Harris melangkah masuk ke dalam sebuah restoran di tengah kota. Dia memerhati sekeliling mencari kelibat seseorang. Pandangan Harris akhirnya mendarat kearah kelibat yang dia cari. Hazriq.
Langkah diatur laju kearah meja itu.
"Ada apa-apa info?" Soal Harris kepada Hazriq. Kerusi yang menghadap Hazriq ditarik lalu punggung dilabuhkan di situ.
"Alain dan Adam ada di Malaysia sekarang ni," jawab Hazriq dengan jari yang masih lincah menekan keyboard di komputer ribanya.
"Dan aku yakin dia orang tengah rancang sesuatu. You better beware and alert," pesan Hazriq. Harris pula hanya menganguk kecil. Sudahlah serabut memikirkan niat Harraz yang mahu merosakkan rancangannya. Ditambah lagi dengan Tuan Alain yang tak habis-habis hendak porak perandakan rumah tangganya.
"Harris!" Laung seorang perempuan dari jauh. Semua mata memandang kearahnya. Gadis yang berpakaian seksi itu berjalan dengan penuh gedik kearah mereka.
"Don't tell me that this is Eva," bisik Hazriq sebelum Eva sampai ke meja mereka.
"Unfortunately, yes," jawab Harris yang juga separa berbisik. Kepala diurut kecil. Bala apa lagi ni?
"Puas I cari you, rupa-rupanya you dekat sini," Eva mencebik. Tanpa dijemput, dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah Harris. Hazriq pula hanya diam memerhati.
"You nak apa?" Soal Harris malas. Tangan mula mencapai telefon pintar.
"Tadi papa you datang rumah," kata Eva. Dua pasang mata milik Harris dan Hazriq serentak memandang kearahnya. Terkejut dengan berita yang disampaikan. Bukan terkejut dengan berita Tuan Alain ada Malaysia, tetapi terkejut kerana Tuan Alain datang ke rumah Harris.
"Bila dia sampai Malaysia?" Soal Harris berpura-pura tidak tahu sedangkan baru tadi Hazriq mengkhabarkannya berita itu. Hazriq pula diam mendengar.
"Dia sampai Malaysia semalam, tapi pagi tadi baru datang rumah," jelas Eva. Matanya beralih kepada Hazriq.
"And who is he?" Soal Eva. Matanya memandang wajah Hazriq. Mentafsir setiap inci ketampanan jejaka itu. Hazriq pula tidak mengeluarkan sebarang reaksi. Kekal tenang.
"Hazriq, my old friend," jawab Harris ringkas. Tangan yang berada di bawah meja mencuit Hazriq supaya lelaki itu senyum ramah.
"Is he single?" Tanya Eva selamba dengan wajah yang dibuat-buat teruja. Hazriq terus mengankat wajah memandang gadis itu. Selamba badak dia je. Harris pula menayang muka tak kesah.
"Naaa im just joking. Nice to meet you Hazriq," tangan dihulur untuk berjabat namun dibiar tak bersambut oleh Hazriq. Eva memandang tangannya yang masih tak disambut Hazriq. Jiwa wanitanya sedikit tercabar melihat perilaku Hazriq.
"He is muslim so he can't-"
"Ouh I see,"
Eva terus memotong percakapan Harris. Tidak berminat mahu mendengar penjelasan itu. Tangan ditarik semula dan diletakkan keatas peha.
"So you datang sini untuk bagi tahu tu saja?" Soal Harris kepada Eva.
"No, I nak inform yang papa you dan daddy i nak cepatkan hari penyerahan Hayden," terang Eva yang terus menarik perhatian Harris dan Hazriq.
"Bila tarikh dia cadangkan?" Soal Harris dengan sebelah kening yang terangkat. Menarik. Makin cepat hari penyerahan waris R's Empire, makin cepat dia boleh bahagia dengan isteri dan anaknya.
"Next week i guess. Nanti i confirm kan," jawab Eva.
"Cepatnya, birthday Hayden kan bulan depan. Maksudnya bulan depan baru umur dia genap tiga tahun, kenapa dia orang macam rush sangat?" ujar Harris. Banyak persoalan mula bermain di benak fikiran. Apa lagi rancangan yang hendak diatur Tuan Alain kali ini? Dia pun tak tahu.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...