Alisa membuka mata dengan perlahan-lahan. Kepalanya sangat berat namun dia memaksa diri untuk bangun. Dia memandang sekeliling dan mendapati dirinya berada di dalam sebuah bilik yang bercorak klasik. Otaknya cuba memutar kembali kejadian sebelum dia pengsan.
Mukanya jelas terkejut. Dia mula takut. Kejadian terakhir yang dia ingat sebelum pengsan adalah aktiviti tembak menembak antara Harris dan orang yang langsung dia tak kenal.
Dia terus berlari menuju ke pintu bilik. Pintu bilik dibuka dengan kuat. Alisa melihat ke luar bilik itu. Aduh besar nya rumah... kat mana pintu keluar ni.
Alisa meneruskan perjalanan di dalam rumah itu berharap agar dia jumpa pintu keluar rumah.
"Besarnya rumah ni.. nak cari pintu keluar pun susah" Kata Alisa seorang diri.
Dia bergerak beberapa langkah ke belakang untuk melihat betapa besarnya rumah itu. Tiga langkah lagi diundur sehingga kepalanya tersentuh dada seseorang dari belakang.
Alisa lantas pusing dan dia bertentang dengan mata Harris. Dia mula berasa takut dengan jejaka itu. Langkah diundur kembali ke belakang dan bersedia untuk melarikan diri.
Dia terus pusing dan membuka langkah seribu. Harris yang melihat itu lantas mengejar Alisa. Alisa langsung tidak menoleh ke belakang, dia tahu dia sedang dikejar oleh Harris.
Dia melajukan lagi larian nya. Malangnya langkah Alisa terlalu kecil dibandingkan dengan langkah Harris. Harris berjaya memeluknya dari belakang, pelukkannya sangat rapat kerana tidak ingin Alisa lari.
"Lepas!!!" Alisa meronta-ronta ingin dilepaskan. Namun Harris menguatkan lagi pelukkannya.
"Penjahat!!! Lepas lahhhhh" Jerit Alisa sekuat hati.
"Tak guna kau jerit, kita dekat tengah hutan" Kata Harris dengan tenang. Lengannya masih memeluk Alisa dari belakang.
"T-tolonglah.. saya nak balik... saya nak keluar dari sini... saya takut" Alisa mula menangis. Dia betul-betul penat dengan apa yang sedang dia hadapi. Dia yang meronta dengan agresif tadi tiba-tiba menjadi lemah. Air mata laju menitik ke pipi. Harris masih memeluknya dari belakang.
"Dont be scared, you are safe here. Aku janji lepas semua dah okay... aku hantar kau balik" Bisik Harris dengan lembut. Dia sangat faham dengan situasi Alisa sekarang. Gadis mana yang tak takut melihat lelaki yang bersenjata di depan mata.
"S-saya nak balik sekarang..."
Harris memusingkan badan Alisa untuk menghadapnya. Mata Alisa direnung lama. Dia betul-betul kesian dengan Alisa. Kedua-dua bahu Alisa dipegang lembut.
"Sekarang dah malam, and it's too dangerous out there"
Tangan Harris naik mengusap lembut kepala Alisa. Dia pun tak tahu apa yang sudah terjadi pada dirinya. Inilah kali pertama dia berlembut dengan perempuan. Dan ini juga kali pertama dia berasa kesian dengan seseorang.
Melihat wajah Alisa sebegitu membuatkan hatinya sedikit terluka.
Wtf is this feeling? Fuck i hate it. Kata Harris di dalam hati. Sungguh dia betul-betul pelik dengan dirinya. Dia sanggup bunuh sesiapa sahaja yang menggugat keselamatan Alisa sedangkan Alisa bukanlah sesiapa baginya. Hanya gadis biasa yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya.
"Dah pukul 11 malam kau tidur lah dulu..." Ujar Harris sambil memandang Alisa. Alisa hanya terdiam. Dia sebenarnya sudah lupa jalan untuk kebilik yang dia tidur tadi kerana rumah yang terlalu besar itu.
"Ermm.. bahu awak okay? Sakit lagi ke?" Alisa cuba mengubah topik. Matanya dialihkan ke bahu kiri Harris yang berlapik baju kemeja hitam.
"Nak tengok ke?" Soal Harris. Tangannya naik membuka butang kemeja biru yang dipakainya.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...