46

1.8K 59 2
                                    

Flashback-

"Berambus kau!" Suraya menjerit kuat, mengusir Adam Danial yang telah menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Alisa yang masih bayi itu dipegang rapi.

"Percaya cakap aku Suraya, suami kau tu pengganas... Dia bekerja dengan pengganas. Dia pembunuh!" Jelas Adam Danial dengan nada yang tinggi. Cuba meyakinkan Suraya.

"Kau dah gila ke? Suami aku tu abang kau sendiri! Dia orang yang baik. Tergamak kau fitnah dia macam tu!" Jerit Suraya. Pegangan pada tubuh kecil Alisa dieratkan lagi.

"Dia kerja dengan pengganas Perancis! Aku tahu semuanya. Semua kekayaan yang dia beri pada kau ni adalah hasil duit haram!" Jerkah Adam Danial lagi. Tidak tahan suaminya difitnah, tangan Suraya laju naik menampar pipi Adam Danial.

Adam Danial memegang pipi yang terasa pedih.

"Aku dah lama cintakan kau Suraya. Aku tak nak kau hidup dengan duit haram abang aku. Aku tak nak kau besarkan anak-anak kau dengan duit haram!" Ujar Adam Danial selepas ditampar Suraya.

"Berambus!" Jerit Suraya bergema ruang tamu itu. Kata-kata yang keluar dari mulut Adam Danial itu langsung tidak dipercayainya.

"Umi..." Panggil Azwan, abang Alisa yang baru mencecah lima tahun. Dia berlari memeluk kaki Suraya kerana ketakutan.

"Iwan takut..." Rintih anak kecil itu lagi.

"Iwan jangan takut... Iwan kena tolong Umi, pergi telefon ayah cepat!" Arah Puan Suraya. Azwan segera berlari untuk menelefon ayahnya, Adam Idris yang juga merangkap abang kepada Adam Danial.

Adam Danial hanya membiarkan Azwan berlari menelefon Adam Idris.

"Aku ada bukti Suraya. Bukti yang Idris tu pengganas. Dia kerja dengan lelaki Perancis nama Alain. Sumpah demi Allah aku tak tipu, aku nampak sendiri suami kau bunuh orang," kata Adam Danial lagi. Cuba meraih kepercayaan Suraya namun sia-sia. Gadis itu tetap percaya kepada suaminya.

"Tak... Tak... Suami aku baik, kau  penipu!" Jerit Suraya, menidakkan kata-kata Adam Danial.

Adam Danial sudah buntu. Apa lagi yang perlu dia buat untuk meyakinkan Suraya? Gadis itu memang betul-betul percaya mati dengan Adam Idris. Mata Adam Danial tertancap pada Alisa yang didukung Suraya.

"Kau tak kesiankan Alisa? Dia masih kecil... Kau sanggup ke besarkan dia dengan duit haram?"

"Diam!!!" Jerkah Puan Suraya.

Tiba-tiba...

Bang! bang! bang!

Bunyi tembakan mengejutkan Adam Danial dan Suraya. Mereka mencari punca dari mana bunyi tembakan itu datang.

"Uncle balik," ujar Azwan dengan tangan kecilnya yang memegang sepucuk pistol. Pistol itu dihalakan pada Adam Danial.

Terkejut Suraya melihat anaknya yang berusia lima tahun itu memegang pistol. Lidahnya kelu. Macam mana pistol boleh ada dalam rumahnya?

Adam Danial hanya beriak tenang. Dia tidak terkejut kerana sudah tahu kerja abangnya. Tak mustahil untuk sepucuk pistol ada dalam rumah itu.

"Iwan... Letak pistol tu," pujuk Adam Danial. Dia cuba merapat dengan Azwan.

"Uncle jahat... Uncle marah Umi," kata Azwan petah. Puan Suraya masih diam terkejut memandang anaknya.

"Mana Iwan dapat pistol tu?" Soal Adam Danial walaupun sudah tahu jawapannya.

"Ini pistol ayah. Dia cakap kalau ada terjadi apa-apa dalam rumah ni, ambil pistol ni," jawab Azwan polos. Kanak-kanak lelaki itu masih menghalakan pistol kearah Adam Danial.

HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now