Ding... Dong...
Loceng rumah dibunyikan. Dengan langkah yang malas, Harris membuka pintu rumahnya. Dia melihat wajah Alisa yang terpampang di depan mata dengan wajah kosong. Dia sudah dapat agak. Ini adalah hari ketiga dia melancarkan perang dingin dengan Alisa.
"Apa lagi yang kau nak?" Soal Harris agak kasar. Wajah Alisa dikerling sekilas sebelum dia melemparkan pandangan kearah lain. Jujur hatinya masih sakit dengan kejadian tempoh hari.
"Lisa minta maaf sangat-sangat abang. Tolong ampunkan Lisa... Lisa tahu Lisa salah. Lisa minta maaf sangat-sangat," ujar Alisa. Perkataan maaf tidak henti meluncur keluar daripada mulut.
Harris memandang Alisa dengan pandangan yang kosong. Pandangan yang tiada lagi rasa cinta dan kasih sayang. Sudah tiga hari berturut-turut Alisa datang ke rumahnya untuk memohon ampun dan maaf. Namun tidak sedikitpun hatinya terjentik untuk memaafkan gadis itu. Dia rasa dikhianati oleh insan yang sangat dia sayang.
"Tolong maafkan Lisa. Abang nak Lisa buat apa supaya abang dapat maafkan Lisa? Lisa sanggup buat apa saja," ujar Alisa. Dia cuba menyentuh kedua-dua tangan Harris namun ditempis kasar oleh lelaki itu.
"Balik," satu perkataan saja yang keluar daripada mulut Harris. Dia memghiraukan rayuan Alisa bagaikan gadis itu orang asing yang tidak pernah bertakhta di hati.
"Lisa tak akan balik, selagi abang tak maafkan Lisa. Tolong lah abang, Lisa merayu sangat-sangat. Lisa sayang abang, cukuplah abang seksa Lisa dengan cara abaikan Lisa, buat macam Lisa tak wujud, Lisa tahu Lisa salah," rayu Alisa lagi. Matanya kelihatan layu, mungkin tidak cukup tidur asyik memikirkan Harris.
"Siapa yang siksa siapa sekarang ni?" Soal Harris sinis. Dia melangkah mendekati Alisa. Wajah gadis itu kelihatan agak cengkung, bawah matanya juga ada lingkaran hitam. Sekali pandang saja dapat tahu bahawa hidup gadis itu sedang berantakan.
Alisa hanya diam. Meneliti setiap inci wajah Harris dalam jarak yang rapat. Rindu.
"Kau yang seksa aku Alisa Areena. Kau punca aku jadi macam ni. Tak cukup lagi ke kau seksa hati aku haritu? Aku ni suami kau Alisa. Hati suami mana yang tak hancur bila tengok isteri yang dia sayang peluk jantan lain atas katil?" Ujar Harris.
"And worse, that guy is my own brother?" Sambungnya lagi.
Dan ini adalah kali pertama dia meluahkan rasa sakit yang tersemat di hati. Sebelum ini dia hanya mengabaikan kehadiran Alisa. Tetapi hari ini dia hamburkan semuanya di hadapan Alisa.
"Atau kau sebenarnya nak aku lepaskan kau supaya kau boleh bersama dengan Harraz?" Soal Harris dengan senyuman senget.
Laju Alisa menggelengkan kepalanya. Bukan itu yang dia nak. Dia cuma ingin Harris maafkan dia dan hidup seperti dulu. Demi Allah dia rindukan suaminya itu.
"Tak abang... Tolong jangan sebut pasal tu, Lisa takut sangat nak bayangkan benda tu, Lisa sayang abang... Tolong maafkan Lisa," ujar Lisa dengan kepalanya laju menggeleng. Mata kuyunya sudah dibasahi dengan air mata.
"Kau pergi balik. Aku tak akan termakan dengan drama air mata bodoh kau ni, berambus," halau Harris. Pintu dihempas kasar, menghiraukan Alisa yang masih berdiri tegak di luar.
"Lisa tak akan balik selagi abang tak maafkan Lisa!" Laung Lisa dari luar dan dapat didengar dengan jelas oleh Harris. Namun lelaki itu langsung tidak mempedulikannya. Langkah diatur ke tingkat atas.
Dalam perjalanan untuk naik ke tingkat atas, Harris bertembung dengan Lucas yang hendak turun. Bahu Harris ditahan untuk menghentikan langkahnya.
"Sampai bila kau nak abaikan Alisa?" Soal Lucas tenang. Harris hanya mengabaikan soalan Lucas itu tadi. Bahu Lucas dirempuh perlahan.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...