Seperti yang dirancang, Harris sudah membuat persiapan untuk menyelinap masuk ke bilik kurungan di bawah tanah. Apa yang disiapkan? Tiada apa.
Dia hanya menyiapkan diri supaya kelihatan seperti adik kembarnya, Harraz. Harris memakai kemeja hitam berlengan panjang yang dilipat hingga ke paras siku bersama seluar slack hitam. Satu beg kerja dipegang sebagai hiasan untuk menunjukkan dia baru pulang dari pejabat.
Lucas telah menceritakan serba sedikit tentang kehidupan Harraz di rumah ini. Harraz akan pulang dari kerja tepat jam 8 malam. Oleh itu Harris memilih masa yang sama untuk menyelinap masuk.
Harris hanya perlu mengelakkan diri daripada bertembung dengan Harraz. Dia perlu berpura-pura sebagai Harraz untuk meraih kepercayaan Tuan Alain.
Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke mansion yang tersergam indah itu. Dua orang pengawal rumah itu menunduk hormat kearahnya.
Kaki terus diatur ke bilik kurungan bawah tanah. Sesekali dia membetulkan gaya rambutnya yang kelihatan seperti Harraz.
Baru sahaja tangan ingin memulas tombol pintu yang menghubungkan ruang bawah tanah dengan ruang atas rumah itu, ada satu suara tua yang menyapa.
"Kenapa kau datang sini balik?"
Tubuh Harris terus mengeras. Itu suara Tuan Alain.
Harris memusingkan tubuhnya perlahan-lahan. Kini sosok Tuan Alain memenuhi ruang pandangannya.
Harris hanya mendiamkan diri. Dia juga tidak pasti sama ada Tuan Alain mengenalnya sebagai Harris atau Harraz.
"Kau tertinggal barang, Harraz?" Soal Tuan Alain lagi.
Lega hati Harris mendengar soalan itu. Ini bermakna Tuan Alain sudah tertipu dengan penampilannya.
Harris menganguk.
"Nah, kau tertinggal handphone kau di meja aku,"
Telefon pintar milik Harraz kini bertukar tangan.
"Ingat, aku nak kau terus bawa perempuan bodoh tu ke Mr Hernandez," ujar Tuan Alain.
"Dia dah lama cari perempuan yang masih dara untuk dijadikan pelacur peribadi... Katanya perempuan Perancis banyak dah tak berdara,"
Harris sudah menggenggam kuat tangannya menjadi penumbuk. Bila-bila masa sahaja penumbuknya boleh melayang ke wajah Tuan Alain. Namun dia perlu mengawal emosi.
"Sekurang-kurangnya dia berguna sebagai menantu aku. Mr Hernandez nak bayar $100k because she's virgin," sambung Tuan Alain lagi.
"How did you know that she's virgin?" Soal Harris dengan suaranya yang dikawal.
Tuan Alain tergelak kecil.
"Easy. Aku dah ukur pergelangan tangan dia," jawab Tuan Alain mudah.
Harris mengankat sebelah keningnya. Ukur pergelangan tangan pun dah boleh tau seseorang perempuan itu masih berdara atau tidak?
"Orang muda tak akan faham, yang pasti dia masih dara... Kau jangan nak cuba-cuba pulak dengan dia, nanti tak pasal-pasal Mr Hernandez cakap aku scam dia,"
Tuan Alain tergelak kecil sebelum meninggalkan Harris. Harris menghembus nafas kasar. Tangannya laju memulas tombol pintu bawah tanah itu.
Kelibat Alisa sudah tiada di situ. Ini bermakna Harraz sudah membawa Alisa untuk dijual kepada lelaki bernama Hernandez yang disebutkan tadi.
Harris terus bergerak keluar dari rumah itu. Telefon pintar milik adik kembarnya dibuka dengan mudah menggunakan face id memandangkan wajah mereka sama. Laju jari menari di skrin telefon mencari maklumat tentang Mr Hernandez.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...