3

5.1K 156 2
                                    

Alisa memandang Harris, Harris memandang Alisa dan Hazriq pula memandang mereka berdua. Hazriq masih terkedu dengan kenyataan bahawa di hadapannya itu adalah Harris, boss lamanya.

"Er.. apa Sir buat kat sini?" Soal Alisa memecahkan kesunyian antara mereka.

Harris memandang tajam kearah Alisa kemudian beralih kepada Hazriq.

"Apa?" Soal Hazriq sambil mengankat kening kepada Harris. Tidak selesa direnung seperti itu.

Harris terus menarik pergelangan tangan Alisa. Belum sempat dia membawa Alisa pergi, Hazriq pantas merangkul pergelangan tangan Alisa sebelah kiri.

Harris memandang Hazriq. Alisa hanya mengeraskan diri di tengah tengah antara mereka.

"Kau pahal? Jangan ingat kau kaya, kau boleh buat sesuka hati kau" Kata Hazriq, tangannya masih erat memegang tangan Alisa. Gengaman kuat dari Hazriq itu membuatkan Alisa sedikit sakit. Alisa cuba menggerakkan sedikit tangannya supaya Hazriq melepaskannya. Hal ini kerana, gengaman Hazriq lebih kuat berbanding Harris.

"You're hurting her" Harris berkata dengan dingin. Matanya mula merenung tangan Alisa yang semakin merah akibat gengaman Hazriq.

"Hazriq lepas..." kata Alisa.

Hazriq mula melepaskan tangan Alisa. Matanya masih tajam merenung Harris. Harris itu hanya tersenyum kemenangan. Senyuman yang menyakitkan hati Hazriq.

"Kau nak bawa Alisa pergi mana?" Soal Hazriq persis seorang abang yang penyayang.

"Bukan hal kau" balas Harris sepatah.

"Kalau aku tahu dia ada luka, sakit kat mana-mana. Kau orang pertama aku cari" pesan Hazriq

"Don't worry, I'm not gonna hurt her. I am not you" sindir Harris lalu terus menarik Alisa bersamanya.

Hazriq hanya mampu memandang kelibat mereka hingga hilang dari penglihatannya.

"err Sir bawa saya pergi mana ni?" soal Alisa setelah lama mendiam. Dia hanya mengikuti langkah Harris dari tadi. Harris tidak menjawab malah hanya meneruskan langkahnya. Mereka melangkah keluar dari pusat membeli belah itu menuju ke tempat parkir kereta.

Akhirnya mereka tiba di hadapan kereta audi tt milik Harris.

"Masuk" kata Harris sepatah. Dia membuka pintu penumpang untuk Alisa. Tanpa membantah Alisa hanya akur dengan arahan Harris. Takut melihat wajah Harris yang sangat garang itu.

Kereta Harris meluncur laju meninggalkan shopping mall.

Alisa hanya mendiamkan diri. Dia mula berasa seram dengan pemanduan Harris yang sangat laju. Kereta Harris bergerak sangat laju membelah jalan raya

"Sir slow sikit, saya takut" Alisa memejam matanya rapat. Harris hanya mengabaikannya. Matanya masih fokus dengan pemanduannya.

Tangan Alisa naik ke bahu Harris, dia sangat takut. Dia mempunyai trauma dengan situasi seperti ini. Harris tidak mengherankan pegangan Alisa, dia masih mengekalkan kelajuan audi tt nya. Mereka berada di atas jalan raya yang dikelilingi hutan yang tebal

Tiba-tiba...

Bang! Bang! Bang!

Beberapa das tembakan dilepaskan kearah audi tt  milik Harris.

"Allahuakbar!!" Alisa menjerit ketakutan. Badannya menggigil apabila mendapati mereka dikejar oleh sebuah kereta Range Rover hitam yang membawa senjata.

Ternyata Harris memandu laju untuk melarikan diri daripada Range Rover tersebut.

"Shit" sepatah itu sahaja perkataaan yang keluar dari mulut Harris apabila mendapati keretanya ditembak.

Bang!

Satu das lagi tembakan dari Range Rover hitam itu namun Harris berjaya mengelakkan kereta nya.

"Kau pegang ni" Harrris menarik tangan Alisa lalu diletakkan di stereng kereta.

"Fokus dan kawal"

Mata Harris menikam lembut mata Alisa. Memberikan gadis itu kepercayaan untuk mengawal stereng kereta. Alisa hanya menganguk ketakutan. Dia masih bingung dengan keadaan sekelilingnya.

