58

2.4K 64 3
                                    

4 bulan yang lalu -

"Aku tak nak buat kerja gila ni," bantah Harraz sekeras-kerasnya dengan cadangan Harris. Bekas lens itu dilempar kasar ke sofa. Kepala diurut perlahan cuba mencerna rancangan gila Harris.

               "Aku tak sanggup nak failkan penceraian tu, Raz. Aku cintakan Alisa... Demi Allah aku tak sanggup nak berpisah dengan dia. Hati aku tak kuat nak lepaskan dia... tapi aku tak boleh paksa hati dia untuk terima balik aku. kau tolong ganti aku temankan dia ke mahkamah ya? Sekurang-kurangnya aku boleh luangkan masa dengan anak aku untuk kali terakhir..."  kata Harris dengan nada merayu.

               "Tapi kau tahu kan yang kita dalam pantauan papa... kau tahu kan yang papa tak akan senang-senangnya biarkan kau bercerai dengan Alisa? Kau tahu tak semua ni risiko?" Kata Harraz. Kini dia bermundar-mandir di ruang tamu.

              "Kalau aku ganti tempat kau untuk ke mahkamah dengan Alisa, macam-macam boleh berlaku sepanjang perjalanan kami ke sana. Banyak mata-mata yang sedang pantau kita, Ris. Masalah akan jadi lebih teruk kalau dia orang tahu yang aku adalah Harraz. Dia orang akan fikir aku cintakan Alisa, dan cuba untuk khianati kau," sambung Harraz lagi. Dia merenung wajah Harris dan menanti respon daripada abang kembarnya itu.

               "Kau... memang cintakan Alisa kan?" Soal Harris tenang. Mata coklat cairnya menikam mata coklat pekat  Harraz. Berharap agar adik kembarnya itu jujur dengan jawapan yang satu ini.

               Diam. itulah jawapan Harraz kepada Harris. Perlukah dia jujur yang dia cintakan Alisa? Layakkah dia?  Melihat reaksi Harraz yang diam itu sudah cukup menjawab kepada soalan Harris.

               "Orang bodoh pun boleh tahu yang kau cintakan dia, Raz. Dua kali kau bahayakan nyawa sendiri untuk dia. You take a bullet for her. Kau minum susu sedangkan kau tahu yang kau boleh mati..." Harris bersuara agak serak. Apa yang dia boleh buat? Dia bukan tuhan nak kawal hati dan perasaan seseorang. Dia redha jika takdir tertulis Alisa bersama Harraz.

                Harraz diam. Apa yang perlu dia balas? Dia sudah jatuh cinta dengan isteri abang kembarnya. Dia tahu itu adalah salah. Tapi seperti Harris, dia juga tak mampu mengawal hati dan perasaan sendiri.

               Pada awalnya, Harraz hanya berpura-pura baik dengan Alisa. Menjaga Alisa dan Haidar seperti tanggungjawab sendiri sepanjang tiga tahun Harris menghilangkan diri. Semua itu atas arahan Tuan Alain supaya mereka dapat merampas pewaris R's Empire iaitu Haidar, anak kandung Harris. Tapi semuanya tidak berjalan seperti yang dirancang apabila Harraz semakin rapat dan kenal Alisa. Perasaan suka dan sayang pada gadis itu mula timbul. Segala kepalsuan berubah menjadi keikhlasan.

"Demi Allah, aku redha kalau Alisa pilih kau lepas bercerai dengan aku. Sekurang-kurangnya aku tahu dia ada dengan lelaki yang sanggup berkorban nyawa untuk dia... aku tahu kau boleh bahagiakan dia lebih daripada aku bahagiakan dia-"

"Apa yang kau merepek ni?" Potong Harraz laju. Tak mahu dengar apa yang bakal disambung Harris. Walaupun jauh di sudut hati, Harraz sangat cintakan Alisa.

               "Tolong..." rayu Harris. Kotak lens yang dilempar tadi disua semula kearah Harraz. Harraz memandang wajah abang kembarnya itu. Simpati. Nafas ditarik dalam lalu dia menyambut kotak lens itu.

               "Terima kasih," ujar Harris. Dia turut mengenakan lens bewarna coklat gelap untuk menyamar sebagai Harraz. Dia perlu pastikan tiada siapa yang syak tentang penyamaran mereka. Harraz juga telah selesai memasukkan lens ke dalam matanya. Kini mata coklat pekat berubah menjadi coklat cair. Persis mata Harris.

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now