31

2.2K 57 6
                                    

Empat bulan sudah berlalu. Kandungan Alisa juga sudah mencecah 9 bulan. Bila-bila masa sahaja dia akan melahirkan bayi Harris itu.

Harris pula sudah hilang tanpa khabar berita. Kali terakhir Alisa berhubung dengan Harris adalah enam bulan yang lepas.

Sejak itu, Alisa telah banyak berubah. Dia hanya meneruskan hidup demi anak di dalam kandungannya. Sejak hilangnya Harris dari hidup, dunia bagaikan tidak bermakna lagi. Jiwa sentiasa bersedih memikirkan nasib Harris. Entah hidup atau mati suaminya itu. Alisa bagaikan jasad yang tak berjiwa.

Dia ada juga bertanya kepada Lucas dan Hazriq tentang Harris, namun kedua jejaka itu juga tiada info tentang suaminya. Hazriq dan Lucas juga sepertinya tiada idea tentang perkembangan hidup Harris. Harris seolah-olah menghilang daripada hidup mereka. Yang ada hanyalah kenangan.

"Alisa, kau belum makan..." Hazriq datang membawa makanan yang dimasak oleh Nek Cah. Sepanjang ketiadaan Harris, Nek Cah lah yang menjaga Alisa yang sarat mengandung itu. Ada kala Hazriq dan Lucas datang melawat Alisa dan membantu Nek Cah dalam menguruskan gadis itu.

"Suami aku dah balik?" Soal Alisa tanpa memandang Hazriq dan makanan yang dibawa.

Hazriq diam. Tidak tahu apa yang perlu direspon. Alisa masih setia menanti kepulangan Harris walaupun sudah enam bulan suaminya itu hilang tanpa berita.

"Kau makan lah dulu, Nek Cah bagi tahu aku yang kau makan pagi tadi je tengah hari belum makan kan?" Hazriq meletakkan pinggan nasi ke atas nightstand sebelah katil Alisa.

"Aku tak ada selera, nanti aku makan lah," jawab Alisa. Dia mula baring dan menyelimuti seluruh badannya.

"Kesian baby tu Alisa, mesti dia lapar..." Hazriq cuba memujuk lagi. Sejak hilangnya Harris, Hazriq lah yang banyak menjaga Alisa. Makan dan minum gadis itu dia jaga dengan bantuan Nek Cah.

"AKU HARAMKAN KAU JEJAK KAKI KAU KE RUMAH AKU!" tiba-tiba suara Nek Cah kedengaran lantang seperti memarahi seseorang.

"Nek Cah marah siapa?" Soal Hazriq. Dia segera menuju ke jendela bilik itu untuk melihat keluar halaman rumah.

Alisa pula hanya melihat. Dia juga tertanya tanya apa yang sudah jadi di sana.

"Tergamak kau buat cucu aku macam tu ya?! Kau abaikan tanggungjawab kau! Dia bukan lagi isteri kau! Kau tak beri nafkah pada dia selama ni!" Jerit Nek Cah lagi.

"Shit-" maki Hazriq. Dia terus berlari keluar daripada rumah itu.

Alisa yang mendengar itu terus bangun untuk keluar. Harris dah balik? Bisik hati kecilnya. Perasaannya bercampur. Sedih, dendam, gembira dan teruja.

Pergerakan Alisa sedikit terbatas memandangkan perutnya yang susah besar itu. Namun dia gagahkan diri juga untuk keluar melihat Harris.

"Balik! Jangan ganggu cucu aku lagi!" Jerkah Nek Cah lagi. Hazriq cuba menahan tubuh tua itu daripada terus maju.

"Abang?" Panggil Alisa.

Mereka mula bertentang mata. Betapa remuknya hati Alisa apabila lelaki dihadapannya itu bukan Harris tetapi Harraz. Walaupun dia marahkan Harris, jauh di sudut hatinya dia masih mengharapkan kepulangan Harris.

Iris coklat pekat itu menikam anak mata Alisa. Itulah yang membezakan Harris dan Harraz. Harris mempunyai mata bewarna coklat cair manakala Harraz coklat pekat.

Hampir semua orang tidak dapat membezakan mereka kecuali orang yang betul-betul rapat dengan mereka.

"Sabar nenek tu bukan Harris-" kata-kata Hazriq terhenti apabila mendengar Alisa yang mengerang sakit.

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now