Alisa memandang pantulan diri di dalam cermin. Rambutnya dibetulkan sedikit supaya kemas. Majlis penyerahan Hayden masih belum mula. Di dalam dewan semakin ramai tetamu yang hadir terdiri daripada kumpulan mafia dari pelbagai negara.
Sudah hampir setengah jam dia berada di dalam tandas ini. Memikirkan sama ada dia perlu teruskan rancangan Harris atau tidak. Otak terasa berat. Keputusan yang perlu dia buat ini sangat sukar. Alisa meraup wajahnya. Cuba mencari jawapan dalam diri namun sukar.
Tiba-tiba pintu tandas dibuka kasar dari luar. Tubuh tegap Harris melangkah masuk ke dalam. Terperanjat Alisa dibuatnya melihat wajah bengis suaminya itu seperti sedang menahan marah. Alisa mengundur beberapa tapak kebelakang. Risau kalau-kalau jejaka itu bertindak diluar kawalan.
Tangan Harris bertindak pantas mengunci pintu tandas itu. Menghalang orang luar daripada masuk ke dalam. Alisa menelan kasar air liurnya. Bala apa lagi yang dia akan terima daripada Harris? Matanya meliar ke pintu yang sudah dikunci. Berharap agar ada peluang untuk dia lari keluar namun hampa. Tubuh sasa Harris berdiri tegak di tengah pintu itu sebagai penghalangnya untuk keluar.
Harris bertindak merebut kasar tubuh kecil Alisa lalu dihentak kuat pada dinding. Api kemarahannya semakin membara apabila teringat kemesraan yang dipamerkan Alisa dan Harraz sebentar tadi.
"Sakit lah! Awak ni kenapa?!" Tengking Alisa penuh berani. Belakang badannya yang dihentak ke dinding terasa sangat sakit. Tubuh kecilnya dikunci kemas ke dinding oleh Harris.
Harris berdecit perlahan. Dia terus bertindak mencengkam kuat pipi Alisa sehingga wajah mereka bertemu. Harris merapatkan lagi jarak wajah mereka sehingga dia dapat merasakan derauan nafas hangat milik Alisa.
"Aku suruh kau bunuh Harraz. Bukannya berasmara dana dengan dia depan aku!" Ujar Harris dengan nada yang tinggi. Matanya menikam tajam mata Alisa namun sedikitpun tidak menakutkan gadis itu. Alisa malah membalas pandangan itu dengan berani.
"Kalau saya nak berasmara dana dengan dia pun tak ada kena mengena dengan awak!" Balas Alisa lantang. Tangannya cuba merungkai cengkaman Harris namun gagal. Kudrat wanitanya mana mampu menandingi kudrat lelaki Harris.
Mendengar balasan Alisa itu umpama menambahkan lagi minyak kedalam api kemarahan Harris yang sedang membara.
"Kau. ISTERI. Aku. Kau jangan nak malukan aku dengan perangai gatal kau dekat sini," ucap Harris menekankan perkataan isteri itu.
"Isteri? Siapa je dekat sini yang tahu saya isteri awak? Saya tak pernah diiktiraf sebagai isteri awak dalam dunia gelap ni walaupun kita dah sah bernikah! Isteri yang diiktiraf awak tu Eva!" Balas Alisa berani. Matanya tidak kalah untuk menikam hebat mata Harris walaupun jarak wajah mereka hanya tinggal beberapa inci sahaja.
"Jadi awak tak ada hak nak halang saya rapat dengan sesiapa pun sebab dekat sini, saya bukan isteri awak!" Sambung Alisa lagi. Dia melihat rahang Harris yang sudah bergerak. Fikir cemburu dia saja! Dia tak fikir pula cemburu Alisa yang terpaksa menahan mata melihat Eva yang tak cukup kain itu asyik menempel dengan suaminya.
Harris berasa tercabar dengan jawapan Alisa. Dengan pantas dia memusingkan tubuh Alisa membelakanginya. Sekelip mata saja Alisa sudah berubah posisi. Kini, badannya yang bahagian depan pula mencium dinding manakala kedua-dua tangganya digenggam kemas oleh Harris di belakang.
"Lepaslah!" Bentak Alisa kuat. Sakit hatinya apabila Harris dengan mudahnya mengalihkan badannya. Terasa seolah-olah diri ini seperti boneka Harris yang senang dikawal.
"Kau dengar sini baik-baik ya," Harris merapatkan mulutnya ke telinga Alisa. Gadis itu masih meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Kalau kau tak bunuh Harraz, aku sendiri yang akan bunuh dia. Faham?" Ugut Harris. Tubuh Alisa ditekan kuat ke dinding oleh Harris dari belakang. Alisa yang menghadap dinding itu hampir sesak nafas. Dadanya sangat rapat dengan dinding.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...