32

2.1K 55 3
                                    

Sudah genap satu tahun Alisa dan Harris tidak berhubung. Alisa langsung tidak tahu khabar berita atau perkembangan hidup Harris. Namun gadis itu masih setia menanti kepulangan Harris. Bayi dia dan Harris juga sudah mencecah 6 bulan.

Satu tahun bukanlah masa yang singkat dan mudah tanpa seorang suami. Alisa masih berpegang dengan janji Harris bahawa lelaki itu akan pulang dan membesarkan anak mereka bersama-sama. Sebab itulah dia menanti Harris untuk pulang walaupun sudah setahun lelaki itu hilang tanpa khabar berita. Hatinya tetap yakin yang Harris akan pulang.

Alisa bermain dengan anaknya, Haidar yang sudah mencecah enam bulan. Lelaki kecil itu ketawa apabila Alisa mencucuk perutnya. Comel!

"Muka awak sebiji macam papa! Tengok ni," ucap Alisa kepada Haidar seolah-olah jejaka kecil itu faham. Skrin telefon yang terpampang wajah Harris ditunjukkan kepada Haidar.

"Handsome kan papa," ujar Alisa lagi. Tangan kecil Haidar naik menyentuh skrin telefon Alisa.

"Mama pun rindukan papa," ucap Alisa dengan nada yang sayu.

"Tapi mama yakin yang tak lama lagi, papa akan balik... Haidar kena sabar sebab papa tengah berusaha untuk bahagiakan kita,"

Telefon di tangan Alisa tiba-tiba berdering. Nama Harraz tertera di skrin telefon. Panggilan itu segera dijawab.

"Aku nak jumpa kau pukul 5 petang nanti,"

Tanpa salam mahupun sapaan, Harraz terus menyatakan hajatnya sebaik sahaja Alisa menjawab panggilan itu.

"Er... Tak boleh, saya sibuk jaga Haidar,"

"Bawa sekali budak tu, aku nak jumpa kau sekejap je. Ada hal penting,"

"Okay lah kalau macam tu, nak jumpa dekat mana? Nanti saya pergi,"

"Tak payah datang, biar aku yang ambil,"

Alisa menghembus nafas berat. Sungguh hatinya tidak kuat melihat wajah Harraz yang sangat mirip dengan suaminya. Kadang-kadang imannya naik turun membuatkan dia terus beristighfar. Dia perlu sedar yang Harraz bukanlah Harris.

Namun wajah Harraz sedikit sebanyak telah mengubati rindu Alisa terhadap Harris. Boleh dikatakan hampir setiap hari Harraz akan datang menjenguknya, atau lebih tepat menjenguk Haidar.

Ding Dong

Loceng rumah berbunyi. Alisa mengerutkan dahi. Tak kan lah Harraz dah sampai? Cakap pukul 5.

Langkah diatur ke pintu lantas pintu itu ditarik dari dalam.

"Hazriq," ujar Alisa apabila melihat wajah Hazriq di hadapan pintu.

Hazriq tersengih, dia mengangkat tangannya yang megenggam satu beg plastik.

"Aku bawakan satey rusa, kau cakap kau teringin tadi,"

Alisa tersenyum gembira. Bersinar matanya melihat beg plastik yang dibawa Hazriq.

"Masuklah," pelawa Alisa, Hazriq terus melangkah masuk. Alisa terus membawa satey ke dapur untuk menghidangnya.

"Alaa anak kau dah tidur ke, baru nak main dengan dia," keluh Hazriq apabila memandang Haidar yang sedang nyenyak tidur.

"Aik tadi elok je dia aku main dengan dia, bila kau datang terus tidur"

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now