa jika itu adalah jalan yang terbaik.
Dia terus melangkah keluar dari bilik pesakit.
____Tiga hari sudah berlalu, Puan Suraya masih belum sedarkan diri. Alisa kini lebih banyak menghabiskan masa di hospital. Dia juga telah berhenti kerja di The Mérieux Restaurant demi menjaga ibunya.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...