Harraz memerhati Alisa yang sedang makan. Mereka berada di sebuah restoran mewah yang tersergam indah di tengah kota.
"Awak memang suka spaghetti ke?" Soal Alisa sambil menghiris daging yang dihidang.
Harraz tidak menjawab tapi hanya menganguk kecil. Spaghetti yang dipesan tadi dinikmati dengan penuh berselera.
"Macam Harris, kalau dia keluar makan dengan saya, mesti dia order spaghetti," ujar Alisa tiba-tiba.
Garfu yang dipegang Harraz terus mengeras selepas mendengar kata-kata Alisa itu. Dengan tenang dia mencapai segelas air lalu diteguknya perlahan.
"Kami kan kembar, mesti lah cita rasa kami sama," jawab Harraz bersahaja.
"Kalau soal hati?"
"Maksud kau?" Tanya Harraz dengan tangan yang sibuk menyuap spaghetti ke mulut.
"Contohnya kalau salah satu daripada korang cintakan seorang perempuan ni, yang sorang lagi pun cintakan dia ke?" Tanya Alisa ingin tahu.
Terus tersedak Harraz dibuatnya. Alisa dengan pantas menghulurkan air kepada Harraz.
"Harris cintakan kau, jadi kau nak cakap yang aku pun cintakan kau?"
"Eh bukan macam tu! Saya cuma tanya... Sebab dalam drama selalu macam tu!" Nafi Alisa laju.
"Tapi kalau betul aku cintakan kau?" Harraz cuba untuk melihat reaksi Alisa. Anak mata gadis itu ditenung lembut.
"Apa awak merepek ni hahaha mustahil lah awak cinta kan saya," ujar Alisa cuba untuk kelihatan tenang. Daging dihiris perlahan untuk mengelakkan suasana janggal.
"Aku cakap KALAU," kata Harraz dengan menekankan perkataan kalau.
"Kalau awak cintakan saya, saya kahwin je lah dengan awak... Muka awak pun macam Harris, cuma perangai je kena repair sikit HAHAHA," Alisa ketawa besar dihujung ayatnya. Namun 'lawak' yang disampaikan itu langsung tidak mendapat sambutan daripada Harraz. Lelaki itu hanya diam memandang Alisa tajam.
"Betul ke kau nak kahwin dengan aku?" Soal Harraz serius.
"Tak, saya gurau je. Saya akan tunggu Harris,"
"Kalau dia tak balik?"
"Saya tunggu sampai dia balik walaupun kepulangan dia mengambil masa beribu tahun,"
Harraz diam mendengar jawapan Alisa. Dapat dia rasakan betapa besar dan kuatnya keyakinan gadis itu terhadap Harris. Dia kemudian terfikir, haruskah dia menceritakan semuanya kepada Alisa hari ini?
"Kenapa awak cakap pasal Harris? Awak ada info ke tentang dia?" Soal Alisa. Dia berhenti makan lalu tumpuannya diberikan sepenuhnya pada Harraz.
"Harris tu abang kembar aku, aku tahu semua benda yang dia buat. Walaupun kami tak rapat macam kembar yang lain, tapi dia tak akan sorokkan apa-apa daripada aku... Dia akan cerita semuanya pada aku," jelas Harraz.
"Maksudnya awak tahu semua benda tentang dia?"
Angguk.
"Kenapa awak tak bagi tahu saya?! Awak tahu tak dah setahun saya tunggu suami saya? Kenapa awak langsung tak cerita apa-apa pada saya tentang Harris? Sekurang-kurangnya beritahu saya yang Harris masih hidup atau mati!"
"...Tak da lah saya tunggu dia macam orang bodoh!" Sambung Alisa lagi.
Naik turun dada Alisa menahan marah. Nasib baiklah mereka makan di private room yang disediakan di restoran itu. Tiada mata-mata yang memandang.
"Sebab aku tahu kau akan rasa lebih bodoh sebab dah bazirkan masa untuk tunggu dia," jelas Harraz kedengaran tenang.
"Apa awak cakap ni?"
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...