Harris berdiri tegak di sebelah katil Harraz. Adik kembarnya itu hanya mengabaikannya, leka bermain telefon pintar. Sudah tiga hari berlalu sejak peluru dicabut dari badan Harraz. Kesan sakitnya masih terasa kerana tembakan itu hampir mengenai jantungnya.
"Kau nak apa?" Soal Harraz apabila mula rimas diperhatikan Harris. Telefon pintarnya dimatikan lalu dia membalas pandangan Harris dengan jelingan tajam.
"Apa lagi yang kau tahu?" Soal Harris. Matanya tidak lekang daripada memandang Harraz.
Harraz berdecit perlahan. Geli hati melihat perasaan ingin tahu dalam diri abang kembarnya itu. Rasa macam tengah tengok diri sendiri gelabah. Ya lah kan wajah mereka 100% sama.
"Tahu apa?" Soal Harraz. Sengaja buat-buat bodoh. Bukannya dia tak tahu apa yang Harris maksudkan. Abang kembarnya itu ingin tahu lebih dalam tentang rancangan bodoh keluarga mereka yang mengahwinkannya dengan Alisa dahulu. Dia bagaikan diperbodohkan. Bertahun-tahun cuba larikan diri daripada ayahnya dan tanpa dia sedar, dia sendiri telah masuk ke dalam rancangan Tuan Alain dengan mengahwini Alisa. Stress!
Harris meraupkan wajahnya apabila melihat Harraz yang sengaja buat-buat bodoh.
"Adam, bapa Alisa tu sebenarnya pembunuh upahan R's Empire," ujar Harraz mula membuka cerita. Harris hanya diam mendengarnya.
"Bertahun-tahun juga dia berkhidmat dengan kumpulan kita, tapi tak ada seorang pun yang tahu identiti sebenar dia sebab dia gunakan nama samaran sepanjang berkhidmat dengan papa,"
"Semua maklumat peribadi Adam yang digunakan adalah palsu. Dia dah langgar peraturan R's Empire sebab dah memalsukan maklumat diri. Dia dianggap sebagai pembelot walaupun dia tak pernah membelot, nama samaran yang digunakan sepanjang berkhidmat adalah Fitri," terang Harraz lagi.
"Bila berita ni sampai dekat papa, dia marah sangat. Dia dah anggap Fitri sebagai orang kuat dia, tapi sebenarnya itu hanyalah nama palsu dan semua maklumat peribadi dia juga adalah palsu semata-mata,"
"Papa rasa dikhianati oleh orang kepercayaan dia sendiri. Dia buat keputusan untuk bunuh Adam tapi Adam bijak. Dia tahu yang pewaris ketua mafia nak keluar daripada kumpulan ni. Dia tahu yang kau tak nak sandang jawatan tu. Sebab tu dia gunakan kau untuk lepaskan diri daripada dibunuh," terang Harraz. Suaranya mendatar sahaja. Dia bangun dari baring dibantu Harris. Kesan tembakan di dadanya masih terasa.
"Papa pun tahu yang kau tak nak jadi ketua R's Empire. Dia sebolehnya nak berikan terus jawatan tu pada aku. Tapi syarat kumpulan kita adalah dapatkan zuriat pewaris yang sulung dulu, barulah aku boleh pegang jawatan tu," bicara Harraz lagi. Setiap kata-katanya itu hanya didengar teliti oleh Harris.
"Adam buat perjanjian untuk kahwinkan kau dengan Alisa iaitu anak perempuan dia sendiri untuk dapatkan zuriat kau. Papa terus setuju dengan perjanjian tu memandangkan cara tu saja yang memudahkan aku untuk dapatkan jawatan kau," terang Harraz lagi.
"Semuanya dah dirancang. Alisa diambil kerja di restoran kau, penculikan, ugut. Semua dah diatur supaya kau rasa bersalah sebab dah letakkan diri Alisa dalam bahaya. Kau mesti ingat semua benda yang jadi pada Alisa tu daripada musuh kita. Tapi salah. Semuanya daripada papa dan Adam. Sebab kami tahu yang kau senang kesiankan orang," terang Harraz lagi. Harris pula berusaha mengawal emosi sambil mendengar penerangan dari adik kembarnya itu.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...