Harris terus mengeluarkan sepucuk pistol jenis Beretta 92 yang bewarna hitam separuh silver itu. Melihat pistol yang dikeluarkan Harris itu, Alisa bertambah ketakutan. Seluruh badannya menggigil.

Dia... dia bawa senjata. Gumam hati Alisa. Dia sangat takut melihat Harris memegang sepucuk pistol, namun tangannya masih kemas memegang stereng kereta. Dia menguatkan juga dirinya walhal hanya tuhan yang tahu betapa takutannya dia pada ketika itu.

"Hey relax. Trust me" ujar Harris apabila melihat Alisa yang ketakutan. Tangan nya naik mengusap pipi Alisa, cuba untuk menenangkan gadis kecil itu.

Harris terus megeluarkan separuh badannya ke luar tingkap. Beberapa das tembakan dilepaskan kearah Range Rover hitam yang dari tadi mengejar mereka.

Badan Alisa sedikit terangkat akibat terkejut dengan tembakan yang dilepaskan Harris. Tangannya masih erat memegang stereng kereta. Walau apa pun yang berlaku, dia tidak boleh melepaskan stereng itu. Nyawa nya dan Harris berada di tangannya.

Bang!

"Ah shit !"

Harris memasukkan kembali badannya ke dalam kereta. Bahu kirinya terkena tembakan. Beretta 92 yang digunanya tadi dilemparkan ke dashboard. Harris membuka kemeja yang dipakai menampakkan badan putih yang tegap itu. Darah mula keluar dari bahu yang ditembak. Kemeja Harris kini dipenuhi darah.

Alisa yang sudah kepucatan itu akhirnya pengsan di sebelah Harris. Dia takut melihat darah yang sebanyak itu.

"Aduh time ni lah kau nak pengsan"

Harris meneruskam pemanduan hingga ke destinasi rahsia nya. Range Rover hitam yang dari tadi mengejar mereka sudah hilang dari radar. Harris berjaya menembak tayar kereta itu hingga menyebabkan Range Rover itu hilang kawalan.

Harris membelokkan keretanya memasuki kawasan ladang pokok getah. Pokok getah yang ditanam mengikut jalur memudahkan keretanya untuk berjalan masuk. Kini, mereka dikelilingi pokok getah yang tinggi. Kawasan itu dipenuhi tumbuhan hijau, jauh dari bandar dan bangunan. Alam semula jadi 100 % !

Selepas 15 minit memandu, kereta Harris akhirnya tiba di hadapan pintu besi yang besar dan tinggi. Pintu itu sangat lebar dan tinggi umpama sempadan yang membahagikan dua buah negara. Pintu besi itu disambungkan dengan tembok tebal dan tinggi. Kawasan itu seolah olah kawasan larangan yang menyimpan rahsia dunia!

Harris mengeluarkan telefon pintarnya lalu membuka sebuah aplikasi yang disambungkan dengan pintu besi itu. Kata laluan dimasukkan lalu pintu besar dihadapannya mula terbuka. Tanpa berlengah dia terus menekan pedal minyak dan masuk melepasi pintu itu. Pintu besi besar itu bergerak menutup kembali selepas kereta Harris melepasinya.

Sebuah rumah banglo empat tingkat berdiri agam di tengah-tengah kawasan itu. Luasnya halaman itu kira-kira mampu membina sebuah bandar kecil. Kawasan rumah itu dikelilingi pokok-pokok besar yang membuatkan persekitaran rumah itu sunyi.

Tembok tebal yang menyambungkan pintu besi tadi sebenarnya bertindak sebagai pagar. Tembok itu memagar kawasan itu dengan kemas dan rapi.

Harris memarkirkan keretanya di garaj yang disediakan. Pandangannya dialihkan kearah Alisa yang tidak sedarkan diri. Mungkin terkejut melihat darah yang banyak.

Harris mendengus perlahan. Dia mencempung badan Alisa dan berjalan menuju ke pintu masuk rumah banglo itu.

Harris mengatur kearah salah satu bilik yang ada di rumah itu. Badan Alisa masih elok dicempung rapi olehnya. Gadis itu kelihatan sangat polos.

Dia perlahan-lahan meletakkan Alisa keatas katil bersaiz king. Harris memandang Alisa, tubuh Alisa diselimut kemas. Rambut Alisa dibelai lembut. Wajah polos Alisa dipandang lama.

"It's okay i will keep you safe"



HARRIS : The Forced HeirWhere stories live. Discover now