Setibanya di hospital Harris, Alisa dan Lucas segera turun dari kereta Range Rover milik Lucas. Mereka bertiga mengatur langkah memasuki hospital itu. Seperti biasa, semua mata di situ tertumpu kearah mereka. Tambahan pula Harris dan Lucas yang mengenakan baju hitam menambahkan lagi kekacakkan mereka.
Mereka bertiga akhirnya tiba hadapan bilik ibu Alisa. Kelihatan Hazriq yang sedang bermundar mandir di hadapan pintu bilik pesakit itu.
Alisa, Harris dan Lucas segera berjalan kearah Hazriq yang kelihatan sangat risau. Air muka nya jelas kelihatan bahawa dia sedang serabut.
"Hazriq..." Alisa memanggil Hazriq dengan nada yang lembut. Dia tahu sahabatnya itu pasti sedang risau akan dirinya.
Hazriq mengankat kepalanya. Senyuman terus terukir di bibirnya. Wajah serabut dan risaunya sebentar tadi serta-merta hilang. Alangkah gembiranya hati Hazriq apabila melihat Alisa berdiri dihadapannya dengan keadaan yang selamat.
"Ya Allah akhirnya kau balik jugak!!!" Kata Hazriq dengan nada yang sangat gembira.
Kedua bahu Alisa dipegang erat oleh Hazriq. Bersyukur melihat wajah Alisa di hadapannya. Alisa menayangkan senyuman buat Hazriq. Mesti dia risaukan aku sangat ni..
"Ehem..." Lucas berdehem dari belakang. Tidak puas hati melihat Alisa yang disentuh oleh Hazriq.
"Pehal kau sentuh-sentuh kakak ipar aku? Nak gaduh ke" sambung Lucas lagi.
"Stop it idiot" Harris bersuara sambil menolak kasar kepala Lucas. Malu dapat adik bodoh macam ni. Sial lah.
Lucas menghirau abangnya itu. Dia melemparkan pandangan yang tajam kearah Hazriq.
"Kakak ipar?" Soal Hazriq. Dia memandang kearah Alisa kemudian pandangannya berpindah kearah Harris.
Harris memegang dahinya. Menyesal dia bawa Lucas ke hospital bersamanya.
Hazriq hanya mengabaikan Lucas. Bukannya dia tidak kenal dengan adik Harris yang satu itu. Selalu bahan orang dan cakap benda bodoh.
"Wait... Kau Hazriq?!" Lucas menutup kedua mulutnyaa. Dia akhirnya sedar bahawa lelaki di hadapannya itu adalah Hazriq.
Lucas menahan air matanya dari jatuh.
"Korang kenal ke?" Soal Alisa dengan wajah yang keliru.
Dia betul-betul pelik dengan Hazriq. Hazriq sepertinya tahu banyak perkara tentang Harris.
Alisa juga baru sedar bahawa Hazriq terus menuduh Harris merupakan punca ibunya ditembak dan dimasukkan ke hospital.
Macam mana Hazriq boleh terus tuduh Harris? Dia bukan nampak pun Harris pegang pistol... Bisik hati kecil Alisa.
Hazriq mengabaikan soalan Alisa. Pandangannya dialihkan kepada Lucas. Dia melihat Lucas yang sedang menahan air matanya.
"Ye aku Hazriq. Orang yang bapak kau suruh bunuh tu" Kata Hazriq dengan nada yang datar.
Lucas tidak dapat menahan air matanya lagi. Dia terus memeluk Hazriq. Air matanya yang ditahan akhirnya jatuh juga.
Hazriq hanya mengeraskan tubuhnya. Sejujurnya dia juga gembira dapat bertemu dengan Lucas.
Harris tersenyum. Akhirnya dia dapat temukan Lucas dan Hazriq semula.
"Erm... Hello? Apa yang dah berlaku?" Alisa masih lagi keliru dengan situasi ini. Banyak persoalan yang bermain difikirannya pada masa ini.
Lucas melepaskan pelukannya dari Hazriq.
"Aku ingat kau dah mati sial" kata Lucas dengan wajahnya yang masih dipenuhi air mata.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...