Kenapa? Kenapa Harraz minum koktail tu? Kenapa dia tak bagi tahu yang dia ada alahan susu? Kenapa dia sanggup bahayakan nyawa dia untuk kali kedua?
Alisa mengusap air mata sendiri. Semua soalan yang berlegar dalam kepala sudah menunjukkan betapa jauh dan besarnya pengorbanan Harraz untuk dia. Ia juga sekaligus telah membuktikan perasaan cinta Harraz terhadap Alisa melebihi nyawanya sendiri.
"Sabar Alisa, jangan asyik salahkan diri kau. Kau pun tak tahu yang dia alah susu," pujuk Lucas yang duduk di sebelahnya. Dia kesian melihat Alisa yang dari tadi tak henti salahkan diri sendiri.
Harris yang bersandar elok di dinding hanya memerhati. Walaupun wajahnya kelihatan tenang, hatinya sudah gundah gulana. Demi Allah dia tiada niat langsung untuk bunuh Harraz. Dia hanya mahu menguji sejauh mana perasaan Alisa terhadap Harraz. Racun yang diberikan pada Alisa juga adalah racun palsu yang terdiri daripada 100% air tapis yang selamat diminum.
"Tapi dia minum. Dia sanggup bahayakan nyawa dia sendiri untuk aku-" tangis Alisa. Wajahnya sudah merah akibat menangis.
Harris terus melabuhkan punggung disebelah isterinya. Belakang gadis itu diusap lembut.
Alisa yang merasa tangan kasar itu terus menepis kasar. Dijelingnya wajah Harris penuh dengan benci.
"Ini semua salah awak! Kalau awak tak suruh saya racun Harraz semua ni tak akan jadi!" Tengking Alisa kuat bergema ruang menunggu itu.
"What?" Soal Lucas. Dia memandang wajah Harris dengan terkejut. Tidak sangka dengan apa saja yang baru dia dengar.
"Kau suruh Alisa racun Harraz? Kau ni dah gila ke? Bunuh adik kembar sendiri? Abang jenis apa kau ni?" Ujar Lucas dengan wajah yang tidak puas hati. Nafas nya sudah turun naik menahan marah.
"Sebenci-benci aku dekat dia, tak pernah terlintas pun nak bunuh dia," sambung Lucas lagi. Dia betul-betul kecewa dengan Harris. Sanggup dia bunuh adik sendiri.
Harris meraup kasar wajahnya. Dahi dipicit kuat. Seandainya mereka tahu racun yang diberikan itu hanya lah air tapis yang langsung tidak membahayakan. Dia pun tiada niat nak meracuni Harraz. Niat asalnya hanyalah untuk menguji tahap sayang Alisa terhadap Harraz. Namun keadaan menjadi huru hara apabila minuman yang digunakan adalah minuman bersusu. Harraz alah susu.
"Sekarang awak puas?" Soal Alisa langsung tidak memandang wajah Harris.
"Ini kan yang awak nak?" Kini pandangan Alisa naik kearah Harris. Meneliti setiap inci wajah bersalah itu.
"Kenapa awak nak rasa bersalah? Impian awak dah tercapai kan? Awak memang nak dia ma-"
Belum sempat Alisa menghabiskan ayat, Harris menarik kepala Alisa rapat ke dadanya. Alisa tidak menolak, memang dia perlukan seseorang untuk tennagkan dia sekarang. Lebih tepat lagi satu pelukan.
Lucas terus beredar meninggalkan suami isteri itu. Jika dia berlama disitu pasti pecah wajah Harris dia kerjakan. Demi mengurangkan amarah dan mengawal emosi, dia beredar untuk menstabilkan emosi.
"Shh Lisa tak salah, abang yang salah," pujuk Harris sambil mengusap lembut kepala Alisa. Panggilannya juga sudah berubah seperti dulu.
"S-sayaa tak salah, saya tak letak pun racun pun... saya memang tak ada niat nak bunuh dia. Saya c-cuma tak tahu dia alah susu," luah Alisa di dada bidang Harris.
Hati Harris sedikit hancur dengan pengakuan Alisa. Maksudnya Alisa tak sanggup untuk bunuh Harraz? Hatinya hancur namun tetap dikawal.
"Abang yang salah Lisa, abang tak sepatutnya suruh Lisa buat macam tu," pujuk Harris lagi. Kedua-dua pipi Alisa dipaut agar mereka bertentangan mata. Wajah Alisa yang dipenuhi air mata itu dipandang lama.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...