Bab20

396 12 2
                                    

Pagi keesokan harinya mereka semua balik ke Malaysia.Semua membawa balik pelbagai barang dari Korea.Datang satu beg, balik sepuluh beg.Pekerja pun sama kaya dengan boss.

Qalif pula masih tidak dapat memujuk Qaisara.Baru nak pujuk dah dihalau oleh Qaisara.Di dalam kapal terbang tadi pun kerusi sebelah sengaja Qaisara penuhkan dengan barang.

"Padan muka.Semalam tak nak datang pujuk. Hari ni baru nak tunjuk muka."

Rasa cemburu masih menyelubungi hatinya.Tunggu lah hatinya kembali lembut. Buat masa sekarang dia ingin berjauhan dengan Qalif.Bohong jika dia tidak rindu.Tapi bila ingat kembali apa yang Qalif katakan, dia kembali dengan ego nya.

Setelah sampai di airport,Kak Liz dan Kak Lin menemaninya ke kereta. Selepas itu Kak Liz memberi sedikit nasihat kepada Qaisara supaya berhati-hati kerana dia memandu seorang diri.Takut apa apa terjadi kepadanya.Qaisara mendengar semua nasihat Kak Liz.Wanita itu memang mengambil berat tentangnya.Bila mata terpandang Qalif yang sedang datang ke arah mereka, dia cepat-cepat meminta diri dengan Kak Liz.

Kereta Axia itu laju meninggalkan airport.Qalif mengeluh bila melihat Qaisara telah pergi. Teruk sangat merajuk Qaisara ni.Baru lah dia menyesal dengan gurauannya itu.Sekarang dia perlu bersabar untuk memujuk Qaisara.

Qaisara malas mengikut jalan biasa kerana jauh. Dia memutuskan untuk mengguna jalan short cut untuk balik. Jalan itu sunyi kerana kiri dan kanan jalan itu ialah pokok kelapa sawit.Hanya ada beberapa buah rumah sahaja di situ.Tiba-tiba ada seorang perempuan berdiri di tengah jalan dan melambaikan tangan pada Qaisara.Memberi isyarat untuk dia berhenti.Dia mula tidak sedap hati.

Apabila Qaisara menghentikan keretanya, perempuan itu datang ke arah tingkap Qaisara. Dia mengetuk beberapa kali.Qaisara menurunkan sedikit cermin tingkapnya.

"Boleh tolong saya tak?Anak saya cedera.Tolong bawak dia pergi hospital.Tolong ya?"

Perempuan itu berusaha meminta Qaisara menolongnya.Tapi dia pelik kerana perempuan itu tidak membawa anaknya.Tapi Qaisara cuba berfikir positif. Mungkin anak dia dekat tempat lain. Akhirnya Qaisara memberanikan diri untuk turun.

Sebaik sahaja dia turun, perempuan itu menarik dirinya dan memegang kedua-dua belah tangan Qaisara dan di tarik ke belakang supaya Qaisara tidak dapat lari.Seorang lelaki datang dari arah belakang kereta.Lelaki itu memegang pisau dan mendekati Qaisara.

"Eh!Korang nak apa ni?!Tolong!!"

Qaisara menjerit sekuat hati meminta tolong. Berharap ada yang mendengar jeritannya.Lelaki tadi meletakkan pisau di leher Qaisara.Qaisara terdiam dan tidak meronta lagi.Jika dia bergerak, takut itulah pengakhiran hidupnya.Tetapi tangannya terketar-ketar menahan rasa takut.

"Hey perempuan! Kau jerit lagi sekali aku bunuh kau!Kalau kau nak aku lepaskan kau, bagi aku duit!"

Kini Qaisara tahu. Dia telah jatuh ke dalam perangkap perompak. Dia menyesal turun dari keretanya.

"Qaisara!!!"

Seseorang menjerit namanya. Dia melihat lelaki yang sedang berlari ke arah mereka.Betapa terkejutnya dia melihat lelaki itu ialah Rizqi.Entah bagaimana lelaki itu boleh ada disini tetapi dia bersyukur sekurang-kurangnya ada yang dapat menolong dia.

Rizqi mendekati lelaki itu.Lelaki itu pusing memandang Rizqi yang semakin hampir dengannya.Rizqi melepaskan tumbukan tepat pada pipi laki itu.Lelaki itu terjatuh ke belakang. Pisaunya tercampak jauh.Bibir lelaki itu mengeluarkan darah kerana pecah.Perempuan yang memegang tangan Qaisara itu melepaskannya. Dia lari ke arah lelaki itu. Mungkin itu suaminya.

Qaisara pula segera membuka pintu kereta dan mencapai telefonnya.Terketar-ketar tangan menekan nombor 999.Dia menelefon polis dan ambulans dan memberitahu lokasinya.Kemudian dia mengambil gambar lelaki dan perempuan itu. Rizqi masih bergaduh dengan lelaki itu.Pisau yang tercampak tadi diambil semula oleh lelaki itu.Pisau itu ditujukan ke arah perut Rizqi.

Baju putih Rizqi berubah warna menjadi merah.Perutnya mengeluarkan banyak darah.Qaisara terjerit kuat melihat Rizqi yang ditikam oleh lelaki itu.Qaisara mendekati Rizqi. Wajah Rizqi berubah pucat kerana banyak kehilangan darah.

Kemudian lelaki itu menikam Qaisara tiga kali. Qaisara membulatkan matanya dan jatuh terbaring di tepi Rizqi.Air mata mengalir merasakan perut yang sakit ditikam. Suara sudah tidak mampu keluar.Lelaki itu dan perempuan itu lari meninggalkan mereka.

"Qaisara..."

Nama Qaisara disebut oleh Rizqi sebelum dia memejamkan mata.Qaisara menangis teresak-esak berdoa supaya Rizqi dan dia mampu bertahan menunggu polis dan ambulans.Tidak sampai dua minit, bunyi siren polis dan ambulans jelas kedengaran. Dia bersyukur dan akhirnya dia juga memejamkan matanya.Mereka berdua pengsan kerana banyak kehilangan darah.

Paramedik datang ke arah mereka dengan membawa topeng oksigen. Topeng itu dipakaikan pada Rizqi dan Qaisara supaya mereka boleh bernafas. Mereka diangkat menggunakan kerusi ambulans dan dimasukkan ke dalam ambulans.Mereka segera dibawakan ke hospital. Polis pula sedang menjalankan penyiasatan di tempat kejadian.

QALIFWhere stories live. Discover now