Alisa melangkah masuk ke pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak. Setiap langkahnya yang mengenakan kasut tumit tinggi itu menarik perhatian semua mata yang ada di situ. Cermin mata hitam ditolak naik ke atas kepala. Mencari kelibat anaknya, Haidar yang sudah mencecah dua tahun.
Dia membawa satu aura yang sukar untuk dijelaskan. Alisa yang sekarang bukan lagi seperti Alisa yang dulu.
Setelah tubuh kecil Haidar menghiasi pandangan, dia mula mengukir senyuman. Cermin mata hitam di atas kepalanya dijatuhkan semula ke mata.
"Haidar, come to mummy sayang!"
Mendengar sahaja suara Alisa, anak kecil itu terus berlari untuk mendakap ibunya. Langkahnya masih kecil kerana hanyalah si kecil yang baru boleh berjalan.
"Mmu-mummy," ujar Haidar yang masih gagap. Tubuh kecil itu didukung Alisa.
Alisa sudah banyak berubah. Sejak hubungan Harris dan Eva terbongkar di depan matanya, dia terus memperbaiki diri sendiri dari pelbagai aspek. Alisa kini dikuasai oleh dendam. Baginya, Harris adalah lelaki yang tak guna.
Haidar didukung lalu di bawa masuk ke dalam Ferrari hitam yang dipakir elok di luar pagar pusat asuhan dan penjagaan kanak-kanak itu. Setelah anak kecil itu dimasukkan ke dalam kereta, dia mula bergerak ke pintu kereta di sebelah seat pemandu.
Tiba-tiba terasa satu tangan memegang bahu kanan nya. Alisa menenangkan diri, dia tidak menoleh malah terus menarik tangan yang menyentuhnya itu lalu dipusingnya hampir 360 darjah. Alisa memusingkan tubuh gerangan yang menyentuh bahunya tadi menghadap supaya wajah mereka bertemu.
Wajah Harraz memenuhi pandangan Alisa. Lelaki itu kelihatan sedang menahan sakit akibat tangannya yang dipulas Alisa.
Alisa segera melepaskan lengan Harraz.
"Nice move, aku saja uji kau," puji Harraz.
"Kau yang ajar aku, kau tak yakin dengan anak didik kau?" Balas Alisa selamba.
"Hampir patah tangan aku," adu Harraz sambil memegang lengannya.
"Lain kali jangan nak uji-uji aku. Kau tahu betapa hebatnya aku?" Ujar Alisa dengan nada bergurau. Dia mengeluarkan sebatang rokok daripada kotak lalu diletakkan ke bibir.
"Jangan hisap rokok depan Haidar," pesan Harraz lalu mencapai sebatang rokok dari kotak rokok yang yang dipegang Alisa.
"Yaya, stop ulang benda yang sama,"
"Aku cuma ingatkan..." Balas Harraz. Dia mengeluarkan pemetik api lalu menghidupkannya dan dihalakan pada rokok di bibir Alisa. Asap mula keluar berkepuk-kepuk dari mulut Alisa setelah gadis itu menghembusnya ke udara.
"Kau ada masalah?" Soal Harraz mendatar. Wajah Alisa ditenung lama.
"Tak ada," jawab gadis itu sepatah.
"Aku kenal kau. Kau hanya hisap rokok bila kau stress," bicara Harraz sebelum menghembuskan asap rokok ke udara.
Alisa tidak menjawab. Dia hanya mengabaikan soalan Harraz itu. Ya, otaknya sangat serabut ketika ini. Banyak benda yang dia sedang fikirkan sekarang.
Harraz yang faham akan perasaan dan emosi gadis itu hanya membiarkannya. Malas nak ambil tahu lebih-lebih.
"Kenapa kau tiba-tiba baik dengan aku? Kau bagi aku kereta, rumah, share business kau... Apa niat kau yang sebenarnya?" Soal Alisa sebelum menghisap rokok ditangan.
"Sebab aku kesiankan Haidar. Walau macam mana sekali pun dia tetap anak Harris. Anak buah aku. Aku dan Haidar ada pertalian darah," jawab Harraz mendatar. Dia menghembuskan asap ke udara.
YOU ARE READING
HARRIS : The Forced Heir
RomanceHarris Mérieux, hidupnya sentiasa terikat dengan peraturan. Sejak kecil lagi Harris dididik menjadi seorang yang tegas dan kejam demi menyambung legasi kumpulan mafia yang dibina oleh ayahnya. Dia akan diangkat menjadi ketua mafia dari Perancis yang...