"She is my wife, touche la et tu vas mourir, (touch her and you will die)" tutur Harris.
Tangan kanan Harris masih elok memegang sepucuk pistol Glock-17 yang bewarna hitam.
Alisa masih kaku di tempat dia berdiri. Otaknya masih memaksa diri untuk menerima kenyataan bahawa suaminya telah menembak Tuan Alain.
"What the fuck ?! Harris?! Kenapa kau tembak papa!" Jerit Herlin terus berlari menuju kearah Tuan Alain. Dia meletakkan kepala Tuan Alain ke atas ribanya.
Tuan Alain masih menahan kesakitan di pangkuan Herlin.
Lucas yang baru tiba di situ turut terkejut melihat Tuan Alain yang sudah rebah menahan sakit tembakan di bahu.
"Lucas! Call Dr Warner, Now!!!" Arah Herlin cemas.
Tanpa berlengah Lucas terus menelefon Dr. Warner yang merangkap doktor peribadi keluarga mereka.
Harris menarik pergelangan tangan Alisa hingga gadis itu berdiri di sisinya. Tangan Alisa digengam erat.
"Have some respect on my wife. Aku tak akan teragak-agak untuk bunuh siapa pun yang cuba untuk sakitkan isteri aku," kata Harris berdiri tegak di hadapan Tuan Alain dan Herlin.
Tuan Alain dan Herlin memandangnya tajam. Pandangan mereka beralih kepada Alisa. Alisa dipandang dengan penuh dendam dan benci.
"Kau nak aku ambil alih jawatan kau? Okay... Aku terima. Lepas aku jadi leader, aku tak nak dengar sesiapa pun atur hidup aku lagi. Termasuk kau!" Kata Harris. Jari telunjuknya dihalakan ke wajah Tuan Alain.
"Aku juga akan perbaharukan semua sistem dan peraturan mafia bodoh kau ni! Takda siapa boleh bantah arahan KETUA," kata Harris lagi. Perkataan Ketua sengaja ditekan.
Harris menarik Alisa keluar daripada rumah itu meninggalkan Herlin dan Tuan Alain.
"Anak tak guna. Tunggu lah nasib kau," gumam Tuan Alain perlahan cukup hanya dirinya saja yang dengar.
●●●
Kereta Harris meluncur laju di jalan raya. Sangat laju sehingga membuatkan Alisa cemas. Dia seperti sedang melepaskan marah.
"Saya takut... Boleh tak awak perlahankan sikit kereta ni?" Alisa memberanikan diri bercakap. Dia tahu Harris disebelahnya sedang menahan marah.
Harris tidak mempedulikan kata-kata Alisa. Pemanduannya semakin laju.
Dalam hati Alisa tak henti mengucap dan berdoa semoga mereka selamat sampai ke rumah. Matanya dipejam serapatnya.
"Kau boleh tak jangan jadi pengecut macam tadi?" Ujar Harris secara tiba-tiba.
"Hah?" Alisa memandang wajah Harris. Kenapa dengan suami dia itu?
"Pistol tu dekat je dengan muka kau... Kau boleh rebut atau tolak pistol tu dari tangan orang tua tu,"
Kelihatan urat-urat timbul di bahagian leher Harris menandakan dia sedang menahan marah.
"Kau jangan jadi lemah, bodoh!" Tengking Harris mengejut.
Bahu Alisa terangkat apabila nada suara Harris mula meninggi. Matanya mula berkaca. Bodoh...?
Harris langsung tidak memandangnya. Fokusnya masih lagi pada jalan seratus peratus.
Alisa diam. Terasa hati dengan Harris yang tiba-tiba memarahinya.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...