42

1.9K 62 5
                                    

"Sampai bila kau nak tipu hati kau sendiri, Harraz?" Soal Lucas sambil mengelap darah yang dari tadi memancut keluar dari dada Harraz. Kesan daripada tembakan sebentar tadi.

Harraz sangat bernasib baik kerana peluru itu tidak mengenai jantungnya namun ianya sangat hampir.

"Kau sebenarnya dah cintakan Alisa. Kau kena terima kenyataan tu," sambung Lucas lagi. Kain putih dicapai lalu dia mengelap darah-darah yang melekat di badan Harraz.

"Kau buat semua ni untuk Alisa-"

"Kau boleh diam tak?," Tinggi nada suara Harraz memotong percakapan Lucas. Wajah Lucas langsung tak dipandang.

Selepas kejadian tembak-menembak di kafe tadi, Harris dan Alisa terus membawa Harraz ke rumah Lucas. Harraz tak dibawa terus ke hospital kerana mereka tidak ingin melibatkan polis. Jika Harraz dibawa ke hospital, pasti ia akan jadi kes polis.

"Kau sanggup mati untuk dia. Apa lagi yang kau nak nafikan sekarang?" Soal Lucas lagi. Dipicitnya isi Harraz dengan kuat sehingga mengeluarkan darah.

"Sakitlah babi!" Kepala Lucas diketuk kuat oleh Harraz.

"Aduh!" Lucas mengusap kepalanya yang diketuk Harris.

"Yang kau pergi picit isi aku dah kenapa anjing?!" Jerkah Harraz bergema satu ruang bilik itu.

"Peluru ni dalam sangat sebab tu lah aku picit bodoh! Kau yang bengap sanggup tadah badan kau kenapa?! bila dah kena tembak mula nak koyak. Bodoh betul kau ni! Dah sayang tapi tak mengaku. Memang pengecut!" Lucas mula membebel panjang. Harraz hanya memekakkan telinganya.

"Kau reti ke tak sebenarnya nak cabut peluru ni?" Soal Harraz tenang. Cuba untuk bersabar dengan situasi sekarang. Kalau dia tak sakit, dah lama kepala Lucas itu dia sumbat ke dalam lubang jamban!

"Tak reti pun sebenarnya. Hehe,"

"Kau memang anak babi," maki Harraz. Mata dipejam rapat. Pasrah saja dapat adik tiri bodoh macam ni.

"Tak apa aku akan cuba keluarkan juga peluru tu dari bahu kau. Aku korek guna garfu nak?"

Terbeliak mata Harraz mendengarnya. Laju dia menggeleng kepala. Garfu? Gila ke budak ni?

Tok tok tok

Pintu bilik itu diketuk sebelum seseorang membukanya dari luar. Alisa menapak masuk ke ruangan itu.

"Macam mana?" Soal Alisa. Darah yang penuh membasahi cadar katil itu membuatkan dia sedikit loyar.

"Si bodoh ni mana reti cabut peluru," jawab Harraz dengan mata yang dipejam. Mungkin sedang menahan kesakitan.

"Tak apa, aku ada bawa kawan aku. Dia bakal doktor jadi dia pandai uruskan semua ni," ujar Alisa.

"Siapa kawan kau?" Soal Lucas memandang Alisa tidak percaya. Dia ni ada kawan ke?

Terus seorang gadis melangkah masuk ke dalam. Terkejut Lucas melihat gerangan itu. Dina.

"Perempuan ni? Dia? Bakal doktor? Kau jangan main-main kak. Ini perempuan gila," kata Lucas. Dipandangnya Dina dari atas hingga ke bawah. Pandangan yang sangat tidak yakin.

"Dia student medic dulu. Sekarang tengah jadi doktor praktikal," terang Alisa meyakinkan Lucas.

"Woi cepatlah aku sakit ni!" Harraz yang berada di atas katil menjerit kuat kearah mereka. Sakit hatinya melihat mereka bertiga berdiri tegak di depan pintu itu tanpa menghiraukan dia yang sedang terlantar sakit ini.

"Tepi tepi," Dina terus bergerak kearah Harraz. Ditolaknya Lucas ketepi sehingga lelaki itu hilang keseimbangan.

Harraz yang baring terlentang itu dipandang lama oleh Dina. Matanya pula beralih kearah kesan tembakan itu.

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now