"Ayah kandung kau,"
Mata Alisa terus membesar setelah mendengar jawapan Harraz. Harraz pula hanya menayangkan muka selamba.
"Tapi ayah aku dah meninggal sebelum aku lahir," jawab Alisa. Matanya tepat merenung kearah Harraz.
"Kau pernah tengok kubur dia?"
Terdiam Alisa mendengar soalan Harraz. Betul, sepanjang Alisa hidup, Puan Suraya tidak pernah bawa dia ziarah 'kubur' bapanya. Dia juga tak tahu di mana terletaknya kubur itu. Entah wujud ataupun tidak.
Alisa tidak menjawab soalan Harraz. Dia hanya menggeleng kepalanya perlahan.
"Exactly," ujar Harraz setelah melihat Alisa menggelengkan kepalanya.
"Tak kan Umi tipu aku selama ni?"
Harraz mengankat bahu tanda tidak tahu. Hal keluarga kau, manalah aku tahu.
Alisa diam seketika. Cuma menghadam kenyataan yang baru diterima itu. Ayahnya masih hidup?
"Arwah Umi tak tipu kau, dia pun tak tahu yang ayah kau masih hidup," sampuk satu suara dari pintu masuk ruang menembak itu.
Serentak Alisa dan Harraz menoleh kearah suara itu. Hazriq.
Hazriq melangkah masuk ke bilik itu dengan selamba. Kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Kau tahu ayah aku masih hidup?" Soal Alisa serius.
"Aku pun baru tahu sejak dia cuba untuk intip kau," jawab Hazriq ringkas.
Alisa diam. Terkejut ditampar kenyataan bahawa selama ini ayah kandungnya masih hidup.
"Kami pun tak pasti apa yang dia nak daripada kau. Tapi selagi dia tak cuba apa-apakan kau, biarkan je dulu," ujar Hazriq.
"Dia yang bunuh Umi?" Akhirnya soalan itu keluar dari mulut Alisa. Bertahun dia cuba untuk menjejaki pembunuh Puan Suraya itu.
Kalau Hazriq cakap orang yang stalk dia selama ini adalah ayah kandungnya sendiri, bermakna itu adalah orang yang sama yang bunuh Puan Suraya.
Hazriq dan Harraz berpandangan antara satu sama lain. Apa yang perlu mereka jawab jika itulah kenyataannya?
Perlahan-lahan mereka mengangukkan kepala juga. Memang betul, ayah kandung Alisa yang bunuh Puan Suraya. Atas sebab apa? Mereka pun tak pasti.
Alisa diam. Wajahnya juga dingin. Langsung tidak menunjukkan reaksi. Hanya raut wajah yang kosong. Namun matanya mula berair.
Dan untuk pertama kalinya, selama dua tahun ini, dia menangis.
Tak sangka, ayah dia sendiri tergamak membunuh ibu yang dia sayang. Puan Suraya adalah satu-satunya insan yang dia ada pada waktu itu selain Harris.
Kalau ibunya masih hidup, pasti dia tidak akan berubah tiga ratus enam puluh darjah seperti ini.
"Kau okay?" Soal Hazriq prihatin.
"Keluar," ujar Alisa sepatah yang membatalkan niat Hazriq untuk menghampirinya.
Perlahan langkah Hazriq diundur ke belakang semula.
"Kau pun keluar Harraz," bicara Alisa lagi.
Tanpa berlengah, dua jejaka itu melangkah keluar daripada bilik menembak meninggalkan Alisa keseorangan.
Alisa mengenggam kuat penumbuk. Darah dalam tubuhnya seakan-akan sedang mendidih. Air matanya sudah kering. Ini bermaksud kesedihannya sudah hilang digantikan dengan dendam yang menebal.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...