24

2.6K 66 5
                                    

Hari sudah berganjak senja. Alisa pula hanya berseorangan di rumah. Sejak pertelingkahan dia dan Harris tengah hari tadi, Harris langsung tidak menunjukkan wajahnya. Cuba mengelak untuk bertentang mata dengan Alisa. Dia keluar daripada rumah tanpa sebarang khabar. Biasanya dia akan memberitahu Alisa jika dia ingin kemana-mana. Namun tidak untuk kali ini.

Lama juga Alisa menunggu kepulangan Harris. Hati sedikit risau walaupun dia tahu Harris akan baik-baik sahaja. Tapi Harris keluar dalam keadaan sedih, emosi juga tidak menentu. Macam-macam perkara boleh berlaku.

Sesekali Alisa melihat jam di dinding. Jarum pendek sudah hampir berganjak ke nombor tujuh. Dia masih setia menunggu Harris di ruang tamu.

Walaupun dia demam dan kepalanya sedikit pening, dia tetap menanti Harris untuk pulang. Dia ingin meminta maaf dengan suaminya.

Pintu rumah dibuka perlahan. Alisa terus bangun dari sofa, menyambut kepulangan Harris walaupun lelaki itu langsung tidak memandang wajahnya.

"Abang," panggil Alisa.

Harris hanya melintasinya. Langsung tidak menyapa Alisa. Lelaki itu betul-betul terkesan dengan kata-kata Alisa.

"Lisa nak minta maaf,"

Sunyi. Hanya kedengaran bunyi langkah Harris yang semakin menjauh.

Alisa menunduk lemah. Rasa bersalahnya makin menebal. Dia rasa Haris betul-betul sudah tidak mempedulikan nya lagi.

Tiba-tiba ada satu tangan menghulurkan plastik ubat kearahnya. Alisa mengankat kepalanya. Kelihatan Harris yang masih berwajah dingin.

Alisa menyambut huluran itu. Segaris senyuman terukir lembut. Dia tahu Harris kecewa dengannya, namun lelaki itu masih kisah tentang kesihatannya. Buktinya dia membeli ubat kepada Alisa yang sedang demam.

"Lisa nak minta maaf pasal tadi," ulang Alisa. Cuba bertentang mata dengan Harris. Namun lelaki itu langsung tidak memandang wajahnya.

"Okay," sepatah sahaja Harris jawab. Dia mula mengorak langkah ke bilik.

"Abang maafkan Lisa tak?" Soal Alisa menghentikan langkah Harris.

"Saya naik dulu," balas Harris. Namun langkahnya tidak menuju ke bilik mereka tetapi ke bilik tetamu yang kosong dalam rumah itu.

Alisa menghembus nafas berat. Semuanya salah dia. Kalau dia tak panggil Harris pembunuh, pasti semua ini tidak terjadi. Orang buta pun boleh nampak betapa susahnya Harris berhijrah menjadi lebih baik. Namun Alisa masih tidak mempercayai nya dan menggelar dia pembunuh. Sungguh perit hatinya.

Dan pertama kali sepanjang perkahwinan mereka, dia dan Harris tidur berasingan di dalam satu rumah.

Malam itu, kilat menyambar besertakan guruh yang kuat. Alisa yang tidur berseorangan itu sudah menggigil ketakutan. Kalau diikutkan hati, ingin saja dia berlari ke bilik Harris, tetapi kesihatannya tidak mengizinkan. Demamnya tiba-tiba semakin teruk. Langsung tiada tenaga untuk bangun. Mungkin kerana terlalu sejuk sehingga membuatkan demamnya semakin melarat.

Dalam hati Alisa cuma mampu berdoa yang Harris berlembut hati untuk kembali ke biliknya. Harris tahu yang Alisa takutkan kilat dan guruh. Semoga saja lelaki itu merendahkan ego dan datang kepada Alisa untuk menenangkannya.

Namun hampa, langsung tiada tanda-tanda yang Harris akan datang. Sudah hampir 30 minit Alisa menangis ketakutan. Seluruh badannya diselimut kerana terlalu takut. Dapat dilihat selimut yang menggigil kecil akibat pergerakan tubuh badan Alisa di dalamnya. Alisa sudah putus harapan, dia tahu yang Harris tidak akan datang. Jadi dia paksakan diri untuk tidur juga.

Dalam ketakutan, Alisa tidak sedar yang pintu bilik itu dibuka kecil dari luar. Ada sepasang mata yang sedang mengintai. Wajah si pengintai itu jelas risau melihat Alisa. Dia tahu Alisa takutkan suasana ini. Namun kakinya berat untuk menapak masuk. Harris hanya mampu memastikan keadaan Alisa baik dari luar bilik.

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now