Panngggg!
Satu tamparan kuat hinggap ke pipi Eva. Tamparan daripada ayahnya yang sangat baran setelah mendapat berita yang memalukan itu. Eva hanya tunduk kerana takut untuk bertantang mata dengan sesiapa pun.
Tuan Alain yang berada di sebelah Mr Gilbert hanya memerhati dua beranak itu. Walaupun hatinya sedikit panas dengan berita yang baru didengar.
"Do you realize that Stefan is the son of our biggest enemy? And you have given birth to his son," mata Mr Gilbert mencerlung tajam kearah anaknya. Puteri tunggal yang selalu dimanja itu kini ditampar dan dijerkahnya.
"We almost take his son as our next heir! It could ruin everything in the future. They might claim our empire once that stupid kid become the leader of R's Empire!" Jerit Mr Gilbert lagi. Mata mencerlung tajam tepat kearah Eva.
Tuan Alain pula hanya menganguk setuju. Nasib baik Hayden belum diserahkan kepada R's Empire. Maksudnya Hayden belum rasmi menjadi pewaris ketua kumpulan mereka. Jika sudah rasmi, kumpulan musuh akan mudah merampas seluruh empayar mafia yang sudah dibina lama dengan alasan Hayden adalah keturunan mereka.
"Stupid daughter!" Sekali lagi Mr Gilbert angkat tangan untuk tampar pipi Eva namun tangannya ditahan oleh Tuan Alain.
"Enough, she is your daughter, I believe this wasnt her plan but Harris's . He wants to keep his stupid wife and son safe. Thats why he gave Hayden instead of Haidar. Because Hayden is not his son... am i right Eva?" Sampuk Tuan Alain. Lembut saja tutur bicara yang keluar. Mungkin ingin tenangkan Mr Gilbert yang sedang baran dengan anak perempuannya.
Eva menganguk perlahan dengan kenyataan yang keluar dari mulut Tuan Alain. Memang betul, semua ini rancangan Harris. Dia hanya ikutkan saja.
"All this because of that stupid woman. She make both of my son fall in love. They became blind and weak!" Keluh Tuan Alain. Kecewa apabila kedua anak lelakinya itu sudah dibutakan dengan cinta. Harris dan Harraz telah dibesarkan dengan penuh disiplin sebagai pewaris R's Empire. Namun kini, semuanya hancur. Kedua-dua mereka menjadi lemah akibat cinta.
"I will kill her," ujar Tuan Alain perlahan tetapi masih mampu didengar Mr Gilbert dan Eva.
____
Harraz duduk termenung memandang Haidar. Anak saudaranya itu sudah petah berkata-kata. Kanak-kanak lelaki itu sedang sibuk bermain lego.
Hari ini tugas Harraz adalah menjaga anak buahnya yang satu itu. Sebab apa? Sebab Alisa dan Harris keluar ke mahkamah untuk uruskan proses penceraian mereka.
Ya, mereka dah fikir masak-masak. Mereka akan bercerai atas sebab sudah tidak sehaluan dan tak sependapat. Mereka cuba berdamai dengan keadaan namun tetap gagal. Walaupun Harraz tahu yang abang kembarnya itu masih sayangkan Alisa tapi apa yang boleh buat? Hati Alisa sudah tawar dengan cinta Harris.
Tapi entah kenapa, khabar penceraian pasangan suami isteri itu sedikit sebanyak menggembirakan hati Harraz. Kenapa? Dia pun tak pasti. Kadang-kadang Harraz rasa bersalah setiap kali hati bersorak gembira dengan khabar penceraian itu. Seolah-olah dia bergembira atas penceraian abang sendiri.
Yang pasti, dia dah mula sayangkan Alisa dan dia tahu wanita itu mempunyai rasa yang sama terhadapnya. Cuma mereka belum berbincang dengan lebih dalam lagi soal itu.
"Kau ni boleh tahan handsome juga,"puji Harraz dengan tiba-tiba. Suara garaunya itu telah menarik perhatian Haidar daripada terus bermain lego.
"Handsome ikut papa," sebaris jawapan yang membuatkan Harraz senyum.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...