60

2.9K 48 0
                                    

"Abang boleh tak bawa laju sikit? Anak kita hilang tau?" Kata Alisa kepada Harris. Sakit hati melihat suaminya yang kelihatan tenang selepas mendapat berita kehilangan Haidar beberapa minit lalu.

               "Sabar ya sayang, In-Sha-Allah Haidar selamat," ujar Harris cuba menenangkan Alisa. Pemanduannya kekal tenang.

               "Sabar? Abang ni tak sayang anak ke? Haidar tu hilang bukannya pergi rombongan sekolah. Kenapa abang relax sangat? Abang tak sayang anak ke?" Alisa mula berang melihat Harris yang terlalu tenang. Sebagai ibu, wajarlah dia panik selepas mendapat khabar itu. Tapi lebih normal jika kedua ibu dan bapa panik dalam situasi ini. Tapi Harris? Tenang semacam je.

               Selepas mendiamkan diri beberapa minit, Alisa sedar jalan yang mereka lalu bukanlah menuju ke balai polis. Terus dia mengerling tajam kearah Harris yang masih berwajah selamba.

               "Kita sepatutnya pergi balai polis untuk buat laporan kehilangan Haidar. Ini abang nak bawa Lisa ke mana?" Soal Alisa garang. Entah kenapa perasaannya menjadi tidak enak. Apa yang berlaku? Kenapa Harris sangat tenang? Semua persoalan itu dibiarkan bermain di dalam kepala. Dia pasti suaminya itu sedang merencanakan sesuatu.

               Alisa buat keputusan untuk mendiamkan diri. Dia tahu banyak mana pun soalan yang ditanya, Harris tidak akan jawab. Suasana di dalam kereta menjadi sunyi sehinggalah kereta yang dipandu tiba-tiba berhenti. Alisa memandang pelik kearah suaminya.

               "Sampai," kata Harris tenang. Dia keluar lalu membuka pintu kereta Alisa.

Alain Mérieux Mansion

               Ukiran tulisan mewah di dinding tinggi itu dibaca oleh Alisa di dalam hati. Dia menggenggam kuat lengan Harris. Entah kenapa dia berasa takut dan seram sejuk.

               "Trust me, everything will be fine. Haidar ada dekat dalam," pujuk Harris lembut apabila terasa pegangan tangan Alisa semakin erat dan kemas. Dia tahu Alisa sangat takut berhadapan Tuan Alain. Manakan tidak, kehidupan isterinya itu hampir musnah disebabkan Tuan Alain.

               Tapi kini, semuanya sudah berubah. Harris berjaya bebaskan diri daripada cengkaman Tuan Alain. Bukan sebagai Harraz, tetapi sebagai dirinya sendiri. Empat bulan dia menghilangkan diri untuk menguruskan masalah dengan Tuan Alain. Harris berjaya keluar daripada kumpulan mafia Perancis tersohor itu. Tapi di atas kebebasan itu ada satu syaratnya.

               Syaratnya adalah, walaupun Harris sudah keluar dan tiada kena mengena lagi dengan R's Empire dia perlu menghantar Haidar ke kelas pertahanan diri seawal usia lima tahun. Bukan untuk melibatkan Haidar dalam dunia gelap itu, tetapi demi keselamatan Haidar. Walau bagaimanapun, Haidar masih lagi cucu kandung Tuan Alain. Ini membawa maksud bahawa Haidar akan sentiasa ada dalam bahaya kerana diawasi musuh-musuh mereka.

Alisa memandang Harris dengan pandangan takut. Dia berasa ragu-ragu untuk melangkah masuk kedalam pagar gah yang memagari rumah Tuan Alain. Namun dia tetap memaksa kaki untuk melangkah. demi Haidar. Demi Anaknya.

Mereka berdua akhirnya melangkah masuk bersama-sama. Alisa masih memegang erat tangan Harris. Terbayang semua kisah silam yang pernah terjadi. Dimana dia hampir kehilangan insan tersayang disebabkan Tuan Alain. Dia seolah-olah sedang membahayakan diri sendiri dengan masuk ke kawasan Tuan Alain.

"Masuklah," Harris membuka pintu sebuah bilik di dalam rumah itu. Tubuh Alisa ditolak lembut masuk kedalam

"Haidar!" Jerit Alisa gembira apabila melihat anaknya. Haidar terus berlari lalu memeluk si ibu. Senyuman di wajah Haidar melegakan sedikit kerisauan dalam diri Alisa. seluruh tubuh anaknya itu dibelek rapi untuk memastikan Haidar berada dalam keadaan baik-baik saja.

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now