Qaisara tegak berdiri di depan cermin. Dia mengenakan blaus putih dan dipadankan dengan skirt putih. Shawl yang juga berwarna putih dililit kemas di kepalanya.
Hari ini ialah hari pertama Qaisara bekerja di sebuah restoran sebagai waitress.Disebabkan dia tinggal bersama neneknya, dia perlu menguburkan niatnya untuk meneruskan pelajaran kerana masalah kewangan.
"Qai makan la dulu. Isi perut tu."
Nenek Qaisara yang bernama Sariah itu memanggil cucunya untuk makan. Nasi goreng kampung yang telah di masak di letakkan di atas meja. Kemudian, pinggan di letakkan di tempat duduknya dan tempat Qaisara.
"Qai nak nasi sikit je nek. Takut nanti nervous termuntah dekat bakal bos pulak."
Qaisara menyuakan pinggannya kepada Sariah.Milo yang telah dituang diminum olehnya.
____________Qaisara telah tiba di restoran mewah itu. Kereta Axia miliknya berpusing-pusing mencari parking. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.Dia melihat skrin yang menyala itu. Jelas kelihatan nama 'nenek'. Dia menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum nek, ada apa call Qai ni?"
Qaisara bertanya. Tidak sampai dua saat, Sariah telah bersuara menjawab pertanyaan cucunya itu.
"Qai dah masuk kerja ke?Ni nenek nak pesan, jangan lupa baca doa biar lancar kerja kamu nanti."
Bibir tua Sariah laju menasihati cucunya.Dia tahu Qaisara sedang takut kerana hari ini hari pertama dia bekerja. Pada mulanya, dia tidak bersetuju Qaisara tidak mahu sambung belajar dan bekerja. Dia berusaha meyakinkan Qaisara yang duit simpanannya masih cukup untuk menampung pembelajaran cucunya itu. Tapi Qaisara tetap dengan keputusannya untuk bekerja.
Belum sempat Qaisara menjawab tiba-tiba keretanya melanggar motor seseorang. Dia semakin takut apabila jelas kelihatan tuan motor itu datang menghampiri ke keretanya.Mata fokus melihat setiap langkah lelaki itu.
Tingkap keretanya diketuk beberapa kali oleh lelaki itu.Qaisara menurunkan tingkap kereta. Hatinya pasrah jika dimaki lelaki itu.
Dia semakin yakin akan disembur pelbagai cacian apabila matanya melihat semula motor itu. Motor yang dilanggar bukan motor biasa tetapi ducati berwarna hitam yang berkilat.Sudah pasti tuannya menjaga dengan baik.Kemudian, mata diberanikan memandang tepat ke arah lelaki itu.
YOU ARE READING
QALIF
RomanceSeorang gadis bernama Qaisara Melissa terpaksa bekerja di sebuah restoran untuk menampung kehidupan dia dan neneknya iaitu Sariah. Namun semenjak dia bekerja di situ hidupnya perlahan lahan mula berubah apabila hadir rasa cinta terhadap bos nya Sy...