Alisa yang sedang memasak itu sedikit terkejut apabila terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya dari belakang. Automatik bibir merekah dengan senyuman. Siapa lagi kalau bukan Harris?
"Sampai hati tinggal abang sorang-sorang. Lisa tahu kan abang tak puas lagi lepas rindu dekat isteri abang ni hmm," rengek Harris manja dari belakang Alisa. Rambut hitam pekat Alisa dihidu lama.
"Eee mengada. Tahu la tak puas lepas rindu tapi tak kan nak terperap aje dalam bilik tu? Kesian Haidar nanti dia lapar. Sebab apa? Sebab papa dia mengada tak nak bagi mama keluar bilik buat sarapan," balas Alisa. Pelukan semakin diketatkan oleh Harris. Wajahnya dibenamkan pada leher jinjang Alisa.
Dengan lembut Harris memusingkan tubuh Alisa menghadapnya. Kedua bahu Alisa dipegang lembut. Mata Alisa sedikit membulat melihat tubuh Harris. Lelaki itu hanya mengenakan tuala putih yang dililit longgar di pinggangnya. Badan tegapnya yang putih melepak kini terdedah depan Alisa.
"Heyyy baju mana baju?!" Alisa menutup mata sambil tangannya laju mencubit bahu si suami. Harris pula tergelak kecil. Dengan pantas kedua tangan Alisa disambar untuk menghentikan serangan isterinya.
"Buka la mata tu, nak malu kenapa? Semalam dah tengok lebih dari ni-"
"Ishhh!!!"
"Apa ish ish?"
Ding Dong
Seseorang membunyikan loceng rumah. Harris mengeluh malas. Pinggang isterinya dilepaskan.
"Kacau betul laa orang nak manja-manja dengan bini pun susah!" Keluh Harris terus dia menuju ke pintu depan rumah itu. Alisa pula menggeleng kepala perlahan. Macam-macam betul ragam suaminya itu. Manja semacam!
Tiba-tiba otak Alisa teringat sesuatu. Hazriq! Biasanya waktu begini Hazriq akan datang kerumahnya untuk menjemput Haidar ke sekolah. Terus Alisa menghentikan segala kerja dapurnya. Dia terus berlari kearah pintu depan rumahnya berharap agar Harris belum membuka pintu.
Tanpa berfikir panjang, Harris terus menarik tombol pintu rumah Alisa dengan kasar. Pintu rumah telah terbuka sebaik saja Alisa tiba dibelakang Harris. Tubuh Harris ditarik dari belakang sehingga lelaki itu terkejut lalu hilang keseimbangan. Sebelum sempat badan mencium tanah, Harris sempat merangkul tubuh Alisa. Biarlah dia saja yang cium tanah, jangan Alisa. Akhirnya tubuh Alisa jatuh menghempap badan Harris.
"Aduhhh," kedua-dua mereka mengaduh perlahan.
"Astaghfirlahalazim! Apa kau buat ni Alisa!" Terkejut Hazriq melihat posisi Alisa dan Harris sebaik saja pintu ditolak. Dengan Harris yang hanya mengenakan tuala. Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan salah faham.
Hazriq sergera menutup kedua-dua matanya dengan tangan apabila sedar yang Alisa tidak bertudung. Dia perlu menghormati gadis yang telah berhijrah itu.
Alisa terus bangun. Selendang jersi di sofa terus dicapai lalu dililit ringkas ke kepala. Setelah memastikan keadaan baik-baik saja, Hazriq membuka matanya perlahan-lahan. Harris masih berdiri tegak di hadapan Hazriq dengan hanya mengenakan tuala. Hazriq memberikan pandangan tanjam kepada Harris. Pandangan itu beralih pula kearah Alisa. Sangat tajam dan penuh menghukum.
"Apa kau buat dalam rumah ni? Kau tahu kan yang kau bukan mahram dia? Mana adab kau?" Hazriq terus sound Harris dengan yakin. Wajah tak bersalah Harris menambahkan lagi marah Hazriq.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...